Becky bersembunyi disebalik langsir sambil melihat kearah luar rumah dimana dia melihat ada Nanon yang sedang menunggu sejak tadi. Panggilan di telefon tidak putus berdering sehinggakan dia mengambil keputusan untuk mematikan benda tipis tersebut.
"Mommy jangan!" Pekiknya kecil apabila Mrs Armstrong cuba untuk membuka pintu kerana kesian melihat lelaki itu menunggu sejak tadi.
"Kenapa? Becky bergaduh dengan dia?" Soal Mrs Armstrong.
"Sedikit."
"Dah tu nak biarkan dia dekat luar sampai daddy balik? Kalau daddy balik lagi teruk keadaan. Biar mommy jumpa dia."
"Mommy nak cakap apa dekat dia?"
"Nak cakap Becky dah mati.."
"Mommy!!" Becky menjerit kecil. Sampai hati cakap macam tu kat anak sendiri.
"Pergi jumpa dia dan selesaikan masalah. Jangan nak jadi budak-budak sangat." Bahunya dipukul beberapa kali.
Becky mendengus kecil. Nafasnya ditarik panjang sebelum dihembus perlahan lalu membuka pintu. Langkahnya semakin laju menuju kearah Nanon yang sudah tersenyum manis.
"Awak ada 5 patah perkataan je sebelum saya masuk." Katanya sambil memeluk tubuh.
"Saya minta maaf." Kata Nanon sambil menunjukkan rasa bersalah. Bersalah sangat sebab menuduhnya tempoh hari.
Disebabkan kejadian itu, Becky menjauh darinya selama satu minggu. Setiap panggilan dan pesanan ringkas tidak dibalas langsung akibat terlalu marah.
Cuba terangkan macam mana dia nak siapkan project kolej kalau dia tak dibenarkan berkawan dengan Alex?
Dan dia terpaksa mengajak Alex selesaikan projek dirumahnya kerana takut diketahui oleh Nanon dan kadang-kadang mereka berkomunikasi melalui telefon sahaja. Dia agak takut dengan perangai cemburu buta Nanon.
"I'm sorry." Kata Nanon lagi.
"Okey dah habis. Saya masuk dulu.." balas Becky dan ingin pergi tetapi dihalang.
"Saya betul-betul minta maaf. Janji tak buat lagi. Please maafkan saya. Masa tu saya terlalu bawa emosi. Maaf." Kata Nanon lagi.
Becky menjelingnya tajam. Janji? Dah terlalu banyak lelaki ni berjanji tapi semua janjinya langsung tak boleh pakai. Mulut je cakap janji tapi takde yang dilaksanakan.
"Pergi balik lah. Sekejap lagi daddy saya balik." Kata Becky.
Nanon menggeleng kecil." Selagi awak tak maafkan. Saya akan tunggu sini."
"Really? Okey selamat menunggu Nanon" Becky merentap tangannya dengan kasar lalu pergi begitu sahaja.
***
Malam.
. Becky pov .
Aku bangun dari katil lalu menuju ke balkoni sambil membawa gitar kesayanganku. Nak tahu apa dah jadi dekat gitar yang jiran sebelah bagi?
Gitar tu aku bagi dekat daddy sebab kes tempoh hari. Janji tetap janji dan gitar tu lah jadi mangsa. Ala, Freen bukan tahu pun aku bagi daddy. Aku terdesak sebab daddy merajuk seharian penuh sebab gitar dia rosak. Jadi aku pun bagi je lah.
Slide window aku buka dan mataku terpaku pada si dia yang sedang bergelut dengan laptop dan juga kopi panas disampingnya. Di tambah lagi dengan cermin mata segi empat dia tu.
Orang tua ni pun lah dah kenapa buat kerja kat luar pulak? Sebelum ni tak pernah pun. Selalu duduk sambil main tab dia tu. Kali ni buat kerja pulak.
Lantak lah situ, yang penting malam ni aku nak menyanyi sampai tekak aku sakit. Sakit macam hati aku.
YOU ARE READING
The Mommy [Freenbecky]
RomanceFreen adalah seorang pemilik syarikat permodelan yang boleh di katakan berpengaruh di negaranya. Dia juga merupakan seorang single mom kepada dua budak kembar tidak seiras. Selepas dirinya diceraikan, dia bangkit menjadi seorang wanita yang kuat dan...