Lima belas

27 3 0
                                    

"Fatih,awak jumpa Dato Omar ke pagi tadi?"

"Haah, saya dah beritahu kan Dato buat appointment dengan saya" Fatih melihat Orked mengangguk.

"Tapi ada hal apa tu?" Dia curious sangat sebenarnya. Dalam meeting lepas, dah tak ada persetujuan untuk membeli atau menjual tanah sawit jadi, Fatih tak ada kaitan. 

Orked dah terhenti suapan nasi lemak sambal kerang kegemarannya. Dia minta Mimi simpankan dua bekas untuknya makan petang. Mimi akur dan siap dipanas semula khas demi Cik Orked kesayangannya.

"Saya ada masalah, jadi saya ada discussion sikit dengan Dato" 

"Nak quit ke? Awak kena jumpa HR, tak payah direct jumpa Dato"

Fatih merenung ke mata Orked. Sampai bila agaknya Orked nak berahsia pasal Dato Omar. Dia dah senang dengan kehadiran Dato Omar tapi masalah sekarang Orked ni. Dia tak nak bercinta sakan dengan anak dara orang. Kalau boleh biar dihalalkan dulu gadis ini menjadi milik dirinya. Namun kata-kata Dato masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Fatih dah beritahu orang tua pasal Orked ni ke?" Dia yang tengah menyedut Nescafe ais, terus berhenti. Haah la, mak dengan ayah kat kampung lupa nak diberitahu. Walhal Hajah Zubaidah dah sibuk mencarikan jodoh untuknya.

"Anak Hajah Hamizah tu baru balik Mesir, berniqab, sopan budaknya mengajar sekolah agama rakyat kampung ni" dia faham sangat intro maknya.

"Ada misi baru kat klinik desa ni. Orang Perak rasanya. Manis bertudung, lemah lembut je" ayahnya dah tersengih. Bini dia dah mula lagi objektif mesti nak menjodohkan anak terunanya.

"Adik Suziana Katering kenduri kahwin tu, baru posting kat Langkawi. Nak minta balik sini, kena la alasan kukuh contohnya berkahwin dengan orang sini. Baru dapat keluar pulau" yeke mak dia ni. Rasanya mak tak sempat masuk kerja jabatan Egtukar cikgu, mak dah pencen. Pandai-pandai je mak dia ni. Dia dah bagi signal pada ayah suruh menyampuk. Hanya Haji Muhammad je boleh jinakkan maknya ni.

"Boleh la tu. Abang ready je. Duit pencen pun ada lagi. Boleh la awak pergi mengukur jalan sampai pulau sana, tapi kena la bagi bini muda satu kat abang" terus sudu besi yang asalnya nak buat cedok gulai hinggap di bahu suami.

"Sampai hati abang nak mendua tigakan saya. Tau la saya tak dapat bagi anak lagi. Saya dapat bagi Fatih tu seorang je" dah mula drama. Mak dia ni banyak sangat tengok drama Akasia. Ni la padahnya. Dialog dah serupa primadona Taman Mergong!

"Saya gurau je. Mana ada nak tambah-tambah. Kita pergi berjalan berdua, nak? Sabah nak?" Ayah buat pasal, ayah juga la yang kena pujuk. Tapi dia tau, ayah memang sungguh la nak ajak pergi Sabah tu.

"Nak. Fatih nanti tolong book tiket flight dengan hotel. Nanti ayah kamu transfer duit" maknya dah tersengih. Lupa terus hal  menjadi telangkai sebentar tadi. Hilang dah bayangan Ustazah, misi dan cikgu. Nampak Gunung Kinabalu je kot. Kalau mak jumpa Orked?

"Agaknya mak pengsan tak kalau tengok Orked?"

"Mak awak tengok saya pengsan? Apa maksudnya?" Alahai Fatih tersasul depan Orked. Tu la berangan banyak sejak duduk rapat dengan Orked. Berjangkit. Infectious disease with harmless effect.

"Saya ingat nak suruh mak ayah datang meminang awak, Orked" dengan Orked, Dato Omar kata jangan berbicara pujangga. Kena cakap direct. Tapi tu la, Orked termenung pula. Kura-kura dalam perahu, takkan tak mahu? Sebab Fatih anak orang biasa ke? Tapi Orked macam menerima seadanya. Dan perkataan "macam" buat dia berdebar.

"Fatih" Orked perlu oksigen untuk menerangkan keadaan. 

"Kenapa?"

"Dato Omar tu ayah saya"lantak lah Fatih nak pengsan ke, koma ke, pitam ke migrain ke. Yang penting Fatih kena tau.

"Saya dah tau"Orked pula rasa mabuk. Dah tu Fatih kenapa boleh relaks je.

"Kenapa tak terkejut?"

"Awak memang nak saya terkejut ke?Saya boleh je buat" Fatih pun meletakkan dua-dua belah tangan ke dada dan buat riak terkejut. Menyampah Orked tengok. Macam jantan tak jadi.

"Awak buat saya menyampah. Perangai tak macam lawyer langsung" Orked ni memang serius kot orangnya buat lawak pun dia marah. Tapi marah macam mana pun nampak macam bunga Orked yang tumbuh berseri dan berbaja mahal.

"Orked, I'm sorry. Saya pun baru tau semalam. Farid beritahu saya lepas kita habis meeting tu. Awak naik atas jumpa Dato kan masa tu" memang kena jujur je la jawabnya. Kalau tak, Orked mungkin meletak syak wasangka padanya. Contohnya Fatih mungkin suka sebab harta, Fatih nak rampas syarikat alahai macam drama Megah Holdings tu. Tengoklah Fatih pun kuat buat andaian macam Orked dah sekarang, virus Orked ni sangat merbahaya rupanya.

"Ooo..kay. So Farid la yang beritahu. Then mesti awak terkejut. Mesti awak pelik kenapa anak Dato buat perangai pelik, pakai pelik macam orang gila"

"Tak pun. Saya tahu awak engineer dari Kak Su. Dia kata awak saja pakai macam tu supaya orang ingat awak ni tak ada pendidikan tinggi, orang biasa-biasa" Fatih menarik nafas dan menyambung lagi cerita.

"Kemudian bila sampai sini, saya tengok awak dah pakai elok, sopan. Ayah awak nampak kita bersembang kat kafe dulu. Dia nampak awak gelak-gelak, itu yang dia nak jumpa saya. Mula-mula saya ingat Dato nak minta tolong pasal hal legal ke tanah ke. Rupanya nak berkenalan. Dan dia ada sembang pasal hal Fariz dulu, sehingga awak berubah jadi begini"

"Kalau macam tu eloklah. So apa pendapat awak pasal ayah saya?"

"Baik. Tak sombong. He loves you very much. Too much. He worries about you too. And Orked.."

"And what?"

"He proposed me"

"Jadi PA dia ke?" Orked biasa tengok dalam TV, Pengusaha-pengusaha terkenal biasanya ditemani lawyer di sisi supaya senang jawab soalan wartawan.

"Jadi PA apa pula n? Orked, he asked me to be his son in law." Kan dah tercengang-cengang si Orked. Fatih pun begitulah ketika Dato Omar mengusulkan cadangan tersebut.

"Fatih, jadi menantu pakcik ya" baik betul budak Fatih ni. Sebelum makan baca Bismillah, doa makan, teringat masa mereka hidup susah dulu, tadika Kemas depan rumah, hari-hari dengar budak-budak tadika baca doa makan. 

"Jemput makan cikgu, jemput makan kawan-kawan" dialog yang membuat Dato Omar tersengih. Kalau dia ada cucu nanti pun dia nak suruh cucu-cucunya buat macam tu.

"Jemput makan atuk, jemput makan nenek, jemput makan adik-adik" Dato Omar dah berangan ke bulan.

"Saya jadi menantu Dato? Dato melamar saya bagi pihak Orked?" Dan Dato Omar mengangguk.

"Jangan terkejut. Umur Orked dah 27, saya dah bagi dia ilmu, duit dia dah pandai cari sendiri, cuma fail masak dan mengurus rumah tangga je tapi saya rasa benda tu awak boleh bentuk dia" 

"Haaa?!! Ayah ni buat malu je. Fatih, I'm sorry. Ayah saya buat awak serabut. Again, I sincerely apologize on his behalf" aduhai ayah. Mana mungkin Orked menagih kasih pada lelaki sebaik dan sesempurna Fatih.

"Kenapa nak minta maaf pula. Awak nampak saya sedih ke?" 

"Ayah saya serang awak paksa kahwin dengan saya. How dare he did.."

"I like it. Orked, tu tandanya Dato sayang awak. Beruntung saya jadi menantu pilihan Dato" 

"Awak akan dijadikan bahan umpatan nanti, Fatih. Dalam drama selalu macam tu. Dia tu kahwin sebab nak harta la tu, dia kahwin sebab terpaksa, dia kahwin kontrak la tu, tak lama lagi cerai la tu"

"My mom will like you very much" Fatih punya deria gerak hati mengatakan sedemikian. Dua-dua kaki drama!

"You are perfect, Fatih. I'm not" kenapa Orked berkata begitu wahai Orked? Apa yang dia lihat, Orked dah mengeluh. Tak suka pada dia ke? Fatih dah kirim macam-macam pada Orked untuk menyatakan hati dan perasaannya. 

Brooch bouquet, chocolate bouquet, flower bouquet, siap ada telekung Siti Khadijah bouquet juga!Yang tinggal belum diberi adalah Fatih bouquet. 

Wahai Orked, Tanam pinang rapat-rapat, agar senang puyuh berlari, ku pinang-pinang tetap tak dapat, ku pujuk-pujuk kubawa lari!




[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now