Tiga

30 3 0
                                    

Fatih gelisah sebab adakah dia bertempik kelmarin, terus Orked cuti tiga hari. Demam terkejut barangkali. Dia akui suara dia mengalahkan harimau malam tu tapi bukan salahnya. Haji Muhammad bekas pengetua, Hajah Zubaidah Guru Besar bersara, memang suara semua macam tersekat mikrofon dalam tekak. Lagipun depan matanya sendiri, Orked belasah dan memaki Fariz. 

"Encik Fatih, dah pukul 12, boleh tak saya nak turun makan?"suara Kak Su mengejutkan Fatih.

"Kak Su nak makan kat mana?" Fatih ingat nak kirim makan je.

"Kat kedai seberang tu, ayam penyet dia sedap goreng panas-panas" Fatih dah nampak ayam penyet berterbangan di kornea mata Kak Su.

"Ok kak, pergilah" mendengarkan ayam penyet seleranya mati. Dia bukan memilih sangat. Masa belajar di Kent, ada restoran bakso yang menjadi tempat kegemarannya. Tapi dia rasa ayam penyet tu, kalau dia masak sendiri lagi sedap. Dia bukan nak berlagak tapi resepi ayam penyet ni senang sangat. Sudahlah harga satu set macam boleh beli susu anak sekampit. Dia teringin nak makan masak asam pedas atau tomyam sekarang ni. Nampaknya turun ke kafeteria bawah je la. Kualiti makan sedap, harga pun murah.

Dengan malas dia sendiri bangun dari kerusi, mencapai wallet dan turun ke bawah. Perut dah lapar sangat ni tak larat nak turun tangga dah. Naik je la lif. Bila terpandang lif, automatik kepala teringat peristiwa hari tu. Fariz pula dengar kata cuti seminggu. 

"Nasi separuh, asam pedas pari seketul, sayur goreng tu sesenduk. Air sirap limau satu ye kak" dia membayar harga makanan dan mengangkat tray ke meja yang dirasakan kosong. Dia nampak Zul tengah makan seorang diri. Lantas dia membawa traynya ke situ.

"Seorang ke Zul?" Dia bermanis mulut walaupun dia tau memamg sah la seorang.dia melabuhkan punggung di kerusi hadapan Zulkarnain.

"Seorang je la. Aku mana ada PA dah" ayat hujung tu membuatkan doa makan Fatih tinggal Bismillahirahmannirahim je. Tersentak. Dia lawyer, Zul pun lawyer, memang mereka faham la maksud hujung ayat Zul tu. Kalau Zul ni doktor, ayat tu mungkin membawa maksud panadol tak ada dalam stok.

"Orked ke mana?" Dalam hati berdebar menunggu jawaoan balas Zul. Nasi di pinggan Zul masih ada separuh tapi nampaknya tuan pinggan dah tak lalu makan.

"Dia pindah ke Hq 24 jam. Arahan atasan" tercampak ubi kentang dari mulut Fatih. Biar benar.

"Aku tak tau apa pun"

"Kenapa kau nak kena tau?"

"Yelah kalau dia ada buat salah sampai kena pergi KL , mestilah aku tau I'm part of legal unit okay?" Dia tak dengar apa pun. Malah dalam group WhatsApp mereka pun tak ada sebut hal Orked. Atau dia terlepas pandang ke?

"Ni mesti kau off notification. Ada la sebut. Sebab tempat kosong Orked tu tengah tunggu HQ hantar seorang. Kesian dia. Kesian aku. Tunggang langgang kerja aku. Abang Ramli tu kan dah nak pencen, bab IT ni dia tak pakar sangat macam Orked." Suruh email pun Abang Ramli suruh bos print dan dia rela hantar naik motor, daripada guna email. Abang Ramli cuma pembantu awam rendah, memang bukan bidang dia pun.

"Aku faham bab tunggang langgang tu. Tapi kenapa sampai Orked kena pindah HQ? Dia cuma belasah Fariz  je kan?" Kalau difikirkan semula, kenapa lembik sangat si Fariz tu. Atau Orked yang ada super power?

"Belasah?belasah apa pula ni?" Zul terkejut. Ni pertama kali dia dengar Fariz kena belasah.

"Bukan ke Orked kena pindah sebab tu?" Dia pula sama-sama terkejut berjemaah.

"Bukan lah. Orked kena pindah sebab pegawai sana panggil dia, naik pangkat" rupa-rupanya dalam diam Orked mohon pertukaran ke ibu pejabat di KL. Memandangkan tempat dipohon tu kosong 24 jam, Orked pun ditukar ke sana dalam 24 jam.

[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now