22 - Take serious

1.8K 181 19
                                    

Becky sudah siap untuk melakukan sesi ambil gambar. Walaupun Faye kesuntukan masa, dia cukup bangga dengan hasil tangan team yang melakukan kerja dengan pantas. Tidak butuh waktu yang panjang untuk menyiapkan Becky kerana gadis itu sudah cukup cantik.

"Are you ready kid?" Soal Faye yang sudah siap dengan camera Nikon miliknya.

Becky memandang Faye cukup lama. Kalau lah dia tahu akan digandingkan dengan seorang lelaki, dia dah tolak mentah-mentah tadi. Bukan apa, lelaki yang akan menjadi pasangannya boleh tahan terkenal juga.

Adalah juga dia tengok dekat majalah atau iklan TV. Dia merasakan dirinya tidak layak untuk satu frame dengan lelaki itu.

Macam mana kalau hasil gambar semua di luar jangkaan lelaki itu? Adakah dia akan marah? Adakah dia akan menjadi bahan bualan?

Kepalnya menggeleng kecil membuatkan Faye tersenyum. Dia tahu Becky tidak sedia tetapi ini sahaja jalan terakhir yang dia ada. Tangan Faye berada di pucuk kepala Becky lalu diusapnya lembut.

"Sekejap je. So be professional okey? Jangan risau lah. Aku tahu kau boleh buat."

Faye cuba memberinya semangat. Becky hanya mampu mengangguk kecil dan berusaha melawan rasa gugupnya yang tak kunjung hilang sejak tadi. Namun pada akhirnya dia bangun dan menuju ke tempat sesi ambil gambar.

Dia menuduk kecil sambil memberi senyuman kepada pasangannya. Lelaki itu membalasnya dengan cukup manis dan perkara itu membuatkan jantung Becky semakin laju berdegup.

Handsome sangat oii!

"Ready?" Soal Faye yang sudah mengambil tempat.

"Ready.." ucap lelaki itu dan Becky pula hanya menjawab dengan anggukan kecil sahaja.

Semasa sesi ambil gambar berlangsung, Freen masuk ke dalam studio dan melihat anak buahnya sedang menjalankan tugas.

Kehadirannya langsung tidak disedari oleh sesiapa kerana terlalu sibuk dan dia pula berdiri agak jauh dari mereka semua. Tangannya bersilang dan matanya fokus kearah Becky.

"Mark, do your job." Arah Faye.

Freen memandang Mark yang sedang meminta izin. Apabila mendapat greenlight, dia pun memeluk pinggang Becky.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa aksi romantik yang melibatkan sentuhan. Perkara itu membuatkan Freen mula tidak tenang. Kenapa budak nakal tu mudah sangat bagi orang sentuh dia?

Bukan itu sahaja, kali ni Becky pula yang memeluknya apabila Mark berada pada kedudukan yang sedang duduk di atas kerusi.

Tanpa sedar rahang Freen menjadi keras. Matanya pula tajam memandang Becky yanv sedang menikmati kerja sementaranya itu.

Tadi bukan main lagi berusaha menolak. Tapi tengoklah sekarang, boleh pulak gadis nakal tu tersenyum cantik di depan camera bersama pasangannya.

"Okey cukup. Tukar baju." Arah Faye.

Apabila Becky keluar dari kawasan sesi photography, Freen pun melangkah keluar dari studio dan tidak sengaja terserempak dengan Nam.

"Boss! Buat apa dekat sini?" Soalnya.

Bukan apa, kalau kira pakai jari, mungkin ini baru kali ke lima Freen melihat staffnya bekerja. Selalunya dia nak tengok hasil je. Takpun pantau dari CCTV.

Kenapa kali ni sanggup turun padang pula? Tak mungkin Faye sedang mengambil gambar orang berpengaruh sehingga melibatkan Freen turun tangan.

Tak mungkin.

"Lepas dah habis sesi photography, suruh budak nakal tu naik ke office aku."

"Siapa?" Soal Nam hairan.

The Mommy [Freenbecky]Where stories live. Discover now