Sebelas

17 3 0
                                    

"Kenapa Orked tak suka Tengku Farid? Dia okay je ayah tengok rupa ada, baik, understanding" Dato Omar tak faham kenapa anaknya yang dah berusia 27 tahun masih membujang.  Rupa ada, duit ada, pendidikan tinggi. 

"Orked nak dia jadi kawan je. Bukan suami" dia dan Tengku Farid memang berkawan dan bukanlah tahap bff. Mereka berkawan sebab belajar bersama sejak zaman mengenali dunia luar. 

"Tapi dia sesuai dengan Orked"

"Ayah ni dah macam Tan Sri Megah Holding dalam drama Akasia pukul 7 tu. Mana ada orang buat JV dengan cara kahwinkan anak zaman sekarang ni?" Dia selalu dengar Melati komplen cerita pukul 7 yang stereotaip. Melati kata dia lagi suka filem Tamil. Maka Orked akan mendengar sepuluh minit review filem Tamil dari Baahubali 1 sehingga Baahubali 2 dan dari Prabahs sehingga Mahesh Babu dalam Bharat Ane Nanu. Dia suka je menadah telinganya kerana Melati ni rajin bekerja. Moto kerja Melati juga sangat difahami. Work hard,play hard. 

"Weekend cuti, Melati pergi Sunway Lagoon ke?Dah work hard weekdays, mesti play hard weekend kan?" Dia pernah menyoal Melati.

"Isk ajer gilenyer teman meghonjang kat Sunway main ayor tu. Teman nengok marathon Tollywood la Cik Orked"

"Tollywood tu apa?" Buruk sangat bunyi tu. Biasa dia dengar bollywood, Hollywood.

"Telugu movie kita panggil Tollywood " 

"Macam tu ye Melati. Enjoy la weekend awak ya Melati"

"Banyak family business buat macam tu Orked. Itu cara untuk pertahankan perniagaan keluarga dan ianya satu bentuk jaminan. Lagi-lagi kalau dapat pewaris. Kami sebagai datuk nenek kedua belah keluarga tak akan memutuskan perniagaan sebab ada cucu sebagai pengikat" Orked rasa fakta tu gila sangat. Apa kalau kahwin anak petani, hubungan besan akan putus ke walaupun ada cucu? Nanti jadi macam cerita Kassim Selamat kau, Orked. Tapi tu kes lain, dalam cerita tu si Kassim terlampau menikmati dunia enjoy sana sini tak beringat. 

"Tengoklah dulu macam mana" itu je jawapan selamat Orked boleh bagi.

"Orked, ayah tak muda lagi. Ayah perlukan pewaris seterusnya selepas Orked"

"Ayah, Aiman kan ada. Orked tak nak buat business"

"Tapi Orked, you are gifted with talent of management"

"Ayah,Orked nak hidup biasa-biasa je"

"Biasa macam mana tu?" 

"Biasa la. Sebelum pergi kerja hantar anak ke pengasuh, balik kerja masak untuk family, ambil anak dari pengasuh, weekend pergi short trip dengan family such as tgv hour ke, masuk kidzoona temankan anak, pergi makan Secret Recipe."

"Hai la Orked, goreng telur pun kamu fail lagi,masak nasi guna rice cooker jadi bubur, goreng cekodok pisang jadi pengat pisang, basuh baju guna dryer. Macam mana Orked nak hidup macam orang biasa,nak?" Ayah memang tak bergurau. Semua senarai 'kegagalan' Orked tu baru satu persepuluh. 

"Ayah ni, tak kan la tak ada satu pun yang Orked perfect?mana ada orang kutuk anak sendiri lebih-lebih, orang semua up anak sendiri tau"kecil hati dia. Ayah dah tergelak-gelak.

"Sebab tu la ayah susah hati nak bagi Orked kahwin dengan orang biasa-biasa, sebab Orked tak tau buat kerja rumah"

"Orked tau masak seri muka dengan karipap"tiba-tiba dia teringat Fatih pernah makan hari-hari kuih yang dia jual. Apa la Orked ni teringat anak teruna orang. Tak malu sungguh!

"Siapa yang nak makan kuih hari-hari, Orked. Cuba Orked beritahu ayah, cara nak masak kari ikan?" 

"Itu lauk favourite ayah, buat apa Orked yang nak masak. Mak la yang kena jawab"

[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now