Sembilan belas

30 3 0
                                    

"Kak, kita beritahu ayah dengan mak ya"Aiman tak sanggup tengok kakak berkerut menahan sakit. Sewaktu doktor menyuntik sejenis cecair dimasukkan ke dalam drip Orked, dia terdengar doktor cakap.

"Orked, you akan rasa panas, burning dalam badan you bila fluid ni masuk ke dalam your vein. Kalau you tak tahan, you boleh cakap dalam tunnel tu,kita akan keluarkan you" 

"I'll be fine" tapi hakikatnya airmata kakak meleleh ke pipi tatkala pelapik mesin ct scan tu bergerak ke depan ke belakang sambil cecair dalam urat darahnya mula memberikan respon. Kakaknya yang selama ini kental walaupun ayah memberhentikan duit belanja semasa kakak di UK. Kakak berniaga kuih di kolej untuk menampung perbelanjaan. Masih kakak bersabar dan tak sekali pun mengadu padanya atau ayah dan mak. Tapi kali ni, lain. Sangat beza. Kakak tentu takut.

"Belum lagi Aiman. Tunggu result after Ct Scan ni. Petang ni juga boleh dapat result kalau ikutkan kata Dr.Lee" ketika ini mereka dah pun berada di wad Orked. Macam mana Aiman tau? Orked yang beritahu. Akhirnya Orked sedar dia takut nak hadapi semua seorang diri. Semuanya bermula malam tadi. Selepas Aunty berbangsa India tu discaj, katil di sebelahnya diganti dengan seorang Makcik lebih kurang baya mak. Tapi nampaklah keuzurannya. Menerusi daya pendengarannya yang terhad, dia dapat tangkap Makcik ni ada penyakit tiga serangkai. Kencing manis, darah tinggi dan jantung tapi dimasukkan ke hospital kerana penyakit darah tinggi. Orked perasan Makcik ni ada tiga anak yang mengiringi di wad ni. Dua lelaki dan seorang perempuan. Anak-anak bersembang dengan makcik ni sehingga pukul lapan malam sebelum anak-anak lelaki keluar mungkin ke surau kot. Tinggallah anak perempuannya. Namun sebaik sahaja Orked selesai makan malam dan solat Maghrib, hanya tinggal makcik tu seorang. Makcik tu hanya berbaring. Setengah jam begitu sahaja. Sendiri. Jam sembilan lebih, ada nurse datang untuk mengambil tekanan darah Orked dan makcik tu. Nurse pergi ke katil makcik tu terlebih dahulu. 

"Makcik, makcik tak makan ke ni?" Makcik tu masih berbaring dan diam je. Nurse merasa pergelangan nadi makcik tu pula. Nurse tekan butang kecemasan di kepala katil. Orked hanya memerhati sambil duduk di katilnya sendiri. Dah langsir pemisah katil mereka tidak ditarik,jadi dia lihat dan dengar semuanya. Ada seorang doktor lelaki berbangsa Cina datang bersama dua nurse. 

"Makcik ni tak makan, tak minum doktor. Air milo tak luak. Tapi makanan ni luak. Tapi doktor rasanya makcik ni hypo" nurse yang tadi melaporkan. Orked patut menyampuk ke? Orked nampak yang makan semua makanan tu adalah anak-anak lelaki makcik tu. Doktor check mata makcik tu, check tekanan darah, check paru-paru. Dan nak dijadikan cerita, ketika itu anak perempuan makcik tu datang semula ke wad. 

"Doktor, kenapa ni?"anak perempuan makcik tu bertanya pada doktor tersebut. Nampak tak berapa cemas. Cemas lagi muka nurse dan doktor.

"Ini emak you ke?kita suspect dia hypo dan dia kena ke emergency tapi kita akan tunggu doktor lain akan datang sini juga. Kita dah call doktor yang rawat emak you. Emak you ni, you tak bagi makan ke? Air milo tu tak kurang?makan nasi tak minum air ke macam mana boleh telan nasi?" Bertubi-tubi soalan doktor kepada penjaga pesakit tu. Orked nampak semuanya. Orked rasa doktor pun boleh pakar mengesan ketidakrisauan di riak muka anak makcik tu.

"Emak saya tak ada selera doktor. Dia tak suka dipaksa makan" eh senang betul jawabnya. Orked kat sebelah ni mujur je tak larat bangun. Kalau tak dah diketuk kot kepala si anak tu.

"Nurse, you call admin sekarang datang sini. I think this case gonna be serious. You boleh call penjaga lain ke sini,kita kena discuss something" dan ketika inilah agaknya team perubatan ni baru sedar yang Orked boleh jadi pengulas tak berbayar sekiranya dilantik pihak hospital!

"Cik Orked, dah dapat minum malam ke?saya bagi milo dengan biskut ya?" Nurse bertanyakan pada Orked yang baring mengiring menghadap katil sebelah. Drama percuma kan. Tapi nurse ni sambil bertanya pada Orked,perlahan tirai ditarik menutup pemandangan sebelah. Orked mengangguk pada nurse. Nurse pun berlalu pergi ambil biskut kot. Tak mengapa,otot telinga Orked msih berfungsi elok menembusi tirai. Mahu je Orked menyanyikan lagu Exist mengintai dari tirai kamar.

"You anak-anak patient ni kan. You ada tau ubat apa yang emak you all makan? Cuba check dalam bag dia atau ada pouch dia ke?" Orked dengar suara doktor lain pula. Agaknya doktor kedua dah datang kot. Memandangkan pintu bilik dibuka, Orked tak dengar sebarang bunyi pintu terbuka atau tertutup. Tapi dari derap tapak kaki macam ramai yang datang. Serius ni nampaknya.

"Saya tak tahu doktor. Mungkin adik perempuan saya ni tau. Sebab dia yang jaga emak kami" dengar suara seorang anak lelaki makcik tu. Orked dah geleng kepala sebab dia rasa tak patut tanggungjawab jaga mak tu serah pada seorang anak je. Padahal tadi elok je dia tengok pakcik-pakcik tu makan makanan makcik tu, sekarang nak tuding pada si adik bongsu.

"Aku pun mana tau. Kita baru je hantar mak ke sini kan?minggu lepas mak kat rumah kau kan, Along?takkan kau tak bagi mak makan ubat dia?" Dengar suara anak perempuan Makcik tu menjawab. Orked menggelengkan kepala lagi. Sama je dua kali lima semuanya.

"Okay cukup. Saya dah jumpa ubat mak you. Sekarang ni emak you ni ada ubat cair darah dan confirm mak you ada sakit jantung dan mak you kita rasa kena buat operation jantung. Dengan keadaan mak you sekarang ni yang sangat lemah, saya rasa dia tak cukup kuat untuk buat operation tu. Sekarang dah pukul 10 lebih. Untuk pengetahuan encik, kita terpaksa bawa pesakit ke hospital kerajaan sebab kalau di sini kos perubatan sangat tinggi dan encik mungkin tak mampu menanggung kosnya."

"Macam mana kami nak bawa ke hospital,doktor? Tengok emak tak sedar tu"

"Boleh guna ambulans kami tetapi seorang dari encik kena ikut dalam ambulans,yang lain kemas barang dan tunggu di hospital sana. And be prepare, anything worst can be happen tonight. If only.... nevermind" suara doktor yang terhenti membuatkan Orked ingin menyambung dan berteriak pada anak-anak makcik tu.

"If only you take a good care towards your mother" tirai ditarik. Semua kepala di katil sebelah kecuali kepala makcik tu memandangnya. Orked rasa mungkin Orked dah terlepas di mulut. Memang sah dah terlepas di mulut sebab Dr. Lee dah membeliakkan matanya pada Orked! Kenapa Dr.Lee ada kat sini malam macam ni? Patutnya datang esok pagi macam biasa, baru la Orked kembali kepada Orked yang pendiam dan bukan kaki drama. Hai la Orked, dengan drama dia.

"Kenapa doktor ada kat sini malam ni?" Orked ni boleh buat nohin je dengan semua mata yang memandangnya.  Doktor Lee tak tau la Orked nak gambarkan mukanya macam mana. Rasa nak gelak ke nak marah. Entahlah. Doktor Lee menarik kembali tirai dan duduk di kerusi tepi katil Orked. 

"Saya on call emergency tadi. You ni Orked, mulut tu control sikit" bisik Doktor Lee pada Orked. Orked buat dek je. 

"Doktor,before saya masuk untuk Ct Scan esok, saya nak call adik saya, temankan saya. Boleh tak?" Orked menyuarakan kehendak hatinya. Doktornya hanya tersenyum.

"Finally you ada family. Baru jejak kasih ke macam mana?" Doktor ni sempat sindir Orked tapi ingat Orked kisah ke. Orked pernah lagi teruk kena sindir dengan Bos tau. Masa zaman jahiliah dia dulu.

"Saya nak family saya tau saya macam mana, saya makan ubat apa, saya taknak pengsan seorang dalam bilik ni then ahli keluarga blame each other for the sake of themselves" Orked jujur takut macam mana kalau dah sejam dia pengsan tapi orang tak perasan? Dan itulah puncanya Orked telefon Aiman adiknya pada malam itu juga di hadapan Doktor Lee bersaksikan doktor itu.

"Encik Aiman, pesakit saya Orked Omar meminta saya call encik. Saya doktor Lee, doktor yang merawat kakak encik. Bolehkah encik...." dan tak sampai setengah jam, Aiman dah muncul di depan pintu wad dia dengan mata berair. Itulah Aiman The Baker!

[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now