.FREEN POV.
Fancy Night Club
Aku masuk ke dalam dan menuju ke meja yang menjadi tempat kegemaranku dan juga kawan-kawan aku yang lain.
Habis sahaja waktu bekerja, Dew mengajak kami bertiga ke sini untuk meluang masa. Biasalah, semuanya busy bekerja dan tiada masa untuk berkumpul.
Kebetulan malam ni semua free dan aku masih dalam tempoh bercuti, aku hanya setuju sahaja.
Jangan tanya kenapa aku ambil cuti yang lama. Aku cuti pun, bukan cuti sepenuhnya. Ada lah juga masuk office 1-2 jam kalau staff minta bantuan.
Tak lama lagi aku nak fly ke Australia dalam seminggu. Jadi aku gunakan masa ni untuk bersama dengan anak-anak aku sebelum kena tinggal. Selama aku takde, Archen akan ambil alih untuk menjaga mereka berdua.
Dah suruh pergi rumah family aku tapi mereka nak juga daddy dia jaga. Biarkan lah. Yang penting bekas suami aku tu pandai jaga anak-anak aku. Cuma aku risau sedikit kalau Lucy tak suka dengan kehadiran mereka.
"Hai boss.." sapa Faye sebaik sahaja aku duduk di kerusi.
"Siapa boss kau? Luar pejabat ni.." balasku datar.
Hal kerja dan hal peribadi jangan nak dicampur aduk. Aku tak suka. Di pejabat, ya aku boss dia. Kalau di luar, pangkat kita sama je.
Kawan baik!
Tiada istilah boss dan pekerja. Lagipun kalau dia tak tolong aku time jatuh dulu, takdelah aku hidup mewah macam ni. Semua berkat dia yang menjadikan aku seorang yang dipandang tinggi sakarang. Kalau tidak, mesti aku hidup dibawah jagaan keluarga.
"Lambat sampai.." kata Dew.
"Aku baru lepas hantar anak aku dekat rumah Archen."
"Baguslah kau ni. Buruk mana pun Archen tu, kau masih percaya yang dia boleh jaga anak-anak kau." Kata Tee yang separuh mabuk itu.
Aku baru sampai kot, cepat betul dia ni mabuk. Stress kerja ke apa?
"Bodohlah dia kalau sanggup naik tangan dekat darah daging dia sendiri. Kalau dia buat pun, aku akan pastikan dia tak jumpa anak-anak dia lagi."
Botol wine aku capai lalu tuang ke dalam gelas kaca.
"Kenapa kau tak masuk office tadi? Ada benda berlaku dekat studio tadi." Kata Faye.
Aku menatap tepat kearahnya. Hal apa? Kalau aku tak masuk office, ada je benda pelik berlaku.
"Kali ni apa?"
"Lucy datang tadi. Tak sangka pula dia akan masuk dalam majalah kita untuk bulan ni. Kau sign kontrak dia ke?" Soal Faye.
"Kesian tengok orang miskin cari kerja. Biarkan. Slot dia dalam majalah tak banyak pun."
"Wuu, kata benci tapi masih terima dia juga. Kenapa? Syarikat kau merundum ke sebab tu jadikan dia model dekat majalah kau? Dia kan model terkenal, sekejap je sold out kalau ada muka dia." Kata Tee pula.
"Cakap biar pakai otak idiot. Kau lupa model top 3 sampai top 1 dari syarikat siapa? Lucy? Model top 5 tu kau banggakan? Berapa lama dia boleh buat sold out? 10 minit? Ceh, mengecewakan." Balasku angkuh.
Model top 5 tu boleh buat sold dalam tempoh 10 minit je. Model aku? Jangan cakap lah..belum open order dah ramai yang beratur nak beli. Siap terpaksa reprint lagi.
Bukan nak berlagak tapi itulah hakikatnya.
"Mulut kau busuk lah Tee. Cakap tak berfikir langsung." Kata Dew pula.
"Kau bercakap dengan orang mabuk. Memanglah ke laut ayatnya. Cuba kalau dia waras, fikiran dia lagi bagus daripada kau Dew." Balas Faye berjaya membuat aku geli hati.
YOU ARE READING
The Mommy [Freenbecky]
RomanceFreen adalah seorang pemilik syarikat permodelan yang boleh di katakan berpengaruh di negaranya. Dia juga merupakan seorang single mom kepada dua budak kembar tidak seiras. Selepas dirinya diceraikan, dia bangkit menjadi seorang wanita yang kuat dan...