Enam belas

12 3 0
                                    

"Cik Orked, bila nak buat? Kena cepat buat sebelum simptom lain muncul" Dr. Lee dah menasihatkan hal ni pada Orked dua kali. Orked masih bertangguh. Orked dibekalkan Prednisolone 10mg untuk bertahan dan mengawal simptom.

"Just give me some time"

"It's not up to me. It's up to you. It's your body. We can see the simptom is getting worse. I'm worry"

"I need time to tell my parents, my family"

"Cik Orked, masa you pergi emergency malam tu, you tau problem you serious"  Orked mengeluh. Dia tahu dia dalam masalah besar. Dr.Lee masih ingat betapa dia mengamuk kerana Orked ditolak dari satu department ke satu department yang lain. Simptom Orked yang tiba-tiba lemah genggaman tangan, dan mempunyai suara yang berubah agak sengau membuatkan gadis itu memandu ke AED Hospital jam 11 malam. Tetapi doktor di AED menyuruh gadis itu balik dan datang semula keesokan pagi untuk dirujuk kepada Doktor pakar ENT. Orked pulang ke rumah menaiki Grab, kereta ditinggalkan di hospital. Esoknya dia datang semula ke Doktor ENT, doktor mengatakan dia mempunyai masalah GERD yang serius lantas Orked dirujuk pula ke Doktor Gastroenterology. Dan akhirnya di situ Doktor Harjit dapat mengesan keseriusan penyakit Orked.  Orked disuruh buat senaman tangan seolah mengepak seperti ayam sebanyak dua puluh kali dan cuba menahan tangan nurse di situ. Dia tewas. Berbagai ujian senaman Orked buat yang dia sendiri tak tahu mengapa.

"I think I have to refer you to Neurology. Don't worry. He is the best Doctor in Neuro" kata-kata Doktor Harjit membuatkan Orked termenung. Serius je gayanya.

"I'm sorry to ask, Miss Orked kerja apa?"

"Engineer"

"Under panel?"Orked mengangguk

"Good. Your company boleh tanggung you punya cost treatment because its quite expensive"

"Is it very serious?" Soalannya membuatkan Doktor Harjit membuka telefon bimbit dan menekan sesuatu. Google mungkin. Kemudian dia menghulurkan telefonnya pada Orked untuk dibaca.

"Myasthenia Gravis?" Orked membaca penerangan tentang penyakit tersebut sehinggalah di satu perenggan membuatkan Orked terhenti bacaannya. Dia merenung Doktor Harjit.

"There is no cure for this illness" Orked berkata perlahan.

"That's true. But we can control the symptoms and avoid any factor that can trigger the symptoms" Doktor Harjit faham kewalangan hati pesakitnya. Gadis baru berusia 27 tahun, sedang membina kerjaya, tiba-tiba ditimpa musibah begini.

"Miss Orked, kalau you admit ward hari ni, I akan transfer you pada Doktor Lee immediately"

"I need space and time to tell my family first."

"Sure but today can you meet your doctor first?" Orked mengangguk. Mujur dia datang ni hari Sabtu jadi tak perlu ambil MC atau EL.

Dan akhirnya dua kali dia bertemu dengan Doktor Lee untuk memeriksa keadaannya. Dia terpaksa melakukan ACHR test melalui sample darah, ujian saraf, x-ray. Itu adalah untuk kali pertama. Kali ini untuk kali kedua, dia hadir berjumpa doktor untuk mengetahui keputusan ujian.

"You punya result confirm positive Myasthenic Gravis. Melalui ujian sample darah, you positive ACHR which is exist only in Myasthenia Gravis patient. Dan based on x-ray, we detected you have got a Thymoma beside your thymus gland" Doktor Lee doktor muda yang mendapat kes ini buat pertama kali. Dia biasa handle kes SLE yang juga penyakit autoimmune yang serius dan tentunya kes berkaitan dementia, strok yang biasa sahaja ditemui.

"So apa first step kita,doktor?" Dia tahu dia perlu kuat. Tapi Ayah dan maknya bagaimana, adakah mereka kuat untuk menerima?sakit yang tiada ubatnya?

"You have to admit here. As you can see in this x-ray, ada abnormal di area thymus gland atau kelenjar thymus. But to confirm whether it is benign or cancerous, we need to do CT Scan. If benign, once we remove, no further treatment. But if cancerous, after remove it we must do precautions step. Macam chemo, radiotherapy tapi tu semua we will see later on only after the Ct Scan been done"

"The cost?"

"Mula-mula you admit, kita akan terus masukkan you dalam HDU or High Deficit Unit. Sebab kita akan mulakan treatment IVIG. Intravenous immunoglobulin or easily call it IVIG is a pooled antibody, a biological agent used to normalize a compromised immune system. Sebab tu kita sangat-sangat memerlukan penderma darah. Bukan sahaja untuk kes accident tapi untuk kes macam ni. Masa you dapat treatment IVIG ni, kita asingkan you dari orang lain sebab tu kita letak you dalam HDU."

"How about the cost?"

"Depend on how many bottles of IVIG. For your weight kita akan bagi 30 botol IVIG. Sebotol tu cost roughly 1 ribu ringgit. Mahal, Cik Orked. I know you quite surprise. Tapi untuk sebotol IVIG tu we need thousands blood donor. Sebab kita cuma dapat sedikit sahaja Ig dalam plasma setiap penderma. Nak kumpul sebotol pun susah. Dan biasanya memang imported" Doktor Lee perasan muka terkejut Orked. Penyakit immune sistem memang memakan belanja mahal untuk rawatan tetapi tidak mempunyai kesembuhan.

"Doktor, penyakit ni boleh menurun pada anak ke?or genetik factor related?"

"No. Tak ada sumber jurnal mengaitkan dengan genetik tapi sadly untuk pesakit MG ni, kita tak akan galakkan untuk mengandung sementara dalam rawatan sebab kita akan menggunakan dos steroid yang sangat tinggi" Orked cuba untuk tidak menayangkan muka sedih namun Doktor Lee dapat menangkap perubahan wajah Orked.

"But it is only temporary, Cik Orked. Bila dah tapered down dos and you finally in remission phase, we can discuss about this again, okay?" Orked mengangguk faham.

"Saya akan admit,doktor. As soon as possible not for others but for myself"

[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now