Becky, Aydin dan Ayleen memandang tapak perkhemahan itu dengan takjub. Manakala Freen hanya melihat mereka bertiga dari belakang. Badannya cukup letih hari ni kerana menempuh perjalanan selama 3 jam.
Walaupun penat, dia cukup bangga dengan kehebatan Nam kerana berjaya mencari kawasan ini disaat akhir. Tak sia-sia ambil dia menjadi PA di syarikatnya. Sentiasa bersedia apabila diberikan tugas dalam apa juga keadaan.
"Mommy, mana khemah kita?" Soal Aydin.
"Entah. Jom kita check in dulu." Ajak Freen.
Mereka semua mengangguk lalu menuju ke kaunter. Apabila sudah mengenal pasti khemah mereka, lagi sekali Aydin dan Ayleen terkejut melihat size khemah tersebut.
Bukan sahaja cantik tetapi cukup luas untuk mereka berempat tidur. Di luar khemah pula ada set BBQ yang telah di sediakan. Tak cukup dengan itu, Freen sengaja menyewa guitar untuk Becky. Dia yakin anak jirannya itu akan bernyanyi sepanjang malam di depan unggun api.
"Mommy, tempat ni ada pantai?" Soal Ayleen.
"Ada. Tapi jauh sikit.."
"Nak mandi pantai! Ayleen nak mandi pantai"
"Boleh tapi bukan hari ni. Mommy nak rehat sekejap. Boleh?"
"Boleh mommy!" Serentak mereka berdua.
"Jaga anak aku sekejap. Aku nak tidur." Arah Freen lalu masuk ke dalam khemah.
Tubuh letihnya dibanting kearah Katil saiz queen. Jangan pelik kenapa khemah mereka ada 2 katil queen size. Nama pun tapak perkhemahan mewah. Jadi semuanya serba mewah.
Senang cerita, mereka bercuti di hotel yang bertemakan perkhemahan.
"Jangan garang sangat dekat Becky boss." - Faye
pesanan dari Faye dibaca tanpa ada niat untuk dibalas. Benda tipis itu dicampak ke tepi lalu matanya perlahan-lahan tertutup dan tidak sampai 5 minit, dia sudah masuk ke alam mimpi.
Sementara di luar, ada Becky yang sedang duduk di kerusi sambil melihat Aydin dan Ayleen yang sedang bermain buih sabun yang sempat dibelikan oleh Freen. Dia mula memetik gitar dan bernyanyi.
Walaupun dia penat kerana tidak tidur di sepanjang perjalanan, dia tetap tidak ingin menganggu Freen di dalam. Ingat duduk diam dekat sebelah pemandu, tak penat ke?
Freen tak habis-habis minta makanan. Bila dia offer untuk drive, dia tolak sebab takut pindah ke alam lain pula.
***
. FREEN POV .Aku terbangun apabila menghidu sesuatu dari luar. Dah berapa lama aku tidur? Kenapa tak bangunkan aku?
Aku bergegas keluar dari khemah dan melihat Becky yang sedang membakar. Manakala Aydin dan Ayleen sedang duduk menikmati makanan mereka.
Anak-anak aku dah mandi? Rasa tadi pakai baju lain, sekarang dah lain. Pandai budak nakal ni jaga anak aku.
"Mommy!" Pekik Ayleen.
YOU ARE READING
The Mommy [Freenbecky]
RomanceFreen adalah seorang pemilik syarikat permodelan yang boleh di katakan berpengaruh di negaranya. Dia juga merupakan seorang single mom kepada dua budak kembar tidak seiras. Selepas dirinya diceraikan, dia bangkit menjadi seorang wanita yang kuat dan...