Empat

27 3 0
                                    

To Bos, Orked here.

Still mad at me? Saya dah tak ada kat office, boleh save suara Bos. And now I can save my leg for other thing instead turun dari tingkat atas ke bawah. I will ask En.Zul to walk by himself. Boleh turun kilo kilo dia tu.

Forgive me for my behaviours but there is a reason behind. A reason that you don't need to know. I am a beginner here and there is a NEW me. Thanks for the whole time I'm in OK Holdings.

Bye.

NEW with capital letters tu menarik minat Fatih walaupun simple sangat surat berelektronik yang diterima Fatih. Dia dah tau sebab dan alasan tindakan Orked malam tu. Dia sendiri kalau di tempat Orked mau mati Fariz dikerjakan. Orked yang rajin bersenam turun naik tangga hantar dokumen. Orked yang hampir membuat dia meletup kerana termasukkan kertas kerja dalam mesin pencarik kertas. Orked yang terima je kelas tarbiyah percuma dia dan Zul. Orked yang manis. Eh? Anak dara orang tu Fatih,mati kau kena tolak dalam kolah masjid kalau Haji Muhammad tau. Dia mengeluh.  Nak minta maaf pada Orked macam dah terlambat. Dia merenung email tu lagi. Balas kat email je la. Dia klik reply.

To Orked, sorry for all my lousy action. Forgive me too. Good luck.

Lagi ringkas email Fatih. Dia budak suka membaca tapi tak pandai mengarang. Dia bercakap ikut buku berpandukan buku. Klik send. Telefon atas meja berbunyi. Dia angkat.

"Fatih, nanti kau ganti aku pergi HQ. Meeting pukul 2. Pasal hal tanah untuk buat hypermart tu. Penduduk setempat tak nak pampasan ikut kontrak tu. Diorang nak lain pula dah" suara Zul macam ETS tak ada brek.

"Ok. Kau tak dapat pergi?" 

"Bini aku dah cukup bulan ni, risau nak drive jauh-jauh" isteri Zulkarnain sedang hamil anak kedua. Kalau ikutkan minggu ni la due dia. Dia ok je. Beginilah nasib orang bujang.

"Beres. Nanti email pada aku details"

""Thanks Fatih."

"Welcome" Fatih menekan pula interkom 

"Kak Su, masuk jap"

Ketukan di pintu kedengaran dan dia mempersilakan Kak Su masuk. Setelah Kak Su duduk, dia bersedia memberi arahan dan Kak Su juga telah membuka tablet.

"Tolong buka email dari Zul, ada details pasal meeting di HQ.Print dan emailkan semua dokumen kes tanah hypermart pada saya. Make sure ada 5 dokumen. Kalau tak cukup,minta pada abang Ramli" itu sahaja arahan Fatih.

"Ok Bos. Tapi tu kes bawah bos legal kan?" Kak Su ni mujurlah cekap. PA berpengalaman 20 tahun. Dengan OK Sdn Bhd dah 15 tahun.

"Zul tunggu bini dia." Kak Su faham maksud tu. Dia pun bangun untuk menyiapkan kerja.

"Saya balik awal nanti Kak Su. Pukul 5. Saya nak pack baju nak balik kampung hari ni."sempat dia menitip pesan pada Kak Su. Biasanya lepas Maghrib baru dia balik tapi disebabkan hal-hal macam ni, dia akan balik awal sedikit.

"Ok Bos. Hai kalau lah Bos ada orang rumah, mesti tak payah kemas sendiri. Ada isteri tolong kemas" sempat diusik Bos berusia 30 tahun itu.  Down to earth person sebab background pun dari rakyat marhaen. Siapa lah yang beruntung dapat lawyer graduan Kent ni.

"Belum ada jodoh lagi, Kak Su" ini jawapan biasa dah keluar dari mulut Fatih.

"InshaAllah kalau ada, ada la" eh Kak Su salah dengar ke ni? Lain jawapan Fatih kali ni.

"Bos dah ada calon ke ni?"

"Entah lah. Tu saya kata, kalau ada, ada la. Kak Su doa kanlah saya" bila selalu macam ni, memang rasanya dia perlukan suri hidupnya untuk menemaninya. Yang boleh berkongsi cerita, berkongsi perasaan dan berkongsi penatnya. Tak pandai memasak tak mengapa sebab Youtube Che Nom ada,  IG Khairul Aming ada, Che Sayang Kitchen ada dan yang paling penting kedai makan banyak. Tak pandai menjahit pun tak mengapa, shopee ada jual baju murah. Kak Su cakap Tiktok pun selalu murah masa live. Tak pandai jaga anak tak apa, dia suka budak, dia boleh tolong jaga, pengasuh area sini pun banyak

"Kak Su selalu doakan Bos cepat lah bertemu jodoh yang baik." Kak Su dah melabuhkan punggung di sofa pejabat Fatih. Itu tandanya Kak Su nak ajak membawang bersaama. Kalau dengan Fatih,nampaknya tengah membawang bawang besar ni. Mesti hasilnya besar.

"Saya belum cukup baik untuk dapat perempuan yang baik, Kak" itulah anggapannya. Setiap kali ada wanita yang ingin dijodohkan dengannya, dia akan merasa tak ada chemistry, atau perempuan tu yang menarik diri. Belum jodoh sebenarnya. Hajah Zubaidah dah dua tiga kali cuba menjadi telangkai untuknya tapi semua terkandas.

"Anak makcik baik sangat untuk saya" itu jawapan dari mulut gadis yang menjadi calon pertama maknya. Gadis yang menjadi ejen kuih pau popular di kampung mereka. Masa tu Hajah Zubaidah minta pau ayam dan kacang merah untuk di COD ke rumah. Yang sebenarnya gadis tu baru umur 18,memang la tak nak pada dia dah 30 ni.

"Maaf makcik, saya tak suka lawyer. Sebelah kaki ke neraka,makcik" ini pula jawapan gadis yang menjadi calon kedua menantu pilihan. Terus maknya tak jadi beli minyak masak sepaket dan beras import spesel dari negara jiran. Sebab si gadis  penjaga kaunter tu mengata Fatih, anak kesayangannya.

"Maaf lah kak Zubaidah, anak dara saya dah ada pilihan sendiri. Anak Dato tu kawan dia masa belajar dulu" dan maknya tak komen apa bila bekas rakan sejawatnya menolak ajakan untuk berbesan. Dan Haji Muhammad berjaya menghentikan usaha isterinya itu dengan satu ayat sahaja.

"Susah-susah sangat, awak cari isteri untuk saya je la. Saya bukan lawyer, pencen ada, walaupun tak ada Dato, tapi saya boleh dah jadi datuk." Terus mak dia berhenti mengukur jalan untuk mencari menantu pilihannya.

"Belum jumpa yang match dengan Bos. Pasangan kita ni mcm puzzle. Kena masuk fit. Ngam ngam. Dulu masa Orked ada, saya ingat nak kenenkan Bos dengan Orked" terpecah rahsia Kak Su dan Milah.

"Kenapa tak jadi?"eh mulut Fatih pula terlepas.

"Ha? Bos nak ke? Dulu kalau Bos perasan, Kak Su kan selalu suruh Orked turun ambil dokumen. Encik Zul pun kan selalu suruh Orked hantar fail turun bawah" Fatih mengerutkan kening. Memang sehari sampai tiga kali kadang-kadang lima kali Orked akan turun ke sini. Tolong Kak Su halau lipas, hantar Ridsect, belikan gula-gula Kopiko, cari mouse laptop, pilih warna pasu bunga pejabat Fatih and the list go on. Belum masuk si Zul panggil dia naik atas untuk bagi ubat stapler. Ada sekali tu nak panadol, dia suruh Fatih naik atas. Padahal ada first aid baru tukar dua hari sebelum tu.

"Itu semua bermotif la kiranya?"

"Bos ni.. apa pula bermotif. Tak sedap. Tahu lah bos guna bahasa lawyer. Tapi memang betullah ada motif. Nak buat macam mana, tak ada jodoh lagi. Kesian Orked" Kak Su ni kesian kat siapa sebenarnya.

"Kenapa kesian Orked? Bukan patut kesian saya ke? Saya dah 30"

"Kesian lah sebab dia tu anak terpinggir. Time ahli keluarga dia nak guna dia, diorang cari dia. Time taknak, lupakan dia"

"Parents dia kerja apa?"

"Kak Su tak tau. Dia tak pernah bagitahu akak. Tapi yang akak tahu, dia pergi UK dulu kena paksa buat Business, dia degil buat engineering. Family dia terus tak bagi duit belanja apa. Sponsorship dia PNB, banyak tapi mana cukup. Dia kerja macam-macam kat UK tu dari basuh pinggan kedai makan Turki sehibgga tukang buat assignment orang. Sampai ke malam. Ada sekali tu, dia kena spike. Nyaris nak kena rogol" 

"Seksi sangat kot sebab tu kena kejar." Terlepas sangkaan buruknya di mulut depan Kak Su.

"Eh tak la. Kalau Bos tengok gambar dia kat UK dulu, she is very modest tau. Hari-hari pakai baju kurung. Yang Bos tengok selama ni tu cuma dia menipu je. Bos tak percaya, meh akak tunjuk" Kak Su mengeluarkan telefon bimbit dari saku blazer. Dia menunjukkan telefon ke Fatih. Fatih bangun dari kerusi dan mengambil tempat di hadapan Kak Su. Dia mencapai telefon Kak Su. Terbeliak matanya tengok gambar anak dara orang. Amboi, ni yang Kak Su menyesal bagi tengok gambar Orked pada anak teruna orang.

"Saya rasa macam pernah nampak dia la Kak Su. Saya lupa kat mana. Rasanya di UK."

"Mungkin lah kot. Bos kan belajar di UK juga?"

Rasanya dia dan Orked memang pernah ada kaitan. Dia pasti seratus peratus.

[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now