Sepuluh

20 3 0
                                    

"Encik Fatih, seronok ke bercuti kat KL tu?" Kak Su tahu tapi saja buat tak tahu. Dia tengok IG Orked menonton filem Harry Potter dan dia cam sangat jam tangan di sebelah Orked tu walaupun Orked tak menunjukkan muka pemilik jam tangan.

"Boleh la. Cuti memang lah best" yang tak best macam sekarang ni,kena masuk kerja semula. Nasib badan, macam ni kerja makan gaji. Nak freelance tapi gaji masuk, kenalah jadi bos.

"Dapat tengok wayang Harry Potter tak best ke?" Kak Su nak perangkap soalan ni. Memang jelas tapi kalau Fatih tak perasan dan terperangkap, memang sah cinta itu buta.

"Saya tak berapa suka cerita sequel lagi-lagi English movie. Tapi boleh la sebab English dia bukan broken and high standard" Fatih tak perasan soalan Kak Su tu.

"Bunga teratai mekar setasik, Kiambang layu mekar kah mungkin, kalau dah suka pergilah merisik, jangan nanti disambar yang lain" Kak Su hard core sastera lagi-lagi setianya pada Khadijah Hashim, Shahnon Ahmad jangan diragui. Fatih memandang kiri dan kanan kemudian pandang semula Kak Su.

"Kak Su berpantun dengan saya ke?"memanglah aku ni lawyer, banyak cakap, banyak membaca tapi bukan membaca puisi dan sajak! Kalau sesiapa yang kenal Fatih Muhammad, orang akan tahu dia sebenarnya baca Manga dalam talian, komik Doraemon dan Detective Conan paling serius buku dicapainya di Popular adalah Agenda Rothschild la kot. Tu pun sebab dia nak balas hujah si Mail Pendek pasal riba dan konspirasi Rothschild. Mail Pendek itu mementingkan kehidupan yang zuhud. Di rumah Mail tiada kotak TV, rumahnya disewa untuk mengelakkan hutang pada bank, anaknya tujuh kerana tidak baik menolak rezeki katanya, isterinya yang berkelulusan kejuruteraan tidak diberi keizinan untuk bekerja kerana tidak mahu dipertonton pada lelaki ajnabi serta pelbagai hujah lagi. Akhirnya Fatih memuliakan contact number Mail di dalam senarai Block listnya. Dia rasa membazir masanya sahaja untuk berhujah sedangkan masing-masing kekal ada pendapat sendiri.

"Yelah Bos, tak kan dengan dinding kot. Cathrin dalam bilik dia, si Milah pun ada dalam bilik Cathrin tu tengah menerima amanat hari ini" rutin biasa setiap pagi bagi seorang PA seperti mereka untuk mengadakan contact time bersama bos masing-masing.

"Oh. Apa appointment saya pagi ni Kak Su?"dia mengelak menjawab pantun sastera empat kerat yang Kak Su jual.

"Nak mengelak soalan la tu. Encik Fatih pagi ni kena jawab dua dokumen legal. Due hari esok. Encik Zulkarnain panggil pergi tingkat atas pukul 10 pagi. Meeting pasal hal interview PA baru dia. HQ tak ada nak hantar PA dari sana jadi open interview is the best option sekarang " kesian bos legal tak ada PA. Asyik pinjam tulang empat kerat PA orang lain.

"Susah la nak training yang baru"mujur lah Kak Su masih ada dengan dia. Kena jaga hati Kak Su elok-elok ni. Desis hati Fatih.

"Tak apa. List candidates muda-muda belaka. Senang diasah" Kak Su bersyukur juga kalau muda-muda yang datang. Tangkas la harapnya untuk disuruh bekerja.

"Okay. Harap Zulkarnain berlapang dada la. Kak Su nanti tolong la apa yang patut" entah macam mana la nak handle PA muda.

"Itu tak ada masalah. Yang jadi masalah sekarang, Kak Su nak tolong Encik Fatih ni."Kak Su dah buat muka nakal, Fatih dah seriau.

"Tak payah tolong apa la Kak Su. Saya ok je ni" entah apa la yang Kak Su nak buat ni. Jangan dia buat macam dulu dah la. Ada ke patut dia pergi letak daun pandan merata-rata dalam bilik pejabat Fatih gara-gara Fatih suruh kurangkan bajet perbelanjaan cleaning. Puas dia kena gelak dengan si Cathrin. 

"Kak Su mau bagi you mandi bunga tapi dia takut. Itu yang dia letak daun pandan supaya you kahwin cepat" mentang-mentanglah Cathrin ni kahwin umur 23, dia tunjuk berlagak pada Fatih. Sudahlah makcik cleaner tu membebel pada Fatih gara-gara daun kering tu bersepah di karpet.

"Itulah semua pakat suh Bos kahwin awai, bos tak mau. Cuba bos pedeghaih bab kahwin ni, tak ada la makcik kena vakum seminggu sekali daun pandan ni. Suhaila tu dok la taboq daun pandan hari-hari bagi Bos cepat mai jodoh. Lepaih ni Bos pi mandi ayaq kolah masjid pulak" kalau Fatih beritahu dia dah telan air kolah masjid mau cerita tu sampai ke tingkat ground floor. Makcik cleaner ni vakum cerita kat pejabat, dia tabur cerita tu kat kafe bawah.

"Kenapa pula taknak Kak Su tolong?Kak Su nak tolong Encik Fatih dengan Orked je ni"mendengarkan idea Kak Su, Fatih memandang Kak Si dengan setepatnya dan secepatnya.

"Apa yang Kak Su nak tolong?" Macam menarik tawaran Kak Su.

"Sebelum tu Kak Su nak tanya Encik Fatih, Encik Fatih ada keluar tengok wayang dengan Orked kan?"

"Ada kelmarin"orang Jumaat malam Sabtu baca Yasin buat solat taubat,mengaji, dia pergi tengok wayang dengan Orked. 

"Fatih nak join saya tengok wayang? Saya beli tiga tiket"

"Kenapa tiga?"ada kawan lain akan join Orked ke. Boyfriend ke?

"Saya memang akan beli tiga walaupun saya seorang. Seat kiri dan kanan akan biar kosong"tu langkah keselamatan diambil kalau tengok wayang seorang diri.

"Good precaution, Orked. If you go alone,do that" ketika itu mereka di dalam kereta selepas Jumaat.

"I'm always doing that. Ni saya nak balik pejabat, saya hantar Fatih ke hotel la"

"Jangan lupa pick up saya." Itu pesanan Fatih sebaik sahaja Orked menurunkannya Di hadapan lobi hotel.

"Ok. Lepas Isyak saya ambil Fatih. Tunggu di sini. Kalau ada apa-apa perubahan, saya WhatsApp Fatih. Gotta go. Thanks ya" kereta Honda Orked berlalu pergi.

"Thanks for what?"Fatih bingung sendiri.

"Belanja makan la" Orked ni pun. Setakat makan lauk lima ringgit, Fatih mampu tanggung dan rela menanggung ke akhir hayat.

Dan malam itu Orked berdandan lawa-lawa. Seluar kudroi mocha dengan blouse cream. Tudung voile dipin biasa di bahu kiri dan kanan. Handbag Fossil berwarna hitam yang dibeli secara ansuran selama tiga bulan di Shopee dibawa bersama. Macam biasa sneakers putih dibawa lenjan sekali lagi. Muka touch up foundation dan lip tint. Spray perfume dari Mekah yang Kak Su hadiahkan. Baunya memang kuat. Tapi Orked suka. Rasa garang.

"Kuatnya alahai bau awak Orked oiii. Dia ni nak menggoda aku ke?" Fatih hanya berkata dalam hati je. Mak kena tolong anak mak ni. Dah kronik hidung anak mak.

"I love this sequel pretty much. Masa kat UK dulu keluar Secret Chamber and the Azkaban Prisoner tu, saya tengok kat sana" Orked berbisik pada Fatih. Jarak yang dekat buatkan jantung Fatih jatuh bawah kerusi dalam panggung ni. Dia membongkok dan menjenguk ke bawah kerusinya.

"Awak buat apa Fatih?" Hairan Orked dibuatnya 

"Saya tengah cari jantung saya. Rasa macam berhenti berdegup" kata-kata Fatih yang berani membuatkan Orked malu. Jahat betul kau Orked. Apa yang kau dah buat dengan anak teruna orang. Cepatlah habis filem ni, kena balik sorok muka bawah bantal cepat-cepat ni.

"Oh. Fatih, awak teruskanlah pencarian tu. Kalau tak jumpa, kena ada magic words macam "stupefy" tu kot" Orked, anggap je la Fatih tu bergurau kasar. Kau balas je la dengan gurauan.

"Bos, mengelamun ke mana tu?"teguran Kak Su dengan suara 120 Decibels mematikan lamunan Fatih.

"Kak Su kena tolong saya. Dapatkan Orked"

Kak Su tersengih. Dah kata dah...




[OG] CERITA ORKED DAN FATIHWhere stories live. Discover now