Dua Puluh Satu

23 2 0
                                    

"Hi, Fatih. Lama tak jumpa bos legal ni. Pandai awak bawa tauke nasi lemak datang direct dengan tapau. Macam ni la melawat orang sakit" muka ceria menyapa mata Fatih. Dia tak tau sama ada itu betul Orked atau cuma pura-pura.

"Fatih, Ket turun bawah dulu, Mine dah tunggu. Orked, saya balik dulu ya. Bekas tu nanti buang je ya. Kalau rajin,boleh la cuci dan reuse. Those are BPA free. Can reuse macam tupperware tu. For the sake of environment and green world." Wah accent Ket ni bukan British accent tapi US accent la. Macam melepek-lepek gitu. Kalau British accent kan macam mengembung-ngembung. Betul ke tak idiom Orked ni. Hentam je.

"Sedap accent Ket. Study kat US ke?" Ket yang asalnya nak minta diri setelah dapat signal mata Fatih, terus terbantut langkahnya. Layan la kejap oramg sakit ni bersembang. Dia rasa Orked sebenarnya kekok kalau ditinggal berdua dengan Fatih.

"Haah ye betul. Rutgers. Newark branch"

"Engineering?"

"Betul lah tu. Pandai Orked teka. Pernah pergi Rutgers ke?"

"Pernah. Masa winter, Orked pergi US sebab kawan sama-sama cooking class dulu dapat NJIT." Orked terkenangkan Juwairiyah atau Uji yang telah membuatkan cikgu memasak mereka 'menangis' sebab Uji buat cili kicap untuk dicicah dengan begedil menggunakan 50 biji cabai kampung. Esoknya cikgu MC sebab cirit birit. Elok sangat lah dia buat cikgu tu migrain, ditambah dengan kehebatan Uji buar cikgu cirit-birit, agaknya sebab tu cikgu tu resign kot.

"Very nice of Jersey kan?" Ket teringat suasana yang tenang memandangkan dia memang lone ranger kat sana. Kecuali ketika peristiwa arwah Zahir.

"True. Nice. Pretty. Indeed" Orked bersetuju. Walaupun ada satu je NJ Park yang besar kat sana dan bukan country vibe,tapi dia suka kalau nak dibandingkan dengan bandar lain kat US tu. Bandar lain,bunyi hon sana sini,bingit. Oklahoma pun okay.

Suara Fatih berdehem mematikan isi perbualan Ket dan Orked.

"Ket. Pergilah gerak dulu, Angah dah tunggu kat bawah tu. Lama dah. Buatnya dia ngorat doktor kat sini macam mana"Angah a.k.a Ahmad Muhaimin adalah sepupu Fatih memghalau Ket,isteri kepada Muhaimin. Dia perlukan masa untuk talk heart to heart dengan si Orked ni.

"Oh Mine bukan macam tu. Tak baik fitnah tau" dia sentiasa letak kepercayaan pada suaminya.

"Yelah,yelah. Angah tu memang setia,baik hati,pemurah,ayah yang terbaik" bukan puji nak ambil hati tapi sepupunya itu memang baik. Bertahun menyimpan rasa pada isteri. Sejak sekolah namun dipendam sahaja. Ujian pun diharungi dengan tenang je. Berdamai dengan takdir,jawabnya.

"Allahumma Barik" ucap Ket. Dah orang puji laki dia kan.

"Okaylah,Orked. Nanti jumpa lagi. Fatih, good luck" Ket bersalam dengan Orked untuk mendapatkan suaminya yang menanti di lobi.

"Awak nak cakap apa,Fatih? Tadi awak cakap "sampai hati" tu sebab apa?"

"Sebab awak tak beritahu saya yang awak warded" dia kecewa.

"Emergency.Terus detect macam-macam penyakit. Buat scan, masuk ubat, test. So tersangkutlah kat sini"

"Siapa jaga kat sini?"

"Aiman"

Fatih mengangguk. Adik sendiri jaga, boleh la bertenang Orked. Ada yang boleh menjadi tempat curhat. Tengok drip bersangkut tu pun dah ngeri. Mesti jarum kat tangan Orked selalu tertarik-tarik kalau tiang drip tu bergerak.

"Ayah awak tau ke?"

"Tak. Tunggu saya discharge baru beritahu"

"Sakit?"

"Bearable"

Fatih mengangguk. Sakit la tu jawabnya. Dia menarik nafas untuk menyusun ayat yang sesuai untuk dikhabarkan pada Orked.

"Saya datang sini sebab ada satu berita nak beritahu awak" Fatih tengok Orked yang pucat. Tapi muka anak dara tu masih berseri. Sebab anak dara kot.

"Apa dia?"

"Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan"

"Memang la dengan perempuan. Takkan dengan lelaki. Well, congrats" apa lagi Orked nak cakap. Tahniah je la.

"Thanks. Saya dah beritahu mak ayah saya. Diorang pun setuju kalau saya nak kahwin"

"Okay. That's good. Penting tu dapat restu mak ayah"

Dia bersabar. Fatih ni setakat nak jemput dia kahwin, beritahu je la tarikh tu bila. Kalau dia dah sihat,boleh la dia pergi. Atau Fatih nak request hadiah peti ais empat pintu ke?

"Alhamdulillah memang mereka setuju sebab umur saya pun dah 30 kan"

"Oh 30 dah ek. Memang patut kahwin" cepatlah pergi. Makin perit pula terasa jarum drip ni. Doktor kat sakit ni tak boleh stress-stress tapi Fatih ni buat dia stress pula. Dah la bercakap satu-satu perkataan. Lembap! Bila nak balik?

"Tu je ke?"

"Nanti saya bagi hadiah kahwin. Awak listkan lah apa yang awak nak. Barang rumah ke,elektrik ke,duit ke"

"Rumah saya kat Kedah tu semua dah ada. Lengkap,fully furnished"

"Dah tu?awak nak saya hadiahkan rumah kat KL pula ke? Rumah saya pun hutang lagi 15 tahun tau. Fatih,pergilah balik. Saya baru lepas drip ubat ni. Saya nak rehat. Mulut saya baru je nak baik. Otak saya pun tak larat nak bekerja"

"Bukan. Saya dah ada rumah kat Kedah tu cukup lah."

"So?"

"Saya tak ada orang rumah"

Orked termenung. Nak cari mana hadiah orang rumah. Bibik kalau pakai ejen,paling koman nak lapan ribu untuk permulaan. Besar betul demand hadiah kahwin,Fatih ni!

"Nak Filipina ke,Indonesia ke?"

Fatih pula sampai giliran termenung. Gadis di depannya dah salah tafsir ni. Dia lupa Orked budak Engin. Kadang-kadang kena straight forward je. Tak boleh belok-belok.

"Maksud awak,maid ke?"

Dengan innocentnya Orked mengangguk malas. Tanya dia pulak
kenapa?

"Saya nak isteri"

Ah sudah. Mana nak cekau bini untuk Fatih ni.

"Masuk je apps mencari jodoh. Jumpa la nanti"

"Saya dah jumpa bila masuk hospital"

"Oh doktor ?nurse? Congrats" walaupun dah ucap congrats tadi,dia ucap lagi sekali. Fatih menggelengkan kepala.

"Patient?" Kali ni Fatih menganggukkan kepala.

"Semoga dia cepat sihat. Kesian awak kena tunggu dia"

"So,cepat-cepatlah sihat,Orked. Kalau tak, tak kahwinlah saya nanti"

Orked melopong. Fatih dah kenapa buang tabiat. Orang sakit pun dia ada hati ke nak buat isteri?

"Maaf. Lamaran awak ditolak. Awak boleh pergi cari yang lebih sihat. Saya nak tidur. Ubat saya dah buat saya mengantuk"

Orked menarik selimut dan mengiring membelakangkan Fatih. Dia malas nak hadap lelaki tu.

Fatih mengeluh. Dia tak terkejut. Doa dah agak. Tak apa. Plan B ada.

Sorry Orked. Awak kena hadap juga saya.

[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now