25 - She sick

1.9K 180 26
                                    

Becky tidak boleh habis fikir apabila pihak sekolah tiba-tiba menelefonnya dan memberitahu bahawa anak Freen masih berada di sekolah dan tiada siapa yang ambil.

Dia terpaksa skip kelas tengah hari demi menjemput anak kembar jirannya itu.

Mana Freen? Kenapa bukan dia yang ambil Aydin dan Ayleen di sekolah? Busy sangat kerja sampai lupa nak ambil anak?

Tetapi bukan itu yang menjadi persoalannya. Dia hairan bagaimana pihak sekolah boleh ada nombor telefonya? Kalau betul Freen tidak sempat mengambil anak-anaknya balik sekolah, mana keluarganya yang lain? Kenapa perlu dia?

Kereta Mini Cooper hitam miliknya berhenti di depan sekolah. Dia lekas turun dan menuju ke pagar sekolah. Dia melihat Aydin dan Ayleen sedang duduk di kerusi bersama seorang cikgu. Dia pun menunduk hormat dan memohon maaf kepada cikgu tersebut.

"Mana mommy?" Soal Becky sebaik sahaja anak kembar itu masuk ke dalam kereta.

"Tak tahu. Teacher Mina dah call mommy banyak kali tapi tak angkat. Macam mana P'becc tahu kami belum balik?"

"Teacher Mina call P'becc."

"Mana dia dapat nombor?" Soal Aydin pelik.

"Tak tahu. P'becc pun tak tahu. Sekarang nak hantar ke mana ni? Balik rumah?"

"Rumah nanny.." jawab Ayleen.

"Tahu alamat tak? P'becc tak tahu rumahnya dekat mana."

"Tahu!" Serentak mereka berdua.

Becky pun mengangguk lalu memasukkan alamat rumah keluarga Freen di android player dan selepas itu, mereka terus menuju ke destinasi tanpa berhenti di mana-mana kedai.

. BECKY POV .

Lepas hantar Aydin dan Ayleen, aku lekas ke tempat kerja Freen. Aku call orang tu banyak kali tapi tak dijawab. Mana dia? Busy sangat ke?

Apabila aku tanya Faye, dia cakap Freen tidak ada meeting hari ni. Kalau takde meeting, mana dia pergi?

Butang yang menuju langsung kearah tempat kerjanya aku tekan. Apabila tiba di level tersebut, aku melihat Nam yang sedang menuju ke arah aku.

"Mana Freen?" Soalku langsung.

"Ada dekat atas."

"Atas? Dekat atas ada apa? Dia ada meeting ke? Kenapa dia tak amb--"

"Boss tak sihat. Dia tengah berehat dekat penthouse."

Potongnya dan hampir rahang aku jatuh apabila dia mention penthouse. Syarikat ni ada penthouse dekat atas? Maksud dia, rumah kedua Freen ke? Hey, kenapa dia boleh terfikir nak ada penthouse dekat tempat kerja pula? Lain betul selera dia.

"Macam mana nak naik ke atas?"

"Naik lift belakang kau."

Aku mengangguk.

"Pin rumah dia?"

"No pin. Boleh terus masuk." Jawabnya.

Aku mengangguk lagi dan kembali masuk ke dalam lift dan terus menuju ke penthouse miliknya.

Aku tak sempat nak memuji rumah mewah ni sebab aku dah penat nak rasa terkejut dengan kemewahan yang dia ada.

Tujuan aku hanya satu iaitu mencari keberadaannya sekarang. Kakiku terus melangkah kearah tangga dan memeriksa setiap bilik yang ada.

Buka sahaja pintu, aku melihatnya yang terbaring lemah di atas katil. Wajahnya ditutup menggunakan tangannya sendiri.

Teruk sangat ke sakit tu?

The Mommy [Freenbecky]Where stories live. Discover now