Lapan belas

20 3 0
                                    

"Miss Orked, saya dari HR Hospital. Nama saya Pauline. Sebenarnya saya dapat aduan dari doktor yang merawat Miss tentang kecuaian doktor di emergency. Saya difahamkan doktor di emergency menghalau Miss balik pada malam Miss datang ke emergency. Dan doktor di emergency tak mendengar aduan sakit Miss." Pagi yang tenang bagi Orked diselitkan dengan kedatangan pegawai hospital. Agaknya risau dia viralkan kot. 

"Saya tak ada buat aduan. Saya tak boleh nak fikir sebarang aduan pun sekarang" Orked beritahu sambil berdiri di tingkap bilik.  Dia berkongsi bilik dengan seorang makcik berbangsa India. Sebelum dia masuk ke sini,makcik tu dah sedia ada. Orked bernasib baik dapat katil tepi tingkap. Dapat lah dia melihat parking kereta.

"Baiklah Miss. Ini saya tinggalkan kad saya. Kalau Miss nak buat aduan, boleh contact saya. Dan untuk pengetahuan Miss, doktor emergency tu dah digantung tugas sementara tunggu laporan siasatan. Saya minta diri dulu dan bagi pihak hospital saya memohon maaf atas segala kesulitan yang Miss Orked hadapi " Pauline pun beredar dan sempat memberikan senyumnya pada makcik sebelah.

Orked kembali ke sofa single seat di sebelah katil. Dan merenung TV yang terpasang. Dengan kedudukan ayahnya, dia layak duduk premium wad atau vvip wad tapi memandangkan dia menggunakan duit jualan syer dia, dia berjimat. Kos rawatan dikhabarkan bernilai seratus ribu ringgit tak termasuk ubat-ubatnya lagi. Lagipun duduk seorang tak dapat pandang benda hidup lain. Sekurang-kurangnya di sini ada juga makcik sebelah ni walaupun mereka belum berbicara. Bosan. Kalau masa begini, dia akan turun ke kafe dan minum secawan nescafe panas dan sudah tentu sebekas nasi lemak bersambal kerang.

Satu ketukan di luar pintu membuatkan Orked berpaling ke pintu. Tudung memang sentiasa disarung sejak dia check in sebagai penginapan bertauliah di 'hotel ' ini. Kalau Melati tengok dia sarung tudung instant macam ni,mesti kena gelak. 

"Hello puan. Sihat dan ceria ya hari ni. Boleh balik lah hari ni. Mau balik tak?" Seorang doktor lelaki berbangsa tionghua menyapa mesra makcik sebelah.  Tangan ligat meneliti satu persatu medical chart milik makcik ni. Tapi memang sepanjang 24 jam Orked di sini, makcik ni senyum je. Paling best, malam tadi dia sempat dengar makcik ni pasang drama Goblin di Tablet. Tak pasal-pasal Orked menyesal tak bawa tablet. Dia guna je la Samsung Galaxy A15 untuk menonton drama. WiFi percuma katakan.  Aiman selalu gelakkan Orked pakai Samsung yang tak sampai seribu harganya tu. Dia kata dia sanggup sponsor IPhone 15 untuk kakak tersayang asalkan bukan untuk bermain Zuma atau Tumblebugs!

"Mesti mau,doktor. Saya banyak rindu saya punya rumah. Saya boleh call anak saya sekarang juga,doktor?"

"Boleh. Nanti puan call anak, suruh dia datang kaunter " doktor yang ditemani nurse sempat memberikan aku senyuman sebelum keluar.  Senyuman kegembiraan masih terbias di bibir makcik ni. Dia mengeluarkan telefon dan kelihatannya bercakap dengan seseorang dengan nada gembira. Kita boleh tau kan perasaan orang berasaskan suara? Macam suara Fatih yang sentiasa tenang walaupun sebenarnya tengah 'melaser' orang. Aduhai hati, berhentilah menyeru nama lelaki itu. Kalau seru, boleh baikkan dirinya,maka akan diseru nama itu 25 jam dalam sehari. Mungkin Orked patut seru sambil tepuk bantal sebab tidur Orked tak pernah lena baginya bantal hospital keras seperti kadbod! Kalau dah nama Fatih diseru mungkin bantal kadbod bertukar menjadi bantal bulu angsa!

"Adik, aunty sudah boleh balik." Tiba-tiba makcik ni tegur Orked. Orked mengangguk sahaja.

"Tahniah aunty."apa lagi nak Orked balas. Orked pun sakit dn tak berapa kuat untuk bertutur.

.................................................

"Sorry Orked,I ada emergency di bawah tadi so I'm  a little bit late today" Bukan a little dah ni tapi too much.

"It's okay, nothing happen to me. I'm just fine here" yelah a beggar can't be picky kan? Ada orang lagi memerlukan dalam keadaan kecemasan. Doktor Lee mengambil medical chart dan membaca catatan nurse agaknya. Kemudian dia meletakkan semula papan medical chart.

"Kita test dulu macam mana condition you. Nurse,do the ice pack test. "Rupanya nurse dah ready dengan icepack. Dia meletakkan icepck pada mata Orked. Sebelah kanan. 10 saat. Lepas. Kelopak mata Orked rasa macam terturun sendiri. Dan kemudian Orked melakukan senaman mengepk tangan sehingga rasa macam nak tanggal je tangan ni bagi kat doktor.

"So Orked, seperti yang you dah dimaklumkan sebelum ni. Your muscle, otot you sangat lemah. Petang ini,I akan transfer you ke HDU. Kita akan terus buat IVIG treatment. Sehari kita akan masukkan 6 botol. Kalau you tak ada alergi pada IVIG,kita akan habiskan 30 botol dalam lima hari. Lepas IVIG, kita transfer you semula ke wad, kalau you okay. Lepas dah kuat  sikit, kita buat Ct Scan untuk trace you punya thymoma sama ada ianya kanser atau cuma tumor. "Orked mengangguk tanda faham.

"Ada apa-apa soalan sebelum I uruskan prosedur transfer tu?"

"Doktor, sakit ni akan dapat pada anak I ke?" Orked kenapa nak risau?bukan ke Orked telah menolak lamaran Fatih dengan melarikan diri senyap-senyap ke sini?

"No la. Bukan genetik. But I have to ask you a question, can i?" 

"Apa dia doktor?"

"You ada plan untuk kahwin dan mengandung dalam masa terdekat ke?" Orked termenung dengan soalan doktor. Makcik sebelah pun tiba-tiba terhenti pergerakan mengemas baju. Menunggu jawapan Orked agaknya.

"Tak. Saya tak akan berkahwin dan mengandung"

"Sorry to say, dalam masa you makan steroid ni, you tak digalakkan mengandung. You kena jaga diri you dahulu."

Orked sangat faham dan tiba-tiba Orked bahagia. Bahagia kerana menolak lamaran Fatih.  Dia menyelamatkan Fatih dan keturunan Fatih. Fatih itu anak tunggal. Sudah tentu mahukan pewaris dan keturunan. Dan sudah tentu bukan dari rahimnya. Orked rasa dia gembira melepaskan Fatih tapi kenapa ada pula mutiara jernih mengalir di pipinya? Oh air mata gembira agaknya. Dia menyapu air matanya dengan bisu. Tapi makcik di sebelah dah meraung. Dengan gayanya tersendiri. 

Ikan todak berenang menjauh, penyu Kuala berenang ke tepian, rindu hati tidak bersauh, akankah hanyut ke tengah lautan?

Maafkan Orked ya Fatih. Orked kirim doa sahaja supaya Fatih dapat mencari perempuan yang lebih baik dan sihat. Orked sakit.

[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now