Fast update right? I know.
Apa-apa pun enjoy my beautiful/handsome readers‼️
**************************************
Aku balik kerumah dengan riak wajah yang tidak gembira sama sekali. Entah kenapa rasa macam nak tikam sahaja diriku yang sekarang ini.Aku masuk kedalam bilikku dan melihat diriku yang berada di dalam cermin. Terasa seperti seseorang yang gagal sahaja.
Aku duduk diatas katil dan melihat telefonku dan tanganku tak dapat duduk diam. rasa macam nak sahaja tekan nombor si mamat ni astu tanya semuanya.
Tapi instead aku buat macamtu, aku lupakan sahaja dan baring diatas katilku.
Sedih? Kecewa? Sakit hati? Marah?,Entah kenapa aku merasakan semua benda itu sekarang!!.
Tiba-tiba jariku tertekan nombor si mamat ni dan telefon sudah mula berdering.
Terkejut aku dan sebaik sahaja aku mahu menutup panggilan tersebut tiba-tiba dia sudah menjawab panggilan tersebut.
*Aishh aduu apa aku nak cakap ni*
***********panggilan telefon***********
"Hello? Ye kenapa call?"
"Aaa, tak boleh ke saya nak call TUNANG saya sendiri?"
"Sejak bila pula you pandai panggil i ni tunang you? Selalu anggap stranger je"
"Biarlah! Kenapa?!! Tak suka?"
"I didn't say that I didn't like it? Just terkejut je."
"Awak dekat mana?"
"Kat mall. Kenapa?"
"Awak buat apa kat sana?"
"Beli barang la, takkan beli rumah kot"
"K bye!"
"Huh-?"
********panggilan telefon tamat********
Dengar sahaja dia mengaku yang dia masih berada di mall membuatkan kemarahan ku menjadi lebih teruk.
Aku off kan telefonku dan memejamkan mata. Malas mahu ambil tahu pasal siapa-siapa buat masa sekarang.
Daripada aku fikir pasal dia,baik aku fikir pasal kakak iparku dan along yang hendak datang kesini kerana kak long is pregnant!
Tambah lagi la anak buah aku, stress tapi aku melayan mereka. Entah kenapa la aku ni jenis yang tak suka sangat bergaul dengan orang yang matang.
|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|
Aku turun di tingkat bawah dah menyapa abang dan kakak iparku. Anaknya memang akan jadi bahan buli aku la. Kemudian ada benda yang membuatkan aku terkejut.
Tapi yang membuatkan aku terkejut adalah si helina dan aiman pun datang?
Dan berita yang lagi mengejutkan ialah lina tengah pregnant..bukan 1 anak buah tapi dua anak buah aku.
Makin kicap la aku nak kena jaga nanti. Tapi lantak la dah rezeki mereka so tak boleh nak cakap apa la.
Aku duduk diatas karpet dan tiba-tiba muncul sosok yang buat hatiku aku sakit dan menyampah.
Eyzrahan menyapa abangku dan aiman kemudian menanya khabar ibuku. Aku hanya mengelakkan mataku daripada bertembung dengan matanya.
Aku hanya meluangkan masaku bersama arsyad anak alongku ini.
YOU ARE READING
Violinist & Lecturer
RomanceKisah seorang permain violin yang terkenal dan pensyarah yang bertemu secara kebetulan di lift hospital. Semakin hari semakin kerap bertemu tetapi mereka saling tidak menyukai. Apakah kesudahan mereka? Lovers atau enemy?