Huh!
Becky terbangun secara mengejut dan perkara pertama yang dia rasakan adalah denyutan di kepala. Batang hidungnya diurut beberapa kali untuk menghilangkan rasa sakit tersebut.
"Aku dekat mana?" Monolognya sambil melihat ke segenap ruang.
Dahinya semakin berkerut sambil melihat pakaian tidurnya. Apa yang berlaku semalam kenapa dia tak ingat langsung?
Kali terakhir yang dia ingat adalah keluar dengan kawan-kawannya ke club malam dan itu kali pertama dia minum alkohol.
Kenapa dia minum? Sebab dia terlalu stress dengan Nanon yang tak henti-henti call. Dia mengambil keputusan untuk menukar nombor telefonnya agar dia bebas dari gangguan tersebut.
Tapi itu semua tak penting. Sekarang dia di mana? Siapa yang bawa dia balik sini? Apa yang berlaku semalam sehingga dia berakhir di ruang asing ini?
Tanpa banyak bunyi, dia keluar dari bilik untuk mencari si pemilik rumah. Selangkah demi selangkah dia menuju ke bawah dan hal pertama yang dia lihat adalah satu frame besar yang tergantung cantik di ruang tamu.
Langkahnya terhenti dan badannya mematung menatap gambar tersebut. Apabila mendapat kesedaran yang penuh, tangannya naik membungkam mulut.
"Aku dekat rumah Freen?" Jeritnya dalam hati.
Macam mana? Macam mana semua ni boleh berlaku? Tak mungkin dia yang bawa Becky balik. Kalau betul pun, macam mana caranya?
Itu yang dia nak tahu!
"Dah habis termenung?"
Sergahan dari Freen membuatkan dia bangkit dari lamunan. Kepalanya menoleh menatap Freen yang sedang menyilangkan tangan.
"Macam mana saya boleh ada dekat sini? Awak yang bawa saya ke sini?" Soal Becky.
"Aku? Kaulah..kau ketuk rumah aku kenapa? Dah lah mabuk, salah rumah pula tu. Lain kali, kalau tak pandai minum, jangan pandai-pandai nak merasa. Kau tu budak kecil."
Tipu Freen. Tak mungkin dia nak cerita apa yang berlaku semalam. Nanti makin stress anak jiran dia tu.
"Tak mungkin saya buat semua tu. Awak menipu kan?" Soal Becky sambil menuding jari kearah Freen.
"Diam lah. Jom makan. Kalau tak nak, pintu keluar ada disebelah kiri." Kata Freen lalu melangkah menuju ke kawasan dapur.
Becky teragak-agak untuk mengikuti langkah Freen. Kalau boleh, dia nak terus balik ke rumah. Tetapi dia masih ingin tahu apa yang berlaku.
"P'bec?" Ayleen menatap Becky dengan wajah yang pelik.
Aydin ikut menoleh memandang Becky yang sedang mengambil tempat duduk di sebelah Ayleen.
"Macam mana P'becc boleh ada dekat sini? Tidur dekat sini ke?" Soal Aydin.
"Erm.." jawab Becky ringkas.
"Kenapa?" Soal Ayleen pula.
"Sebab dia balik lambat semalam. Daddy dia dah kuncikan pintu. Kalau Aydin dengan Ayleen dah besar dan buat perangai macam anak jiran ni, mommy akan kunci korang. Tidur kat tempat parking."
Kata Freen mencelah perbualan mereka. Sibuk je single mommy ni. Siapa yang ditanya, siapa yang jawab? Sejak bila Freen Sarocha berubah nama ke Becky Armstrong?
"No, Aydin takkan buat."
"Ayleen pun!"
"Dah makan.." arah Freen.
Mata Freen memerhati setiap pergerakan Becky. Dari ambil makanan sampailah makanan tu masuk mulut. Apabila Becky menoleh kearahnya, pandai pula ubah pandangan.
YOU ARE READING
The Mommy [Freenbecky]
RomanceFreen adalah seorang pemilik syarikat permodelan yang boleh di katakan berpengaruh di negaranya. Dia juga merupakan seorang single mom kepada dua budak kembar tidak seiras. Selepas dirinya diceraikan, dia bangkit menjadi seorang wanita yang kuat dan...