Satu

41 3 0
                                    

"Hey budak SPM, ke mari kamu!" Satu suara menggegar gegendang telinga Orked. Lemah betul sendi lututnya mendengar gempitanya suara itu.

"Ada apa,Bos?" Dia melangkah perlahan menghadap lelaki tak berapa muda tapi tak berapa tua tu.

"Ni ambil fail biru ni, hantar ke bilik Fatih. Dia nak meeting pukul 2." Zulkarnain, ketua bahagian legal hukum menyerahkan fail itu pada Orked.

"Bos, tak payah fotostat dulu ke" mendengarkan pertanyaan itu, Zul segera memandang tajam pada Orked. 

"Jangan nak buat hal. Tak ingat apa yang awak buat dulu?" Maunya Orked lupa muka harimau berantai tu bila dia menyerahkan surat legal yang dah berkecai halus-halus macam saiz daun serai Tok Wan belakang rumah. Kecut je serai kat rumah orang kurang dermawan tu. Pokok pun malu nak hidup kat rumah tu. Orked dengan tenang memasukkan surat tu ke dalam shredder machine dan bukannya mesin fotostat. Mengimbas kembali dia dihambur bangang loklaq dek Zulkarnain, membuatkannya senyum tanpa sedar.

"Ha tu awak ghenyih seorang-seorang. Datang dah loklaq hang tu,lagi la aku tak bagi hang pi fotostat. Biaq pi Fatih fotosatat sendiri" dah keluar slang utara Zul gara-gara seriau tengok Orked sengih seorang diri. Baiklah Fatih pergi fotostat sendiri dari biarkan Orked si PA ni yang buat. 

"Ok Bos, saya hantar pada Encik Fatih sekarang" dia segera mengambil fail tu dan keluar dari pejabat. Pemalas betul Bos Zul ni. Padanlah boroi. Bilik Fatih tu tingkat bawah je pun. Bukannya jauh nak menapak. 

"Nanti kejap."arahan tu membuatkan langkahnya mati dan segera dia berpusing semula pada Zul. Dia menunggu arahan seterusnya.

"Awak ni bila nak berubah. Fatih tu banyak kali dah sound saya tak pandai bimbing staff" dia sendiri sakit mata tengok si Orked ni dengan skirt midi paras betis dan stokin jaring hitam bersama heels tiga inci. Baju mujurlah tertutup blouse dengan blazer. Kedai tudung kat Malaysia ni dah bankrap kot sampai tak boleh nak sauk tudung sehelai.

"Goodbye,Bos. Saya pergi hantar sekarang"malas nak balas omelan Zul boroi ni. Bukan sekali dua dah. Rasanya sejak enam bulan dia kerja di sini, 180 kali dah dia dengar dari mulut Zul. Belum tambah mulut si Fatih Bolt tu macam bertazkirah pasal aurat dia. 

"Orked, tutup elok-elok bila berpakaian. Aurat tu semua kecuali tapak tangan dan muka"

"Orked, kenapa tak dengar nasihat saya, cuba pakai elok sikit"

Oh lupa nak cerita, Kenapa Fatih Bolt? Sebab Fatih ni pantas macam Usain Bolt bila bertindak. Sekejap ada kat Semenyih uruskan plantation kat sana, eh petang nya dah ada kat pejabat di Ipoh. Esok ada kat Alor Star pula. Mula-mula dia ingat nak panggil Fatih Doraemon sebab macam ada pintu ke mana saja. Tapi kejam sangat pula sebab Fatih tak bulat pendek macam Doraemon.

"Orked, Orked. Budak baru lepas SPM memang macam tu . Tak matang" merungut Zul sendiri. Fesyen pun failed. Padanlah kerja PA je. 

"Eleh nak kata aku budak SPM tak pandai berfesyen la tu" Orked bukan tak tau tapi dia buat pekak je. Kan dah kata dia dah dengar 180 kali sepanjang 6 bulan dia kerja ni. Pernah hari Ahadnya yang tenang diganggu dengan panggilan Zul Boroi.

"Orked, esok pagi, pukul 8 terus pergi HQ at least pukul 10 pagi mesti dah ada kat sana. Meeting tergempar, PA Fatih cuti anak demam jadi awak kena ganti. Jangan nak pakai stokin jaring hitam tu. Malu je kat orang KL kalau orang tau branch kita macam tu. Bukan semua budak SPM macam awak" arahan diterima lepas Maghrib sebaik sahaja Orked selesai memberi salam sunat Ba'diah nya.  Jadi dia dengan pantas mengemas bag dan naik bas  Pancaran Matahari ke KL malam tu juga. Tak lupa dia bawa sekali stokin jaring hitamnya. 

Orked melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik Fatih. Kak Su PA si Fatih sedang bercakap di telefon, hanya mengangkat kepala dan kening padanya. Dia membalas memuncungkan mulut ke arah bilik Fatih. Kak Su mengangguk. Debaran tu ada sebab mulut Fatih ni kadang-kadang berbisa juga. Tapi nak buat macam mana,lawyer kan. Dia pula memang buat hukum undang-undang, dia tadah je la telinga macam Tok Wan tadah tempayan 10 biji depan rumah bila hari hujan. Air tu dibuat cuci kereta, siram pokok, kadang-kadang maid basuh sayur pun guna air tempayan tu! Dasar tak dermawan. Kalau untung Fatih, kata-katanya tu dapat la merubah sedikit perangai Orked, ibarat air yang diguna membasuh sayur Tok Wan tu. Kalau tak, jadi sarang jentik-jentik la jawabnya 

"Masuk!" Aik Orked belum ketuk, dah suruh masuk. Memang Doraemon ke dia ni. Ada mata robot abad ke 30. Dia melangkah masuk dengan lafaz Bismillah.

"Macam mana Bos tau saya datang?" Kagum betul dengan Fatih Doraemon ni.

"Heels awak tu dari tangga atas saya boleh trace" ringkas je jawapan. Orked membalas "Oooo" yang panjang. Baru nak kagum kot Fatih ada magis. Terpaksalah Orked kagum dengan diri sendiri. Tak sia-sia dia curi-curi pergi kelas modelling dengan Siah Lenggang sehari lepas paper terakhir SPM. Siah memang la gerenti dapat nama gelaran pun Lenggang gara-gara banyak melenggang. Dia? Trainer cakap "You ni ada bakat hentak kaki je Orked. Kalau lalu atas lantai tiles,tiles pun retak". Hari kedua dia berhenti. Orang tak ingin dia pun tak sudi, baik dia pergi kelas menjahit kat KEMAS. Hari kedua di KEMAS, Cikgu Popi cakap "Awak ni Orked bakat tu ada, cuma perlu digilap lagi mungkin dalam masa setahun untuk belajar jelulur kasar". Dia bukan tak faham maksud cikgu Popi tu. Makan dalam sangat. Akhirnya hari ketiga dia berhenti kelas menjahit. Dia risau dia terjahit mulut cikgu Popi. Minggu kedua, dia pergi kelas memasak, baru belajar kuih seri muka dan karipap, Cikgu Tipah cakap "Saya nak berhenti mengajar kelas ni. Kebelakangan ni migrain saya makin teruk." Dan dia mula patah hati sedangkan kecintaan dia pada masakan mula bertunas. Terus dia tukar ke kelas Komputer. Berjaya dapatkan sijil, dia diterima ke UK pula. Eloklah tu. Biar dia bawa wabak migrain ke sana pula.

"Ni Encik Zul suruh beri fail pada Bos" dia nak melangkah pergi sebaik sahaja dia meletakkan fail ke meja Fatih. Fatih sejak tadi tak memandangnya. Ralit meneliti sesuatu di skrin laptop.

"Sambil awak keluar tu, tolong callkan technician IT system kita. Document ni tak boleh buka. Kena ada license pula" entah kenapa tiba-tiba semua dokomen dia tak boleh diedit. Macam kena kunci padahal dia yang create dokumen tu.

Orked yang mendengarkan itu termenung. Nak tolong panggil ke tak ni. Dia tau technician IT tu. Si Fariz Dengkot tu. Tak padan dengan dengkot tapi gatal nak mampus. Pernah sekali dia nampak di cermin dalam lif, Fariz cuba merapatkan badan ke belakang tubuhnya. Terus dia pijak kaki si Fariz dengan heelnya. Lebih manis, Fariz ketika itu sedang berselipar je. Elok sangat la kejadian lempeng kaki hari tersebut 

"Mana rosaknya, biar saya tengok. Bos bangun,tepi sikit" Fatih mengangkat muka memandang Orked. Tapi muka Orked serius, agaknya betul la dia nak repair tu. Fatih pun bangkit dari kerusinya untuk memberi laluan pada Orked. Orked bau macam honey dew pewangi keretanya apabila gadis itu lalu di depannya.

Orked merenung skrin laptop dan menekan-nekan sesuatu pada papan kekuncinya. Cekap betul nampak PA Zul ni.

"Ok dah settle. Bos boleh sambung kerja. Tak payah la panggil Fariz tu" Orked pun bangun dan mempersilakan Fatih duduk.

"Macam mana awak buat?"elok lah dah MS Officenya. Dari Excel ke Words,semua dah editable.

"Lepas SPM ayah saya hantar kursus komputer kat KEMAS, tu yang pandai. Saya kan PA" memanglah ayah hantar Orked kursus komputer Kemas tapi kursus tu Orked lulus dalam sehari je terus dapat sijil. Orang lain kursus dua minggu. Lahai memanglah setakat kursus MS Lima beradik,celah kuku dia je. Baik lah Ayah hantar dia ke KEMAS kursus menjahit ke memasak ke. Confirm setahun belum tentu dia lulus macam Cikgu Popi cakap.

Fatih mengangguk tak banyak soal. Dia ingin menyambung kerjanya. Tapi pertanyaan Orked mematikan kerjanya. 

"Where is the magic words?" Fatih tersenyum. Memang Orked berani cakap benda yang salah. Dia akui dia lupa.

"Thanks Orked" Orked tersenyum dan mengangguk.

"You're welcome, Bos" Orked senang hati dengan Bos Doraemon tak buka kilang khutbah harini. Ditambah pula tak perlu nak hadap Fariz Dengkot.

"Dengkot the Pervert"


[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now