BAB 23

11 2 3
                                    

***************************************
    Kedengaran suara viola dari dalam bilik muzik kesukaan suamiku itu. Entah siapa pula yang main alat muzik dalam rumah aku ni? Ke ada pencuri?!.

Ish overthinking je la aku ni. Pintu dibuka dengan perlahan dan langkah kaki memasuki bilik tersebut.

Kelihatan seorang lelaki yang sedang bermain alat muzik sambil duduk diatas kerusi yang tinggi.

Aku tersenyum dan mengambil tempat disebelahnya. Menghayati lagu yang dimainkannya. Terasa tenang sahaja diri ni, mungkin sebab irama lagunya yang boleh menenangkan hati?

(Tajuk lagu: beautiful in white)

Dia berhenti main alat muziknya itu dan membuka kedua matanya itu sebelum beralih pandangan kepadaku.

Aku hanya terdiam dan buat-buat seperti tidak melihat bayangannya. Dia melihatku dan berkata.

"Dah habis dah pura-pura?" Tanya si eyzrahan.

"Ha? Pura-pura apa?" Jawabku.

"Bukan nak hina la tapi nampak macam orang gila je bila endra buat macamtu" katanya.

"Ish! Orang nak sweet-sweet pun tak boleh ke?!" Kataku.

"Apa kejadahnya sweet-sweet macamtu? Pura-pura tak nampak abang padahal sayang duduk dekat sebelah abang je" katanya.

"You know what? Whatever la! Ni ha endra nak tanya" tanyaku.

"Apa dia?" Balasnya dengan ringkas sambil menyimpan violanya didalam bag.

"Abang boleh main semua alat muzik dalam bilik ni ke?" Tanyaku.

"Yes, and now abang tengah belajar untuk main kalimba." Katanya.

"Ouh!! Kalau kalimba endra handal! Bukan nak berlagak la tapi endra dari darjah 2 pandai main kalimba!" Kataku.

" wah, bunyi macam berlagak je" katanya.

Aku hanya membalas dengan riak wajah yang bangga. Apa masalahnya pun kalau aku handal main satu sahaja alat muzik? Yang penting aku tak kosong.

Eyzrahan mengambil gitar elektriknya itu dan mula untuk membetulkan tune gitar tersebut.

Terasa seperti ada concert pula dirumah ini. Sekali dia main gitarnya tu mahu terkejut aku dibuatnya. Mana taknya? Bunyi gitar tersebut memang kuat nak mati.

Tambah pula dengan speaker yang sebesar alam yang berada di dalam bilik ni. Mahu pekak telingaku dibuatnya.

Ini silap-silap kalau orang panggil aku lepasni memang aku tak akan dengar dah ni.

Dia mula untuk memainkan lagu (dangerous women). Memang suka main peranan ke apa dia ni ?.

Terasa agak gempak jugala apabila dia memainkan lagi favourite aku. Tapi rasa menyampah pula dengannya.

Bukan apa lah kan. Kot ye pun kalau nak main alat muzik at least tukar la baju dulu. Ini tak balik dari kerja terus pergi bilik muzik.

Dengan masih berpakaian kemeja hitamnya tu. Pelik-pelik je la mamat ni. aku ni malas mahu berdebat dengannya sebab kalau aku bergaduh sekalipun memang tak boleh nak kekal panjang.

Tak jadi nak marah kalau dengan dia ni. Tahu sahaja macam mana nak pujuk atau tenangkan aku.

Selepas dia selesai memainkan lagu tersebut aku mula untuk membuka suara.

"Dah,dah la tu main gitar. Daripada abang main alat muzik ni baik abang tolong endra masak?" Kataku.

"Masak?" Terdiam eyzrahan.

Violinist & Lecturer Where stories live. Discover now