Dua

31 3 0
                                    

"Orked, tunggu aku!" Satu suara lelaki yang amat dikenali memanggilnya yang sedang menunggu lif. Adoii. Jantan gatal ni muncul pula dah. Nak lari tak sempat dah. Office dah sunyi ni. Pukul 8 malam siapa je ada dalam bangunan enam tingkat ni. Macam mana kalau dia ni nak buat apa-apa kat aku. Bukan ke haritu aku lempengkan kaki dia, entah-entah dia nak balas dendam.

"Nak apa?"lif dah sampai, Orked masuk ke dalam perut lif diikuti Fariz.

"Relaks Orked. Kau kat tingkat empat je. 5 saat je dah sampai bawah."dia menyedapkan hati sendiri. Butang G ditekan. 

"Kau tanya aku nak apa?Haritu kau pijak kaki aku dengan tumit tinggi kau tu sampai aku kena MC seminggu tau. Duit gaji aku kena potong sebab tu?" Faris menarik tangan Orked supaya Orked memandangnya. Tangan kanannya menekan butang merah pada lif. Lif diberhentikan tiba-tiba. Orked menarik nafas. Lelaki ni memang mencari nahas. Kakau lah dia tau siapa Orked, agak-agak berani tak cari pasal dengannya.

"Kau tu kena potong gaji sebab dalam setahun kau dah ambil MC lebih 60 hari, lepastu jangan ingat aku tak tau. Klinik yang kau pergi beli MC kau tu, dah dalam siasatan company. Surat issue tarik diri as panel clinic pun dah keluar. Kita ada panel, kenapa kau pergi klinik tu juga?" Dia berani mengungkapkan semua kesalahan Fariz. Ni tak habis lagi. Tunggu jap.

"Lagi satu. Masa aku pijak kaki kau tu, aku ada simpan CCTV dalam lif sebelah. Apa yang kau cuba buat hari tersebut. Kau ni nama je IT technician, tapi kau beli ke diploma kau tu?" Memalukan company je simpan orang macam ni.

"Pasal kau lah semua plan aku minggu tu tergendala kau tau?Macam mana kau nak bayar ganti rugi aku?" Dia sebenarnya marahkan Orked kerana dua sebab, pertama Orked tak pernah layan dia. Kenapa yang berlagak sangat entah. Setakat budak SPM je kot. Yang kedua, dia marah sebab sepatutnya minggu tu dia terpaksa mengorbankan waktu berhiburnya di club kerana kaki yang berbalut. Dia tidak dapat memeluk gadis-gadis escort di club yang selalu menghibur malam ke pagi hari waktunya.

"Plan apa?Plan kau tidur dengan perempuan escort? Atau plan kau merosakkan anak gadis orang?Dah la. Kau jangan buang masa aku." Dia berpaling dan menekan semula butang hijau lif. Lif bergerak semula. Jangan ingat dia tak tau aktiviti gelap pekerja. Ayah menyuruhnya datang ke sini untuk belajar pengurusan dan memang dia belajar menguruskan orang. Fariz patut beruntung menjadi orang pertama yang diuruskan Orked.

"Kau jangan nak kurang ajar, Orked!"Fariz menarik tangan Orked dan dipulaskan ke belakang. Orked mengaduh. Ni dah melampau. 

Orked menghantukkan kepalanya ke kepala Fariz dan menendang kemaluan lelaki itu dengan bucu heelsnya yang tajam. Tergolek Fariz di dalam lif mengaduh kesakitan. 

"Kau tu setakat kuli je dalam company ni. Jangan nak tunjuk besar kepala, taiko sangat. Kau tak kenal siapa bos syarikat ni, kau jangan nak cari pasal. Dasar kuli!Cari pasal tapi Bodoh!" Orked melampiaskan perasaan marahnya pada Fariz.

"Orked!" Pintu lif dah lama terbuka dan di depan pintu lif anak mata panahan helang Fatih mencucuk mata Orked. Macam nak buta rasanya. Orked nak buat apa sekarang ni.

"Adoiii..tolong" suara perlahan Fariz menganggu Orked. Orked berpaling kembali pada Fariz dan dipijak-pijak lagi kaki dengkot Fariz.

"Biar kau tak dapat pergi club, dengan kaki ni orang suruh pergi Masjid,  kau pergi layan perempuan. Menipu sana sini. Dasar kuli tak sedar diri. Elok mampus kau aku kerjakan!" Geram betul Orked. 

"Orked!!!" Bergema suara Fatih di lobi. Tangan Fatih menarik Orked keluar dari lif.

"Kenapa Bos tarik saya. Biar saya habiskan Fariz Dengkot tu!" Memang nak ditamatkan riwayat Fariz dah ni. Alang-alang dah lembik tu,kiokkan terus.

"Mulut awak ni Orked memang tak ada insurans. Sebelum awak mengata dia, cuba awak cermin diri awak. Awak pun sama je. Awak belasah dia kenapa? lagipun hak dia la nak pergi club ke apa. Awak ni marah sebab dia tak layan awak ke?"bertubi-tubi hentaman soalan pada Orked. Fatih memang menjolok sarang tebuan ni. Tak sayang mulut nampaknya. Ada ke patut Orked yang ayu, bijak bistari ni dijadikan bahan dengan Fariz Dengkot.

"What?have you out of your mind?Am I that kind of girl?"dah keluar English berhabuk Orked dengan British accent sekali. Ada ke patut Fatih tuduh dia macam tu.

"Look at you. You are that kind of girl" Fatih geram dengan kelancangan bahasa Orked mengata Fariz. Walaupun kuli dan kakinya agak cacat, tapi tu bukan hak Orked untuk mengata.

"And you are that kind of man. Simply judge a person by her outer, right?" Orked terasa tapi malas nak bertekak dengan lawyer. Nanti je la dia menulis report pada Ayah pasal hal ni. Fariz tak boleh dibiarkan. Rasanya ni bukan pertama kali kes Fariz. Bahaya wabak Fariz Dengkot di pejabat.

"Saya dengar apa yang awak tuduh Fariz tadi. Dah la awak hina dia dengan panggilan Dengkot. Lagi satu,  awak ni cantik tapi lagi cantik kalau outer dan inner tu seiring"

"Dah saya malas nak cakap apa. Tak guna kalau dah kena hakim macam ni." Kalau cakap banyak, dengan keluar segala akta, nanti Fatih kata dia budak SPM berlagak pandai. Padahal dia ambil elektif subjects in law masa di University dulu. Siap dapat kredit 4 untuk subjek Prof Howard. Asalnya dia pilih Law in Marketing sebab suka tengok Howard yang ala-ala Colin Firth tu. Tapi akhirnya dia betul-betul suka subjek tu. Suka mengalahkan subjek Autocad dia.

"Ha nak pergi mana tu?hal ni tak setel lagi!" Apalah khabar si Fariz dalam lif tadi. Masih merana badan ke.

"Saya nak balik. Isyak pun belum lagi ni" penat badan dan kepala dia. Eloklah dia balik dan siapkan laporan hal tadi. Boleh la dicompile sekali dengan bukti terdahulu dan terus diemelkan pada Ayah. 

"Orked!" Suara Fatih tak berjaya membuatkan kaki Orked menetap di situ. Orked tengah marah ni. Orked dah berubah jadi bunga mutant macam dalam ultraman tu.

[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now