16 - Drunk

1.6K 161 21
                                    

Malam ini adalah malam terakhir mereka di Bali dan akan pulang ke negara mereka pada sebelah petang esok. Seperti selalu, dia akan membuat mini party untuk semua kru yang terlibat.

Di saat semua orang menikmati minuman keras dan minum berkarbonat, terdapat juga dua kotak susu berlainan rasa dan juice yang sediakan khas untuk anak-anak Freen.

Walaupun party berjalan dengan lancar, sang pemilik tidak ikut serta kerana ada rancangan lain. Dengan siapa?

Itu tak penting kerana yang paling penting sekali adalah macam mana Becky nak buat minuman macam Faye buat?

Cara Faye menikmati minuman kerasnya sungguh membuatkan Becky ingin minum juga.

Faye hanya ketawa geli melihat Becky yang sedang menahan diri untuk minum. Bukan apa, sebelum the mommy tu pergi dia dah pesan awal-awal dekat Becky.

Jangan minum minuman keras sebab akan menyusahkan orang lain. Dia tak nak kejadian lepas berlaku lagi. Takut budak ni mabuk, dia ajak main perang-perang dengan Faye pula.

"Nak try?" Soal Faye.

Becky menggeleng. "Tak naklah..nanti gaji kena tolak."

"Ala, dia bukan tahu pun. Minum sikit je. Kau tu dah dewasa. Kau bukan anak dia untuk ikut perintah dia. Lagi pun ini party. Mana lengkap party kalau tak minum."

Kata Faye. Gelas kecil itu di isi dengan wine putih lalu di tolak kearah Becky. Berat hati Becky untuk menerimanya walaupun jiwanya sedang memberontak untuk rasa.

"Cara paling best untuk melepaskan penat kerja adalah dengan minum. Dengan cara ni je boleh buat kita tidur lena." Sokong Nam pula.

"Betul. Kau dah dewasa Becky. Mana ada orang dewasa minum Coke lepas penat bekerja. Jangan risau, air ni tahap alkohol dia rendah je. Kau takkan mabuk. Try lah.."

Becky menatap minuman tersebut dan tangannya teragak-agak untuk mengambil.

"Minum je. Selagi dia takde, minum je. Kalau berlaku sesuatu, aku akan tanggungjawab. Jangan risau." Kata Faye lagi.

"Okey.." Becky mengambil gelas kecil itu lalu diminum dengan sekali teguk.

"Okey kan? Tak teruk sangat kan rasanya?" Soal Faye.

Becky menggeleng kecil lalu meminta agar gelasnya di isi lagi. Nam hanya ketawa kecil melihat tingkah Becky. Dah cakap dah air ni memang nikmat. Lagi nikmat dari Coke.

Mereka bertiga menikmati minuman tersebut sehingga tidak sedar hampir 3 botol habis di minum. Pipi Becky yang awalnya putih kini berubah menjadi merah.

Apabila dia di fasa ingin minum air yang seterusnya, Freen datang bersama seseorang dan menghampiri mereka. Dia duduk sambil melihat Becky.

"Siapa suruh dia minum? Bukan aku dah larang dia minum ke?" Soalnya datar.

"Kau larang dia minum tapi kau tak larang aku untuk ajar dia minum kan? Biarlah dia enjoy minuman dia. Takkan berlaku apa-apa lah. Aku sebilik dengan dia. Aku boleh jaga dia. Biarkan."

"Apa bezanya larang dia minum dan larang kau ajar dia minum? Otak kau ni memang kena set untuk pandai ambil gambar je ke? Bodoh kau dah tahap melampau ni."

"Wah boss, jangan deep sangat ayat tu boleh? Terasa ni.." kata Faye sambil melempar badannya ke penyandar kerusi.

"Siapa dia? Pekerja baru U ke? Belum pernah nampak dia sebelum ni dekat mana-mana majalah."

Kata Kath yang merupakan kawan Freen yang baru bergabung bersama mereka.

"Erm. Sementara je ni sebab Jane sakit." Balas Freen.

The Mommy [Freenbecky]Where stories live. Discover now