Ditengah tengah lautan biru, terdapat sebuah kapal yang sedang bergerak. Didalam kapal itu terdapat beberapa orang tentera yang baru selesai misi. Mereka dalam perjalanan pulang.
Zalliesya Riehana sedang termenung sambil melihat permandangan. "Baa!!" Mendengar itu, lamunan Zalliesya melayang pergi sebelum dia menoleh kearah suara itu. Gadis menikam tajam bebola mata sahabatnya.
"Kau asal? Dah nak balik dah pun. Stres apa lagi?" Soal Herris Aieman kepada sahabatnya itu.
"Haah dok. Kita kan cuti lepas ni so kita kena happy lah," sampuk Asyraaf Darniell pula. Zalliesya hanya mendengar soalan daripada mereka tanpa rasa ingin menjawab.
"Ish korang ni. Korang tau kan hubungan dia dengan family dia macam mana?" Marah Eiliza Eizanis yang merupakan kawan baik Zalliesya sejak tadika lagi.
Zalliesya menghela nafas berat sebelum bersuara "mak aku kan tak suka aku masuk tentera," ujar gadis itu sayu. Entah mengapa Puan Rozieana tidak suka Zalliesya masuk tentera. Dan diantara adik beradiknya, dia yang paling dikongkong dan disalahkan sejak kecil lagi.
Terdiam seketika mereka semua. Ya mereka tahu yang mak kepada gadis itu tidak sukakannya memandang mereka memang sudah lama berkawan.
"Sorry," ucap Aieman serba salah. Zalliesya tersenyum seraya menggelengkan kepalanya. "It's okayy."
"Dahtu nanti kau balik jugak ke rumah family kau? Kalau taknak balik sana, kau balik rumah aku je lah," ujar Eizanis. Dia berdiri ditepi sahabatnya.
"Aku balik rumah nenek aku," balas Zalliesya. Mereka mengangguk faham.
ZALLIESYA melambai kearah Eizanis sebelum melangkah masuk kedalam Lamborghini Aventador berwarna ungu miliknya.
Dia menyandarkan badannya pada kerusi sebelum tangannya mencapai iPhone. Dia membuka telefon bimbit itu sebelum keluhan dilepaskan.
Mamanya sudah menelefonnya 20 kali tadi. Macam tahu tahu saja yang dia sudah habis misi. Tanpa rasa ingin menelefon kembali, Zalliesya meletakkan telefonnya didalam beg sebelum mula memandu meninggalkan kawasan kem itu.
TOK! TOK! TOK!
Zalliesya mengetuk pintu rumah Puan Rosmah iaitu nenek kepada gadis itu.
"Jap jap." Suara yang muncul dari dalam itu menyapa pendengaran Zalliesya. Dia berdiri sambil menunggu pintu rumah itu dibuka.
"Eh Esya, mari masuk," ajak Puan Rosmah seraya menarik tangan cucunya itu masuk kedalam. Kerusi kayu yang berada diruang tamu dituju sebelum melabuhkan diri disitu.
"Baru balik misi ke?" Zalliesya sekadar mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. "Erm nek, Esya masuk bilik dulu eh. Penat, nak rehat," pamit Zalliesya sebelum menyalami tangan neneknya.
Lalu dia berjalan menuju ke bilik tidur yang sememangnya sudah disediakan untuknya. Zalliesya memang selalu datang kesini kalau bergaduh dengan Puan Rozieana.
Pintu bilik yang tertutup itu perlahan lahan dibuka sebelum..
"Arghh-" mulut Zalliesya ditutup oleh seseorang. Gadis itu meronta minta dilepaskan. "Shuh shuh. Aku lepaskan tapi kau jangan jerit!" Kepala dipalingkan memandang kiri dan kanan sebelum perlahan lahan dia menjauhkan tangannya dari mulut Zalliesya.
Laju jarinya naik diletakkan dibibirnya bagi memberi isyarat kepada gadis bertudung dihadapannya itu supaya diam.
"Kau siapa?" Soal Zalliesya perlahan namun nadanya masih tersisa ketegasan. "Kau tu yang siapa? Datang datang terus tolak pintu bilik ni. Nasib aku dah pakai seluar tau!" Marah Adrith Dzulkarnain.
"Masalahnya ni bilik aku!" Tegas Zalliesya. Memang betul itu biliknya pun. "Apa bukti ni bilik kau?" Soal Adrith. Dia mengangkat keningnya tinggi menunggu balasan daripada gadis itu.
Zalliesya mengetap giginya kuat seraya memandang sekeliling mencari bukti. Lalu matanya terhenti pada sebuah gambar yang berada dimeja solek. Laju dia membawa langkah mendekati meja itu.
Gambar itu diambil sebelum ditunjukkan kepada jejaka itu. "Ni bukti!!" Mengecil mata Adrith merenung gambar itu. Lalu muka Zalliesya pula ditenung.
"Asal gambar tu freehair?" Mendengar itu, laju Zalliesya memusingkan gambar itu sebelum wajahnya mula memerah. Kenapa gambar itu dia tidak bertudung?
"Tu memang kau ke?" Perlahan lahan Zalliesya mengangguk mengiyakan soalan tersebut. "Ouh sorry," ucap Adrith menyebabkan Zalliesya mengangkat kepalanya memandang kearah lelaki itu.
"Kenapa?" Soal Zalliesya hairan. "Aku dah tengok gambar tu. Hm dahlah tepi aku nak kemas barang."
"Kemas barang?" Soal Zalliesya lagi. Takkan jejaka itu nak keluar dari rumah itu disebabkannya?
"Haih kemas barang sebab nak tukar bilik lah. Takkan nak tidur dengan kau. Blur lah engkau," kutuk Adrith selamba membuatkan Zalliesya menggengam penumbuk kuat.
Lps TBK and PN complete kita smbung update!!
YOU ARE READING
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 & 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐎𝐆
Romance'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain- seorang jejaka yang berpangkat mejar didalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zalliesya Riehana- seorang gadis yang berpangkat leftenan didalam Tentera Laut Diraja...