Lapan

22 3 0
                                    

"Wah rajin datang office aku lagi" padahal bukan dia tak tahu, member dia ni ada la muslihatnya tu. Sufi Akram dah kerja sini tujuh tahun. Sejak Orked datang je tiba-tiba eh ramai pula yang bertunggu-tangga di bangunan OK Holdings ni. Jurutera kanan syarikat perunding, Jurutera JAS, arkitek, jurutera JKR buat jalan pun ada melepak depan lobi. Semua nak jumpa Cik Orked. Tapi yang bagusnya Orked ni orangnya firm atau tegas sangat dengan prinsip. Tak ada appointment maksudnya bukan hal penting, maka tidak akan dilayan. Setakat ni nampaknya Tengku Farid je yang lebih dua kali bertemu Orked. Itupun dasar kerja. Setiausaha Orked kawan baik setiausaha Sufi, banyak cerita diketahui dari Kak Mona. Dan rasanya sekarang Kak Mona akan sampaikan pada Melati, setiausaha Orked, tentang Fatih yang dah tiga hari bertunggu-tangga di sini. Ceh alasan jumpa aku konon!

"Nak ajak kau solat Jumaat sekali nanti. Sebelum tu bawa aku makan kedai mamak. Aku teringin nak kari kepala ikan" dengar kata sedap sangat kari ikan yang viral kat Jalan Tar tu.

"Kau nak ajak aku pergi masjid ke membina masjid?" Kura-kura dah lama dalam perahu, baru sekarang dia tahu. Dia baru tahu dari Kak Mona yang Orked tu sebelum ni kerja di branch OK Alor Star. Sebangunan dengan lelaki di hadapannya. Padanlah. Rupanya dah kenal. Entah-entah tengah konflik sebab tu Orked lari sini.

"Pergi Masjid la. Tapi nak kari kepala ikan Jalan Tar tu dahulu" mendengar ayat terakhir, Sufi mengerut dahi. 

"Buang tabiat apa kau ni. Dari sini ke Jalan Tar tu sejam tau dengan trafik jem lagi. Kalau bukan nak beli tudung raya, tak adanya aku nak ke sana" bini dia suka mengukur jalan di Jalan Tar masa nak raya. Tudung beli sehelai, ukurnya 2 kilometer. Mujur anak kecil ditinggalkan di pengasuh di taska. Berpeluh ketiak.

"Jom lah pergi. Viral kedai tu" Fatih pujuk Sufi macam anak pujuk bapak nak lolipop. Tapi Sufi tak makan dipujuk. Dia angkat gagang telefon dan menekan satu button.

"Kak Mona, tolong tanya Melati, Orked schedule dia apa hari ni. Asap" senang cerita. Dipaksa pun si Fatih ni tak akan beritahu kenapa tujuan bagaimana dan siapakah yang ada di Jalan Tar tu.

Fatih dah mendongak mengukur siling bilik pejabat Sufi. Muka masih selamba dek je. Macam panggilan telefon Sufi tu tak ada kena mengena dengan dia. Sufi pula menyambung kerjanya. Biar je tetamu tak diundang tu melayan jiwa sendiri. 

Lima minit kemudian telefon Sufi berdering. Sufi pantas je mengangkat. Tak sabar nak dengar jawapan kak Mona.

"Ya Kak Mona. Dah tau? kejap-kejap, akak masuk la bilik ni. Sembang dalam telefon tak best" puas hati Sufi. Kak Mona terus muncul di pintu bilik Sufi tak sampai tiga saat.

"Encik Sufi, ini jadual kerja Cik Orked hari ni. Akak bacakan ya. Pukul lapan pagi ni Cik Orked ada appointment dengan Ceo. Pukul sembilan pagi Cik Orked pergi ladang dengan Tengku Farid. Pukul sebelas, Cik Orked pergi hypermart di Jalan Tar. Dia tak masuk pejabat sampai pukul tiga. Pukul empat dia meeting di tingkat dua dengan Bioengin, Tengku Farid akan datang semula ke sini menghadiri meeting tu. Pukul sembilan dia tengok wayang cerita Harry Potter di Midvalley." Bagus betul Kak Mona ni. Bukan jadual kerja je dia ambil, ni dengan jadual peribadi sekali ni. Sekarang Sufi dah buktikan andaiannya benar.

"Terima kasih Kak Mona. I'm happy now"

"Encik Sufi, ingat sikit. Encik Sufi tu dah berbini. Cik Orked tu tak akan pilih Encik Sufi. Baik dia pilih Tengku Farid tu, anak CEO. Tak pun Encik Luqman Jurutera JKR tu. Bersungguh-sungguh nak dapatkan perhatian Cik Orked" dalam hati Kak Mona, dia suka kalau cik Orked tu berkenan kat Tengku Farid. Secocok sangat. Cuma itulah, dengarnya Cik Orked ni dari keluarga orang susah, tak padan pula dengan Tengku Farid. Encik Luqman pun okay je. Kerja kerajaan, terjamin sikit hidup Cik Orked nanti.

"Saya pun tahu dia tak akan pilih saya. Saya sedar diri kak Mona oii. Saya ni sayang anak bini saya tu. Lima puluh ribu saya habis untuk nak kahwin dengan bini saya ni. Saya tanya jadual Orked bukan untuk saya. Tapi untuk kawan saya ni ha"dia muncungkan mulutnya pada si Fatih yang dah malu-malu alah. Rahsianya dah terbongkar. Sebaik sahaja dia mendengar panggilan Tengku Farid kepada Orked semalam terus sahaja dia bertanya pada Orked. Kalau tak tanya, dia risau dia tak dapat tidur malam. Rupanya lepas dengar jawapan, dia masih tak dapat tidur malam. Tu yang pagi-pagi buta dah terjongol kepalanya di sini.

"Ada kena pergi site ke esok?" Teragak-agak dia bertanya pada Orked. Orked pula sedang menanti kertas cetakan keluar dari mesin pencetak.

"Haah. Kilang dengan Jalan Tar" pendek je jawapan Orked. Orked tak berminat nak sembang panjang dengan Fatih. Mereka tu langit dan bumi nak menyembang. Seorang bidang sains, seorang sastera. Memang tak ngam lah.

Lantaran mendengarkan itu, jiwa Fatih rasa macam kereta main hon sana sini macam dalam kesesakan trafik jem. Sebab itulah pagi lagi dia dah muncul di pejabat Sufi ini. Tak sangka Sufi ni cerdik sangat menangkap trik dia.

"Ohhh untuk Encik Fatih ke. Kak Mona suka la sangat macam tu." Jejaka ini tak kurang hebat. Fizikal setaraf macam Tengku Farid. Cuma dia ni lawyer. Cik Orked tu tak banyak cakap. Sesuai ke dengan lawyer ni. Risau Cik Orked stress je. Kak Mona sayang betul Orked tu. Sebab Melati selalu cerita Orked tu baik, selalu belikan makanan, sediakan sekotak jajan untuk Melati, orderkan kopi Korea dari shopee untuk Melati dan macam-macam lagi. Padahal baru sebulan Orked di sini.

"Saya pun suka kalau kawan saya ni jadi dengan Orked kesayangan Kak Mona dengan Melati tu" kak Mona ni wanita pertengahan umur yang pandai menilai orang berdasarkan pengalaman, jadi dia bersetuju dengan Kak Mona dalam banyak hal. Wanita selalu betul.

"Okaylah, Kak Mona keluar dulu sambung kerja. Good luck, Encik Fatih" Kak Mona keluar menonong je.

"Dengar tu, Kak Mona tu bagi suppoort. Kau tak payah nak kona sana sini. Beritahu je terus terang yang kau tengah aim Orked kan" Sufi pandai. Dia lawyer yang berkhidmat dengan Melayu jadi jiwanya untuk menjual airliur di kalangan orang Melayu sangat berkesan. Macam sekarang. 

" Yelah aku mengaku. Tak guna dah nak tipu kau. Kenapa?nak tolong ke" period.


[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now