.FREEN POV.
Memandangkan aku mengambil cuti untuk beberapa hari, aku mengambil keputusan untuk membuat kerja rumah dan aunty Oh aku bagi cuti bergaji. Kalau cuti, itu bermakna dia pun perlu bercuti dan meluang masa dengan keluarganya.
"Mommy!!!" Jeritan Aydin membuatkan kepala aku menoleh.
Kepalaku hanya menggeleng melihat Ayleen yang sedang mengejar Aydin sambil menyiramnya dengan air.
Budak ni, aku suruh basuh kereta bukan main air. Basah kuyup Aydin dibuatnya.
Biarkan lah.
Selagi takde yang menangis dan tak siram aku, biarkan mereka enjoy. Mommy dia kaya dan mampu bayar bil air.
Aku kembali dengan aktiviti yang terganggu tadi iaitu membaca buku.
"Becky Armstrong!"
Nama lengkap itu dipanggil dengan nyaring. Cukup lengkap sudah hari aku apabila nama budak nakal tu kena seru. Bukan apa, setiap hari kot nama dia kena panggil. Budak suka buat masalah kan? Memang asyik kena seru je lah.
Kepala aku menoleh kearah rumah sebelah. Sengaja nak tengok sketsa apa pula kali ni.
Aku melihatnya bersama dengan kekasih China dia tu. Dari segi riak muka, nampak macam tengah bergaduh. Tak penat ke dua budak ni bergaduh?
Lantaklah situ, bagus aku sambung baca buku. Belum sempat aku nak betulkan niat, mataku membulat sempurna dan terkejut dengan situasi yang baru aku lihat tadi.
Dia kena tampar?
Becky kena tampar dengan kekasihnya?
Apa yang berlaku antara mereka berdua? Kenapa lelaki tu naik tangan pula? Seriouslah dia tanpar Becky dekat depan rumah? Kalau family dia tahu macam mana?
"Mommy.."
Namaku diseru lagi dan aku menoleh melihat Aydin dan Ayleen sudah basah kuyup.
"Apa kata mommy yang basuh kereta? Tangan Aydin dah penat dan Ayleen tak habis-habis siram Aydin. Dia ingat Aydin ni apa? Kereta ke?"
Aku hanya diam mendengar luahan Aydin lalu menoleh kearah rumah sebelah lagi. Tinggal lelaki tu je yang ada dekat sana. Mungkin Becky dah masuk ke dalam.
Aku yakin perang besar sedang berlaku antara mereka. Tak lama hubungan ni. Aku yakin sangat!
"Mommy.." Aydin memanggil lagi dan lagi.
"Yes abang? Okey, mommy buat. Pergi masuk dalam dan mandi. Ayleen pun pergi mandi."
"Siap captain!" Ayleen menabik hormat kearahku dan terus berlari masuk ke dalam rumah..
"Ay...ish.." belum sempat nak tegur, dia dah terjatuh dulu.
Dah tahu banyak sabun, pergi lari kenapa?
"Abang pergi ban.."
"Aydin tolong pujuk Ayleen.." potongnya seolah-olah tahu apa yang ingin aku sampaikan.
"Good boy. Okey go.."
Aku hanya melihat dua ketul kesayanganku sedang dalam sesi pujuk memujuk. Si adik sedang menangis dan si abang sedang gigih mengusap air mata adiknya.
Aku pun bangun dan bersiap untuk menyambung kerja yang tergendala. Kepalaku mendongak memandang tingkap bilik jiran.
Mesti budak nakal tu menangis.
.POV END.
.BECKY POV.
Ting tong ting tong
"Daddy...daddy...." aku memanggil daddy yang sudah turun dari aras atas untuk membuka pintu.
YOU ARE READING
The Mommy [Freenbecky]
RomantikFreen adalah seorang pemilik syarikat permodelan yang boleh di katakan berpengaruh di negaranya. Dia juga merupakan seorang single mom kepada dua budak kembar tidak seiras. Selepas dirinya diceraikan, dia bangkit menjadi seorang wanita yang kuat dan...