Sorry for the late update..busy sikit this weekend but now I'm posting a new chapter!!
Enjoy reading my beautiful/handsome readers‼️
************************************
Seminggu sudah pun berlalu dan kini helina telah sah menjadi isteri orang. Aku berjalan di koridor dan termenung seperti orang yang tiada tujuan.Aku jalan dengan riak wajah yang kosong , ini kalau orang lain tengok ni mungkin mereka ingat aku ni sudah macam bini mati laki.
Aku duduk diatas kerusi dan termenung seketika. Tiba-tiba terdapat sosok yang memasuk kedalam office aku.
Dia ialah safiah. Dia berjalan kearahku dan berkata " buat apa tuu?" Tanya safiah kepadaku. dan aku hanya memberikan senyuman kepadanya.
Lalu aku berkata " ade la sikit kerja yang nak kene siapkan ni, kenapa peah?" Tanyaku kerana tidak faham akan kehadiran dia secara mengejut.
"Ni haa man man ajak aku pergi dinner tapi alang-alang package tengah murah untuk 4 orang tu yang aku nak ajak kau sekali." Terang si safiah kepadaku.
Aku pun tanpa ragu-ragu mengsetujui ajakan dia tersebut. Maklumlah, tengah ada free time kan?
Selepas dia memberitahu tempat dan masa, safiah berdiri dan melangkah pergi.
Aku bersandar di kerusi aku dan mengeluh sedikit. Bukan sebab penat tapi sebab rasa bosan.
Selepas kerja - kerja ku selesai, aku mula untuk mengemaskan barang dan pulang kerumah.
|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|
Aku tiba dirumah pada jam 11:00 malam. Memang agak lewat sedikit kerana harus menghadap jem yang panjang tapi apa- apa pun yang penting aku sudah selamat pulang ke rumah.
Aku masuk kedalam rumah dan menyapa semua ahli keluargaku. Mereka semua kelihatan gembira yang teramat dan membuatkan aku rasa curiga.
Lalu aku terus bertanya.
"Bah, ibu , lina, along? Kenapa senyum tu lebar sangat ni?? Ada apa - apa yang terjadi yang kakak tak tahu ke ni?" Tanyaku.
Dan ibuku duduk di atas sofa bersebelahan denganku dan berkata.
"Kakak, kalau kakak ditakdirkan untuk berkahwin dengan sesesorang , kakak nak tak?" Tanya ibuku.Aku mula rasa curiga dengan pertanyaan ibuku itu dan membalas " maksud ibu?".
"Maksud ibu..contoh la ade orang masuk meminang kakak, kakak nak tak?" Tanya ibuku lagi.
Aku terdiam dan menarik nafas dengan dalam lalu berkata " bu, kalau betul la kakak ada jodoh dengan siapa - siapa , takpe kakak redha."
"Kamu ni ayat dah macam orang-orang yang nak meninggal dah ibu dengar." Kata ibuku dan aku hanya tersenyum.
Tiba-tiba abahku membuka suara." Kakak mari sini dekat abah."
Aku pun berdiri dan duduk di atas carpet bersebelahan dengan abahku.
"Ye bah? Kenapa ni?" Tanyaku.
"Anak Perempuan abah dah besar dah, ada benda yang patut abah bagitahu dekat kakak ni. Tapi abah harap kakak dapat terima dengan hati yang Ihklas."
Kata - kata abahku itu membuatkan aku rasa agak risau.
YOU ARE READING
Violinist & Lecturer
RomanceKisah seorang permain violin yang terkenal dan pensyarah yang bertemu secara kebetulan di lift hospital. Semakin hari semakin kerap bertemu tetapi mereka saling tidak menyukai. Apakah kesudahan mereka? Lovers atau enemy?