Hellow my sugar nuts, so basically this story is the sambungan kepada bab yang keempat but i skip the month.
Anyways i hope u guys enjoy reading this story and have fun!!🤩
***************************************
Mimpi yang indah dan cuaca yang mendung membuatkan aku tidak rasa mahu bangun dari tidurku yang lena ini ,terasa berat sahaja badan ini mahu bangun dan berjumpa dengan sesiapa.
Tiba-tiba telefonku berdering dan aku dengan mamai mencari telefonku dan aku menggosok mata ku yang layu ini.
Aku lihat skrin telefonku dan terdapat 35 miss call dari kawan baik ku..aku mengeluh dan berkata
"Haih peah ni,apa yang dia nak pagi-pagi buta ni?" Aku dengan rasa malas pun mengangkat panggilan dia itu.
"Hello?" Dengan suara baru bangun tidur nye memang random gila aku ni.
"Weyh endraa!! Aku ada good news!!" Kata si peah dengan nada yang sudah macam orang hutan excited nye tuh.
Aku dengan mamai-mamai nye pun bertanya "good news apa kau ni? Tetiba pagi ii buta kau call" Tanyaku.
"My FUTURE husband nak bawak kita pergi bercuti atas cruise!!" Katanya
Mata aku terbeliak kerana terkejut and bertanya " Dr. Leman lanje aku gak ke? Macam ade something je korang ni?" Tanyaku lagi kerana kurang yakin.
Peah pun berkata " dah dah kau jangan banyak tanya endra,yang aku tahu kau kene ikut aku jugak..since leman lepak ngan kawan dia nanti,kau kene la teman aku!" Hujar si peah
"Kawan Leman? Siapa pula kau ajak ni?" Tanyaku dan peah menjawab " not sure,aku pun x kenal but forget about bende tu! Kita nak have fun ni endra"
Aku dengan malas malas pun menjawab "mm..ye la ye la..nanti amik aku." Dan peah membalas "ya" sebelum aku mematikan panggilan tersebut.
Haih dah satu keje aku nak kene packing barang pulak tapi takpa la.bak kata orang kalau orang lain yang belanja memang auto jadi seronok.
~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~
Selepas aku sudah bersiap dengan memakai baju gown yang aesthetic ala ala pinterest itu,aku keluar dari bilik dan turun ke bawah untuk berjumpa dengan family aku.
Aku sarapan dengan mereka dan abahku bertanya "kakak? Kakak nak pergi mana dengan luggage bagai ni?" Tanya abahku.
Aku pun menjawab "ouh ,kakak nak pergi holiday. Ni ha si peah ni ajak teman dia bercuti atas cruise n leman pun ada juga." Jawab ku
Abah aku mengangguk tanda ia faham dan ibuku berkata " ha kakak, kalau pergi sana make sure jaga kesihatan n tingkah laku okey?" Kata ibuku dan aku hanya mengangguk
Dan secara tiba-tiba abang ku mencelah " eh dik,alang alang kau pergi sana kan? Apa kata kau pergi cari jodoh..alang alang an.." kata abangku
Dan sekarang aku memang rasa nak tendang dia biar dia terbang hingga ke langit ketujuh.
Aku lihat ke kanan dan ke kiri tetapi aku tidak nampak pula batang hidung si helina ni. Mana pula agaknye budak ni pergi?
Aku bertanya ibuku "bu,mana lina dengan man?" Tanya ku dan ibuku membalas " dorang tu pagi-pagi dah keluar dating,maklumlah minggu depan majlis akad diorang kan?" Terang ibuku
Aku hanya mengangguk dan lihat jam pada skrin telefonku.
Jam menunjukkan sudah pukul 9:00 pagi dan aku bersiap sedia untuk pergi ke jeti.
YOU ARE READING
Violinist & Lecturer
RomanceKisah seorang permain violin yang terkenal dan pensyarah yang bertemu secara kebetulan di lift hospital. Semakin hari semakin kerap bertemu tetapi mereka saling tidak menyukai. Apakah kesudahan mereka? Lovers atau enemy?