**************************************
Sudah hampir seminggu aku dan juga suamiku tinggal dirumah keluargaku. Kini sudah tiba masa untuk aku tinggal dirumah suamiku yang terletak di Kuala Lumpur.Along dan juga kak long pun sudah bersiap untuk bertolak balik ke negeri mereka dan helina turut mahu pulang bersama aiman.
Kami semua bersalaman dengan ibu dan abah sebelum bertolak balik ke destinasi masing-masing.
Aku duduk di kerusi bahagian hadapan. Bukanya aku nak sangat pun duduk di seat depan tapi sebab encik suami asyik merayu jadi apa boleh buat kan?
Daripada aku cari pasal baik aku turut sahaja permintaan si gorilla poyo ni.
Kami memulakan perjalanan dari Perak ke Kuala Lumpur. Disebabkan aku harus berpindah ke KL terpaksa lah aku meminta untuk di transferkan dimana-mana university yang berada di KL.
Agak sedih juga la apabila harus berpisah dengan safiah tetapi apa boleh buat kan?.
Sepanjang perjalanan aku hanya melelapkan mata kerana entah kenapa terasa seperti penat semacam padahal bukan aku yang memandu.
|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|
Kami tiba di RnR dan eyzrahan membuat keputusan untuk membeli sedikit makanan dan minuman untukku.
Alang-alang boleh segarkan mukanya di tandas. Tiba-tiba mataku terhenti dekat sebuah kereta yang mahal dan cool !
"Wah" kataku dengan nada yang agak kagum.
"Sayang tengok apa?" Tanya si ezyrahan.
"Tengok kereta tu, lawa la! Elegant sangat" pujiku.
"Kereta tesla tu? Sayang nak ke? Abang boleh belikan." Katanya.
"Ish! Tak nak la. Nanti abang jadi macam abang tesla" kataku.
"Abang setia k? Lambat lagi nak buat konten atas sejadah" katanya.
"Eleh, iye iye je. Lelaki kan mana pernah nak cukup 1 " kataku.
" well, let me prove to you that abang ni setia " katanya.
"Whatever la, dah la pergi cuci muka n beli la apa-apa. Lapar ni. " kataku.
"Sure mi amor" katanya lalu keluar dari kereta untuk pergi ke tandas.
*apa hal tiba-tiba dia cakap *
spanish mamat ni?Selepas beberapa minit dia kembali dengan bungkusan makanan dan plastik minuman. Banyak jugalah yang dia beli.
Tapi aku terkejut apabila dia membelikan onigiri tuna favourite aku!! Ini yang makin sayang ni.
Dapat pula onigiri yang dari FamilyMart memang padu. Tanpa membuang masa aku terus membuka plastik onigiri tersebut dan mengigit onigiri tersebut.
Eyzrahan hanya merenung kearahku, matanya tidak berkedip langsung. Tak reti tutup mata ke mamat ni? nanti masuk habuk baru tahu.
Dia kemudian menggambil tin soya yang sudah dibelinya. Selama aku kenal dengan mamat ni tak pernah pula aku tahu minuman kegemaraanya ialah susu soya?
YOU ARE READING
Violinist & Lecturer
RomansKisah seorang permain violin yang terkenal dan pensyarah yang bertemu secara kebetulan di lift hospital. Semakin hari semakin kerap bertemu tetapi mereka saling tidak menyukai. Apakah kesudahan mereka? Lovers atau enemy?