Freen menyelak langsir biliknya lalu membuka sliding door dan keluar menuju ke balkoni untuk mengambil udara malam.
Dengan secawan kopi panas dia duduk di kerusi rotan sambil matanya fokus ke satu arah. Dia melihat seorang gadis sedang memetik gitar sambil bernyanyi. Air kopinya dihirup sedikit demi sedikit sambil matanya tidak lepas dari gadis itu.
Walaupun rumahnya dan rumah sebelah cukup jauh, suara jirannya itu cukup kuat untuk di dengari.
Kalau boleh inilah rutin harian jirannya itu. Setiap malam bernyanyi. Kadang-kadang nyanyi dua lagu kadang tiga lagu. Lepas menyanyi duduk diam sambil menikmati angin malam.
Pernah sekali kehadirannya membuatkan gadis itu lari masuk ke dalam akibat malu. Tetapi apabila Freen selalu keluar waktu dia sedang bernyanyi, dia hanya buat bodoh sahaja. Lantaklah situ yang penting hot mommy itu tidak menengkingnya untuk berhenti.
Tiba-tiba Freen bangun dari tempatnya. Besi penghalang dipegang erat. Anak matanya tajam memandang gadis berjacket hitam itu.
"Hoi!" suara berat Freen keluar.
Becky yang sedang menyanyi terasa dirinya terganggu. Petikan gitarnya terhenti lalu memandang kearah Freen yang masih setia dengan tatapan tajamnya itu.
"Suara kau sumpah tak sedap.." kata Freen sengaja nak menyakitkan hati Becky.
"I know that Madam. Kalau tak suka awak boleh masuk ke dalam bilik takpun pindah bilik lain.." balas Becky tak kalah pedasnya.
Dia ingin kembali bernyanyi tetapi Freen masih lagi terus menatapnya. Dia pun mambalas tatapan wanita cantik di depannya itu.
Ingat dia takut ke? Sikit rasa takut pun takde.
"What?" soal Freen dengan suara rendahnya.
"Wanna join me Aydin mommy?" ajak Becky berani.
"Tak masuk akal..." balasnya lalu masuk terus kedalam. Tak jadi nak nikmati suasana malam.
"Eleh, sombong. Tahulah cantik." bebel Becky dan kembali main gitar.
***
Freen membuat beberapa regangan ringkas sementara menunggu anak kembarnya mengambil basikal di garaj. Memandangkan hari ni adalah hari hujung minggu, mereka bertiga akan ke taman yang berada di kawasan perumahan.
Pakaian Freen cukup simple. Dia hanya memakai baju jersey serta berseluar trek panjang. Rambut panjangnya di ikat dengan kemas untuk mengelakkan rambutnya melekat pada dahi ketika dia berpeluh nanti.
"Mommy jom.." ajak Aydin.
Freen melihat kedua anaknya yang lengkap dengan alat keselamatan.
"Apa pakai helmet macam ni?"
Freen merendahkan badannya sedikit lalu membetulkan tali helmet Ayleen yang sedikit longgar.
"Ready kids?" Soal Freen.
Kembar comel itu mengangguk semangat membuatkan senyuman manis Freen terukir indah.
"Okey, let's go!"
Mereka pun menuju ke taman tersebut.
Sampai ditaman, Aydin dan Ayleen mengayuh basikal mengelilingi taman sementara Freen masih mengambil udara segar sebelum memulakan lariannya.
Keadaan di taman cukup ramai memandangkan hari ni adalah hari cuti dan boleh di lihat beberapa kanak-kanak sedang seronok bermain gelongsor. Ada juga yang bermain kejar-kejar.
Tidak lama kemudian, dia pun memulakan larian mengelilingi taman tersebut. Sambil berlari, dia juga sempat melihat sekeliling. Manalah tahu terjumpa Aydin dan Ayleen ke bolehlah dia ajak anak kembarnya itu ikut dia sekali.
YOU ARE READING
The Mommy [Freenbecky]
RomanceFreen adalah seorang pemilik syarikat permodelan yang boleh di katakan berpengaruh di negaranya. Dia juga merupakan seorang single mom kepada dua budak kembar tidak seiras. Selepas dirinya diceraikan, dia bangkit menjadi seorang wanita yang kuat dan...