PROLOG

127 3 0
                                    

Ini kisah si bunga. Bukan sebarang bunga sebab bunga ni kaya raya. Tapi dia memilih hidup biasa sebab puas dia tengok bila jarinya berdarah, sama je macam darah Apit Hingus tu bila jatuh tersenggol kasutnya. Warna merah, bezanya darah Apit Hingus macam pekat tapi darah dia cair menitik-nitik. Dia tengok mukanya kat cermin. Okay je ada dua mata, warna putih dan coklat gelap, ada hidung satu, mulut satu, eh sama la macam orang lain. Tak ada yang alien pada dirinya. Superpower pun tak ada. Kalau jalan,jatuh. Kalau makan, kenyang, dah kenyang, pergi membuang. Kalau mengantuk tidur, kalau sakit pergi jumpa doktor. Jadi, apa yang bezanya?

"Orked lain, nak. Orked anak orang kaya, cucu Tok Jutawan" itu kata ayahnya. 

"Jutawan yang tak berapa nak dermawan" dia memang pandai menjawab. 

"Itu harta dia, biarlah. Kita tak ada hak nak komplen. Dia penat cari duit" ayah pun sama je. Sentap la tu

"Orked belajar management ya nanti. Ayah hantar Orked belajar kat oversea, nanti balik, Orked boleh la handle business family" ayah sedang cuba memujuk.

"Okay, Orked follow je" belakang nanti kawtim lain. Nak hantar dia ke oversea sangat kan, lagi dia suka.

"Macam tu la anak ayah. Kalau Tok Wan dengar ni mesti dia suka, buat kenduri 44 malam" yeke ayah ni. Tak pernah lagi Tok buang tabiat melabur macam tu.

"Orked pun pandai, sayang la kalau tak guna untuk syarikat" tambah perasa lagi Ayah ni.

"Ye betul tu, Orked memang pandai " Aiman menyahut. Dia suka la tu sebab Ayah tak langsung halang adiknya itu membuat kursus kulinari di Kolej Vokasional. Pilih la bidang apa pun.Orked? Awal-awal dah kena perah otak masuk Sekolah Sains. Mujur otak boleh pakai. SPM straight A tu yang dihantar ke Manchester.

"Panggil kakak la. Apa Aiman ni panggil kakak dengan nama je  Nanti orang ingat  kita ni macam keluarga Robinson. Panggil mak dia Jenny  yang ayahnya dia panggil Mark" mak dah menegur anak lelakinya. Mesti mak teringat keluarga Robinson depan rumah tu. Dah berhijrah pun The Robinsons tu. Aunty Jenny ikut suaminya kembali ke Autralia sebab anak bongsu mereka memerlukan sekolah yang sesuai dapat mendidik anak-anak autism. Mak menangis sambil melambai ke treler yang mengangkut barang The Robinsons pada hari terakhir keluarga itu di Malaysia. Mesti mak rindu dan sayang pada bonsai-bonsai Aunty Jenny. Mak ingat Aunty Jenny nak sedekah pada mak tapi tidak, Jenny Robinson menyewa satu trailer mengangkut semua bonsainya! Dan ayat Ayah yang paling diingati adalah:

"Memang sah la pokok tu berhantu. Kalau tak, kenapa mak kamu sampai menangis tengok trailer tu jalan?" Ah ayah ni sebenarnya tak bagi Mak bela bonsai sebab risau mak lebih sayangkan bonsai dari ayah! Orked tersengih je.

Akhirnya Orked ikut je arahan Ayah untuk ke UK. Tapi dia guna otak bijak dia dengan menipu Ayahnya dan seluruh keluarganya. Dia bukan belajar Business jauh sekali pengurusan. Diri sendiri pun dia tak pandai nak urus, inikan pula nak urus ladang dan syarikat. Dia diam-diam buat keputusannya. Dia buat juga engineering. Belajar kena la ikut minat dan bidang yang diambil masa sekolah kan.

"Selamat lah aku kali ni. Balik nanti, fikir kemudian" itu fikirnya sehinggalah empat tahun kemudian dia pulang ke tanah air dan segalanya bermula. Bila engineer disuruh mengurus syarikat,maka faham-faham je la. Macam kucing Aiman si Oreo tu disuruh makan carrot.

[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now