19 - About kiss

1.4K 165 17
                                    

. BECKY POV .

Pagi ni aku cuba untuk tidak menatap wajahnya kerana adegan semalam masih kuat bermain di mindaku. Walupun singkat, dia berjaya buat aku tidak tidur malam.

Dahlah dia kiss aku, semalam boleh pulak tidur sekatil sebab anak kembar dia dah ambil katil aku.

Kata nak baring-baring je. Hujung-hujung tidur. Padahal petang semalam dah deal yang aku akan tidur sekatil dengan Ayleen dan aydin tidur dengan Freen.

Takpe, malam ni aku akan pastikan tidur dengan Ayleen. Bukan apa, aku kurang selesa bila dia ada dekat sebelah aku.

Ingat senang nak kawal perasaan malu? Susah! Walaupun aku cukup ramah dengan semua tapi bila dengan dia, hilang ramah tu.

Mungkin sebab mulut dia terlalu pedas dan selalu buat aku sakit hati.

"Mata P'becc bengkak. Tidur jam berapa semalam?" Tegur Aydin sambil melihat mata panda ku dengan jarak yang dekat.

"Jam 6 mungkin." Jawabku.

"6? Tapi kita bangun jam 7 tadi. P'becc tidur satu jam je?" Soalnya lagi.

Aku hanya mengangguk kecil dan tak sengaja mataku bertembung dengan Freen. Cepat-cepat aku toleh kearah lain.

"Mommy, takyahlah main pantai. Kesian P'becc tak cukup tidur. Kita pergi petang ni je lah." Kata Ayleen sambil menatap Freen yang sedang menyediakan sarapan.

"Kalau macam tu suruh dia tidur. Kita boleh pergi bertiga. Petang ni kita ada aktiviti lain pula."

"Tak best kalau P'becc tak ikut." Kata Ayleen.

Ada beza ke aku ikut ke tidak? Selama ni elok je bertiga. Kalau nak berempat pula? Aku ni menumpang je dalam family camping ni.

"Takpe. P'becc tak mengantuk lah. Makan lah cepat-cepat. Kita pergi pantai."

"Okey!" Aydin melahap makanan dengan berselera.

"Nah.."

Satu pinggan yang terisi makanan di hulur kearah aku.

"Thanks." Itu sahaja yang aku cakap.

Ringkas dan padat!

"Mommy duduk lah sini. Kita makan sama-sama." Kata Ayleen.

"Betul! Tu duduk sebelah P'becc." Kata Aydin pula.

Ah sudah. Agenda apa pula kali ni. Si dia ni pun kenapa ikut cakap anak dia? Duduk je lah tepi api tu.

Bodohlah! Perkara semalam automatik bermain di minda.

Aku hanya makan dengan diam dan cepat. Sumpah tak tenang!

Selesai makan, kami berempat terus ke pantai. Aku mengambil keputusan untuk duduk di kerusi sahaja. Kepala aku berdenyut hebat. Orang gila mana yang tidur satu jam? Aku rasa aku tidur kurang 1 jam!

Belum sempat nak lena, suara budak kembar tu terdengar. Semangat betul bangunkan aku.

Aku memerhati keluarga kecil itu yang sedang berseronok bermain air. Siapa cakap susah nak bahagia?

Walaupun budak kembar tu hanya dibesarkan tanpa seorang daddy, mereka tetap bahagia dengan cara sendiri.

Bangga.

Bangga dengan The mommy yang sanggup buat semuanya demi anak-anak dia.

"Capture the view?" Sergah Freen tiba-tiba.

Dia ni memang suka kacau ketenteraman aku ke? Pergi lah layan anak tu.

"Dah ada peluang untuk tidur, tidur lah. Kau fikir apa?" Soalnya.

The Mommy [Freenbecky]Where stories live. Discover now