Okey so bab kalini just simple je storyline dia but not so simple la sebab banyak benda yang terjadi but korang baca la sendiri, malas nak spoil
Enjoy my beautiful/handsome readers‼️
**************************************
Seminggu sudah pun berlalu dan aku membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama safiah.Senang nak cakap kami berdua nak pergi bercuti ke pantai untuk healing. Tiba-tiba rasa nak tenangkan otak ni.
Stress pasal kerja pun ada, tapi kalau boleh tak nak lah stress sangat. Tak pasal-pasal aku sawan nanti dekat tengah-tengah pantai.
Aku meletakkan bag dan barang-barangku yang lain ke dalam kereta si leman ni.
Terasa seperti anak angkat mereka dah aku ni. Ye la mereka sudah pun berkahwin, aku ni masih belum menjejakkan kaki diatas pelamin.
Kalau boleh aku pun tak hingin la nak kahwin dengan mamat tu.
Aku menyalam kedua tangan ibuku dan juga abahku. Selepas kami selesai berpeluk-pelukan aku masuk kedalam kereta dan melelapkan mataku.
|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|
Kami tiba di Teluk Senangin pada pukul 3:30 petang macamtu. Melihat suasana yang agak meriah dan suara ombak yang tenang membuatkan aku rasa semua masalah diotakku tiba-tiba hilang.
Kami check in bilik di resort berhampiran dan aku of course la kena duduk sorang. Safiah bersama si leman ni jadi malaslah aku mahu kacau.
Kami semua masuk kedalam bilik masing-masing dan aku membuka tudung shawl hitamku yang aku pakai sepanjang perjalanan.
Terasa penat pula badan ni walaupun bukan aku yang drive. Tanpa membuang masa aku terus lompat keatas katil dan melelapkan mataku.
Tiba-tiba kedengaran suara telefonku berbunyi.
* siapa pula la yang kacau aku nak*
Tido ni, haih tibai karang.Aku mengambil telefonku yang berada di atas meja solekan dan melihat nama yang terpampar di skrin telefonku.
* Gorilla poyo ni nak apa?? *
Dengan malas-malas aku mengangkat panggilan daripadanya.
{ panggilan }
Ha hello?? Nak apa??
Tak reti bagi salam ke cinta??
Awak yang call dulu, patutnya awak la yang bagi salam dulu?
Tak kesah lah siapa yang call siapa dulu. Salam tu wajib diberi .
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.
Ha kenapa call?? Kacau je orang nak tido.
You dekat mana? Kenapa i cari kat rumah parents you takde?
Ouh sorry encik eyzrahan, tapi saya dan member saya pergi bercuti di Teluk Senangin.
I otw.
Otw pergi mana pulak ni?
Teluk Senangin.
{panggilan tamat}
Terdiam aku dibuatnya apabila dia berkata yang dia sedang dalam perjalanan untuk datang kesini.
Bodoh nya kau ni endra kenapa kau bagitahu yang kau ada dekat sini. Sekarang dia cari aish malas la aku nak menghadap muka dia tu.
€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€
YOU ARE READING
Violinist & Lecturer
RomanceKisah seorang permain violin yang terkenal dan pensyarah yang bertemu secara kebetulan di lift hospital. Semakin hari semakin kerap bertemu tetapi mereka saling tidak menyukai. Apakah kesudahan mereka? Lovers atau enemy?