Bab 16

9 2 0
                                    

Dato' Azhar dan Datin Darwisha hanya memandang anak tunggalnya yang sedang melayan perasaan dibalkoni. Jejaka itu terus pulang kerumah selepas acara pembatalan air sembahyang tadi. Dia faham perasaan anaknya.

Dato Azhar memberi isyarat mata kepada isterinya supaya menegur anak mereka. Datin Darwisha menganggukkan kepalanya.

"Adrith..." Seru Datin Darwisha seraya mendekati jejaka itu. Adrith menoleh kearah ibunya.

"Ya ibu, kenapa?" Sahut Adrith seolah olah tiada apa apa yang berlaku. Dia siap mengukir senyuman lebar lagi.

"Rith okay?" Soal Datin Darwisha. Dia memeluk tubuh anaknya menggunakan tangan kanannya manakala tangan kiri memegang besi balkoni itu.

"Eh okay je ibu. Kenapa tanya?" Adrith masih lagi berpura pura.

"Ibu kenal Adrith lama dah. Adrith kata dia terima lamaran Adrith elok tanpa paksaan hari tu?  Waktu masuk meminang pun Adrith tak paksa dia apa apa kan? Dia terima sendiri kan? Tapi kenapa..."

"Dia tak sihat tu, ibu. Itu jadi macam tu. Ibu tak payah risaulah, okay?" Balas Adrith. Dia memalingkan badannya menghadap kearah Datin Darwisha.

Datin Darwisha mengeluh berat. Tahu sangat anaknya menipu. Dia menoleh  memandang kearah suaminya sekilas. Dato Azhar turut mengeluh.

"Kalau Rith terluka dengan dia, lepaskan dia dengan cara elok ya?" Pesan Datin Darwisha yang masih ragu ragu dengan menantunya itu. Dia yakin Zalliesya tidak cintakan anaknya pun. Tengok cara gadis itu tadi pun dia dah tahu.

"Baiklah ibu. Ni Rith nak balik rumah Rith dah ni. Rith minta diri dulu, ibu, ayah," pinta jejaka itu sebelum menyalami tangan kedua orang tuanya.

PUAN ROZIEANA melangkah masuk kedalam rumah agam milik suaminya dengan perasaan marah yang membara.

Kelibat anak keduanya yang sedang duduk diatas sofa diruang tamu menambahkan lagi amarahnya.

"ZALLIESYA RIEHANA!" pekik Puan Rozieana kuat. Ridzhana dibelakang sedang menenangkan mamanya manakala Encik Zariff dan Riezwana hanya memerhati dari jauh.

"Apa mama ni? Balik balik dah jadi orang gila?" Balas Zalliesya tenang namun ayatnya mampu membuatkan Puan Rozieana semakin.

"Apa yang kurang ajar sangat kau ni, Esya? Hormat sikit mama tak boleh ke?" Ridzhana sebagai kakak sulung itu bersuara.

Kedengaran ketawa sinis daripada Zalliesya. Gadis itu bangun dari duduknya.

"Kurang ajar? Memanglah dah kalau mama and papa nak mendidik pun pilih kasih, kan? Diorang didik kau dengan Wana je," balas Zalliesya sinis.

"Ni mama bising bising ni kenapa?" Soal Zalliesya.

"Kau memang suka malukan aku kan? Apa yang teruk perangai kau tadi? Kau dah memalukan keluarga kita dengan keluarga Dato Azhar tau! Bangangnya perangai kau ni!" Marah Puan Rozieana.

Zalliesya hanya mendengar dengan wajah yang selamba. Langsung tidak bersuara

"Aku did-" terhenti ayat yang ingin dilontarkan oleh Puan Rozieana itu apabila Zalliesya memotong.

"Didik? Mama dengan papa didik Esya ke? Bukan ke korang cuma jadikan Esya sebagai kuli korang, hm? Celah mana didiknya? Kalau tak disebabkan nenek, Esya sekolah pun tak."

"Orang selalu cakap, dalam satu family anak paling tersakiti adalah anak sulung.  Then Ridzhana pun terpaling lah. Acah dia terpaling sakit. Padahal dalam family ni, yang paling sakit, Esya! Korang layan Esya macam sampah! Esya susah susah kena kerja, cari duit semata mata nak bagi dekat mama, papa, Niya dan Wana. Sanggup ponteng sekolah berminggu minggu sebab kerja! Lepastu Esya fail dalam exam, semua nak melenting. Korang rasa siapa yang tersakiti?" Luah Zalliesya.

"Korang berdua tak reti didik anak!"

Puan Rozieana mengangkat tangannya ingin menampar wajah Zalliesya, namun ada satu tangan yang menghalang wanita itu.

"Jangan. Lempang. Isteri. Rith!" Ujar Adrith memberi amaran sebelum dia melepaskan tangan mama mentuannya.

Tangan Zalliesya dicapai sebelum dia menarik isterinya keluar.

"Ish lepaslah sial!" Dia menepis kuat tangan suami.

"Hana okay? Mama ada buat apa apa dekat isteri abang?" Soal Adrith lembut kepada isterinya.

"Tak payah sibuk nak ambik tahu hal aku!" Balas Zalliesya membuatkan Adrith terdiam. Dia mengangguk kepalanya perlahan.

"Jom balik rumah kita," ajak Adrith. Sekali lagi dia mencapai tangan isterinya namun ditepis kuat.

"Biar aku drive sendiri!" Zalliesya berjalan menuju ke keretanya sebelum meloboskan diri kedalam perut kereta.

Adrith menghela nafas sebelum turut masuk kedalam perut kereta hitamnya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 17 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 & 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now