Dua belas

21 3 0
                                    

Biskut gula di dalam peti, mari dicicah bersama kopi, andai rindu terdetik di hati, mungkinkah sayang tidak bertepi?

Fatih tiba-tiba muncul di hadapan Orked. 

Kolek mudik ke muara sungai, melompat-lompat sekawan pelata, hati yang walang terasa damai, buah hati di depan mata.

Eh nanti dulu Orked, buah hati siapa? Jangan tergopoh-gopoh Orked. Anak perempuan yang manis perlu jual mahal. Harga dirimu tinggi Orked.

"Oh hai. Ada meeting kat sini ke?"Orked memulakan perbualan. Dia yang sedang menikmati nasi lemak sambal kerang yang lazat ni, terbantut suapannya apabila didatangi Fatih.

"Begitulah. Ada dua mesyuarat. Satu dengan Dato Omar, satu lagi dengan Bioengin. Awak terlibat sekali rasanya"

"Saya masuk join yang dengan Bioengin tu je" dengan ayah dia tak terlibat. Tapi dia jawab yang hujung tu di dalam hati je.

"Bioengin tu lepas Zohor,Fatih. Awal awak datang. Dengan Dato Omar pukul berapa?"

"Biar awal dari terlewat. Dengan Dato pagi esok jam sembilan pagi"

"Kalau macam tu, join breakfast dengan saya. Sedap tau nasi lemak sambal kerang ni. Dah setahun jadi supplier tetap kat kafe ni" dengar kata, tukang masak nasi lemak ni jurutera yang saja-saja seronok buat part time. Memang tak supply banyak pun. Sehari 50 pek sahaja dan menunya cuma sambal kerang dan sambal udang. 

"Kalau Kak Orked nak tau, tauke nasi lemak ni cantik, anak dia dua orang, lepas dia hantar nasi lemak ni ke sini, dia pergi lah pejabat dia. Dua menu je dia masak sebab menu tu kegemaran suami dia. Suami dia boleh makan hari-hari lauk ni tau, kak" alahai Mimi, kau bercerita depan kak Orked yang jurutera juga tapi bab masak ke laut dalam, dah la belum bersuami, apa lagi punya dua anak!Orked terasa hati.

"Beruntung suami dia kan, Mimi. Dapat isteri serba serbi sempurna" aku ni siapa saja lah nak dibandingkan dengan tauke nasi lemak ni.

"Suami dia pun baik, kak. Suami dia yang akan uruskan anak-anak. Keluarga suami dia pun very supportive."Mimi menambah rasa.

"Perempuan yang baik inshaAllah mendapat suami yang baik" itu je yang mampu Orked balas.

"Suami siapa yang baik tu, Orked?" Rasa macam nak pengsan. Apakah Orked terlepas kata di mulut?

"Siapa?" Orked teragak-agak mengulang soalan.

"Awak tu tadi cakap perempuan yang baik dapat suami baik tu" aik Mimi dah jadi Fatih. Oh dia terlampau ingat peristiwa hari tu. Akhirnya terlepas kata di depan Fatih.

"Oh itu. Cerita pasal owner perniagaan nasi lemak sambal kerang ni. Nak dengar ke?" Wah orked sudah bertukar jadi gadis penglipur lara. Mesti ayah bangga anak gadis dia yang dikata tak pandai mengurus rumah tangga tapi pandai membuat cerita! Bukankah membuat hati suami senang itu besar pahalanya, ayah?

"Boleh la macam tu"Fatih tersenyum. Dia memang lapar. Sepanjang pemanduan dia tak berhenti untuk makan pun. Dia tidak pernah makan di R&R. Minum juga hanya membeli Nescafe tin untuk diminum di dalam kereta. Orked memanggil Mimi untuk membuat pesanan. 

"Nasi lemak sambal kerang dengan telur mata, Nescafe tarik satu" Fatih sendiri menyebut satu persatu pesanannya.

"Kita tak ada orang yang nak tarik nescafe tu,Encik. Nescafe panas boleh ke?" Mimi memang serius tapi Orked dan tersenyum-senyum.

"Awak je la yang tarik,Mimi. Guna troli" Orked dan Mimi ni dah macam kawan baik. Mereka bersembang dan bergosip hal luar kerja sekiranya Orked datang makan di kafe ni.

"Isk bos ni. Tak baik mainkan saya"

"Maaf, saya memang suka menyakat awak. Saya tak ada adik perempuan. Adik lelaki saya pula baik sangat untuk dibawa bergurau"Aiman tu serius orangnya cuma kadang-kadang datang putus wayar, boleh la bergurau dengannya.

[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now