Sembilan

28 3 0
                                    

"Harapkan pagar,pagar makan padi dah ni" desis hati Fatih. Sufi tinggalkan dia di depan Sogo untuk mencari parking berbayar. Akhirnya tinggal terus. Bini dia panggil balik sebab anak kat pengasuh bergaduh dengan anak orang lain.

Fatih pasrah kena tinggal. Sekarang mana dia nak pergi. Rujuk Google Maps je la jawabnya. Kaki melangkah perlahan ke deretan kedai-kedai di situ. Sampai je dia di hadapan OK Hypermart, teragak-agak dia nak masuk.

"Aku nak beli apa. Kat Kedah semua ada dah. Rumah penuh makanan. Tak ke gila beli tepung, beras, gula kat sini bawa balik Kedah? Kedai Cik Pah depan taman rumah aku kat Mergong tu pun banyak barang boleh beli. Lotus tu jalan kaki je dari rumah aku" berderet rintihan hati si Fatih. Tapi itulah, sudah hati kata tak dapat melihat tuan badan, dapat tengok bekas tapak kaki pun jadilah. Konon sebab tau Orked akan kesini, dia pun gatal nak ke sini. Tengok apa jadi. Entah gadis tu di mana sekarang.

Fatih merayau-rayau di sekitar groceries. Nasib dia pakai tshirt kemeja dengan jeans. Kalaulah dia pakai blazer dengan suit, terus kerja lawyer sini la jawabnya. Dia tengok harga tepung, beras, gula, mi segera, tak berbaloi nak beli dan mengangkut naik Grab bawa balik ke hotel nanti. Tak ada apa nak dibeli di bahagian makanan ni. Fatih naik ke tingkat kedua. Bahagian baju lelaki rupanya. First time dia datang OK Hypermart ni. Selalu kat Alor Star dia pergi Lotus je sebab dekat dengan rumahnya di Mergong. Boleh la tengok-tengok dulu kot ada baju yang dia berkenan. Dia bukan suka membuat koleksi baju. Kebanyakan baju dia dapat masa hari jadi. Tu pun Kak Su yang bagi atau Hajah Zubaidah yang hadiahkan.

"Anak mak ni pakai apa pun segak haih, kalau tak pakai baju nun beratoq gadis-gadis sekampung mai ambil nomboq  nak interview dengan mak. Six pack hang tu Fatih simpan untuk bini hang ja nahh" mak macam buat lawak tapi muka mak serius masa tu sampai Haji Muhammad pun buat muka confuse habis. Tang mana la Fatih tiba-tiba ada sixpacks. Pandai-pandai je mak ni. Badan dia one pack je ada.

"Encik Fatih" tengah dia leka membelek baju, dia ditegur satu suara. Dia kenal pemilik suara tu. Nak angkat muka ke tak ni. Dia malu. Ah mengada kau Fatih! Padahal dah dua malam kau mimpikan seri muka dengan karipap! Kalau Haji Muhammad tau, mesti kena celup dalam air kolah masjid lagi.

"Encik Fatih ambil cuti sebab nak datang sini ke?"akhirnya soalan itu berjaya membuatkan Fatih mengangkat muka. Gadis di depannya direnung. Orked pakai kasual. Denim skirt labuh, blouse putih, tudung floral bunga putih biru dan sneakers putih. Gadis ni memang suka putih. Dia pasti hal itu.

"Saya tak tau nk ke mana. Tiba-tiba teringat dah lama tak datang Jalan TAR ni.  Saya tengok hypermart kita pun besar dan cantik. Very organize dan well decorated" serius memang hiasan ni cantik dan simple je. Lampu putih, tak ada lampu bergayut-gayut,  tak ada reben-reben.

"Kan?saya pun kagum dengan hypermart ni. Simple je kan. Saya suka sebab senang cari barang, space friendly, most of the decos are white" kan aku dah cakap dia ni suka putih.

"Orked cuti ke hari ni?" Fatih pandang mata jernih Orked. Orked ni jenis bercakap memang pandang mata orang, membuatkan Fatih menurunkan matanya sedikit.

"Tak. Pagi tadi pergi ladang. Habis berbau baju kerja saya. Ni baju spare dalam kereta. Pakai je la baju ni balik office nanti" dia bukan kisah asalkan pakai baju. Bukannya telanjang pergi kerja. Entah-entah kalau dia kahwin nanti, dah beranak pinak, dia pakai je baju kelawar pergi pejabat. Jauh cita-cita kau Orked sampai kisah beranak pinak. Calon bapa pada anak pinak pun kau belum ada!

"Okay je ni. Saya tengok cantik je" terlepas pujian dari mulut Fatih. Fatih sendiri tak sedar. Dah terlepas baru tersedar dan terpanik. Orked tengok Fatih. Fatih renung Orked. Spontan kedua-duanya mengalih pandangan ke dinding dan patung berbaju kemeja.

"Err. Encik Fatih ada nak beli apa-apa ke ni? Saya nak pergi makan dulu ya" perutnya lapar sangat gara-gara makan roti Gardenia dua keping dengan secawan Nescafe suam sahaja di rumah pagi tadi.

[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now