Malam sudah hampir menjelma dan aku masih tersekat bersama mamat ni. Ibuku pula terpaksa tidur dirumah kawannya kerana hujan yang lebat.
Aku duduk diatas sofa dan melayan drama korea fav aku. Dengan selimut yang berada di sekeliling tubuhku, tambah pula dengan susu cokelat panas.
Aku terpaksa pakai tudung didalam rumah sendiri kerana mamat ni tak berambus lagi dari rumah aku.
Sudah hampir berjam-jam aku duduk dengan dia dan aku tak menafikan yang kami asyik bergaduh pasal benda yang remeh-temeh.
Kami ibaratkan anjing dengan kucing tapi of course la aku kucing dia anjing, tak sesuai kalau aku jadi anjing.
Kedua bola mataku tertumpu pada skrin tv yang dimana cerita favourite aku dimainkan.
Ezyrahan berjalan kearah ruang tamu dan duduk disebelahku agak jauh kerana kami masih tidak berbaik.
Gaduh pasal apa? Nak flashback? Mari aku bagitahu.
************¥ flashback ¥*************
"Katak ada 4 kaki la,awak ni dah kenapa ha?" Kata ezyrahan.
"Takk, katak ada dua kaki la!" Kataku.
"Ya Allah ,awak ni duduk dekat alam mana ni sampai kata katak ada dua kaki???" Kata si ezyrahan.
"Ish! Betul la katak ada dua kaki! Awak asyik fikir awak je betul! Kalau betul awak cakap katak tu ada dua kaki habis arnab tu?!" Kataku.
"Arnab memang dah dua kaki la! Yang masalahnya sekarang ni awak cakap katak ada dua kaki" kata ezyrahan.
"Katak memang ade dua kaki laaaa! Susah la cakap dengan orang yang tak belajar biology ni" kataku.
"Tunjuk bukti yang katak ada dua kaki kat saya sekarang" kata si ezyrahan.
Aku dengan bangganya pergi ke luar rumah dan mengambil sesuatu yang berada di dalam balang dan menunjukkan kepadanya.
"Ha! Tengok!! kan saya dah kata katak ada dua kaki!!" Kataku.
"Awak..memang la itu ada dua kaki, ITUKAN BERUDU!" Kata si ezyrahan.
"KATAK JUGA KAN?!" Kataku.
"Lantak awak la,saya penat nak layan." Kata si ezyrahan.
•••••••••••••Tamat flashback•••••••••••••
Kami duduk di atas sofa yang sama tetapi tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya ataupun mulutku.
Kami hanya berdiam diri dan aku hanya melayan kdrama aku. Malas mahu berdebat dengan dia.
Tiba-tiba dia membuka mulut.
"Tak habis lagi ke merajuk tu?" Tanyanya.
"Katak ada dua kaki." Kataku dengan nada yang agak marah.
Dia melihatku dan menarik nafas dengan dalam.
"Okey, katak ada dua kaki, dah jangan merajuk." Katanya.
Aku melihat kearahnya dan tersenyum kerana gembira sudah menang dalam pertengkaran kecil kami.
|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|
Jam menunjukkan sudah pukul 11:00 malam dan aku sudah hampir melelapkan mataku.
Tiba-tiba kedengaran pintu hadapan dibuka dan mataku turut terbuka sedikit untuk melihat siapa yang berada di pintu.
YOU ARE READING
Violinist & Lecturer
RomanceKisah seorang permain violin yang terkenal dan pensyarah yang bertemu secara kebetulan di lift hospital. Semakin hari semakin kerap bertemu tetapi mereka saling tidak menyukai. Apakah kesudahan mereka? Lovers atau enemy?