Zalliesya berjalan kehulur kehilir dihadapan wad yang menempatkan sahabatnya, Asyraaf itu. Kukunya digigit.
Sungguh dia rasa risau sangat sekarang.
"Kau duduklah, Liesya," tegur Aieman. Dia, Eizanis dan Adrith turut ada disitu. Ibu bapa Asyraaf tidak dapat datang memandang mereka ada urusan diluar negara.
"Kau diam!" Balas Zalliesya. Semua terdiam.
Ktak!
Kelibat seorang jejaka berpakaian doktor melangkah keluar dari wad Asyraaf menyapa kornea mata mereka berempat.
Laju gadis itu mendekati doktor. "Macam mana dekat sahabat saya?" Kalut Zalliesya menyoal.
Doktor itu menundukkan kepalanya. Nafas dihela.
"Maafkan pihak kami tapi..." Belum sempat doktor menghabiskan ayatnya, sudah dipotong oleh Zalliesya.
"Jangan cakap dia dah takda!" Ujar Zalliesya seolah olah memberi amaran.
"Hmm maafkan pihak kami. Pihak kami dah cuba untuk selamatkan dia namun dia dah disahkan meninggal sebelum datang kesini lagi," sambung doktor itu.
Adrith yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Dia menunduk memandang lantai.
"Sekali lagi, kami minta maaf." Doktor itu menundukkan sedikit badannya tanda hormat sebelum membawa langkah pergi meninggalkan kawasan itu.
Zalliesya memalingkan kepalanya memandang kearah Adrith yang sedang duduk dikerusi menunggu sambil menundukkan kepalanya.
"Kau jahat!" Tengking Zalliesya. Mendengar itu, Adrith mengangkat kepalanya memandang kearah Zalliesya.
"Kau jahat, Rith! Kau jahat! Kenapa kau bunuh Asy?" Soal Zalliesya membuatkan Adrith tersentak.
"Aku tak bunuh dia, Hana!" Balas Adrith menafikan perkara yang dia tidak buat itu. Dia memandang tepat kearah Zalliesya.
"Penipu! Aku benci kau, Adrith!!" Jerit Zalliesya kuat sebelum dia jatuh terduduk diatas lantai. Tangisannya mula keluar.
"Aku tak bunuh dia. Aku tak tipu!" Ujar Adrith perlahan.
Tiba tiba terasa bahu Adrith ditepuk. Dia memalingkan kepalanya ke tepi. "Kau sabar eh? Liesya masih tak boleh terima yang bestfriend dia dah takda. Asyraaf tu kawan rapat dia kut," ujar Aieman.
Adrith sekadar menganggukkan kepalanya. Aieman mengukir senyuman nipis sebelum bangkit dari duduknya. Dia mendekati Zalliesya dan Eizanis.
Adrith hanya memerhati.
SELESAI saja pengebumian, mereka semua pulang kerumah Eizanis kecuali Adrith. Jejaka itu terus pulang kerumah.
Zalliesya duduk dibuaian yang berada dihalaman rumah agam itu sambil termenung. Mata gadis sudah merah kerana banyak menangis.
Eiliza dan Aieman memandang gadis itu dari sebalik pintu sebelum mereka saling berpandangan.
"Teruk sangat tu," ujar Eizanis sambil mengerling sekilas kearah sahabat mereka.
"Memang lah. Asy kawan baik dia dari umur 4 tahun lagi kut. Asy lah yang teman dia waktu takda kawan dulu. Asy lah yang protect dia daripada kena buli dulu. Asy lah yang layan dia elok elok. Treat macam princess. Masuk smk, baru dia rapat dengan kita," balas Aieman. Eizanis mengangguk setuju dengan ayat daripada Aieman itu.
"Aku kesian dekat Adrith. Aku yakin dia tak salah," ujar Eizanis.
"Memang pun. Dia tak salah. Dah ajal Asy tiba, nak buat macam mana. Lagipun doktor kata Asy meninggal sebab kanser hati. Kalau betul Adrith ada niat nak bunuh dia, dia takkan hantar Asy ke hospital." Sekali lagi Eizanis mengangguk setuju dengan ayat daripada Aieman itu.
"Aku nak pergi tengok dia kejap. Kau tunggu sini." Aieman mengangguk faham.
Eizanis melangkah mendekati Zalliesya sebelum melabuhkan diri dikerusi panjang ditepi buaian itu.
"Liesya...." Seru Eizanis perlahan. Dia memandang kearah Zalliesya. Zalliesya hanya diam tidak bersuara.
"Janganlah meratapi pemergian dia. Tak baik. Tak tenang dia dekat sana. Jangan eh?" Pujuk Eizanis.
"Takkan kau nak macam ni je sampai bila bila? Yang masih hidup, kena teruskan," ujar Eizanis.
"Adrith tak sa-" belum sempat Eizanis menghabiskan ayatnya, Zalliesya sudah memotong percakapannya.
"Tak! Jantan tu memang salah! Dia yang bunuh Asy! Aku kena balas dendam," ujar Zalliesya. Dia mengetap rahangnya kuat.
"Janganlah macam tu." Eizanis memegang bahu Zalliesya namun kuat ditepis.
"Aku kena balas dendam demi keadilan Asy, auntie Danisa dan uncle Alieff!"
"Kau nak balas dendam macam mana?" Soal Eizanis ingin tahu juga apa yang ada didalam permikiran tak waras sahabatnya itu.
"Aku mempermainkan perasaan dia?" Zalliesya tersenyum sinis.
Tersentak Eizanis dan Aieman yang mendengar itu. Mereka memandang kearah Zalliesya dengan wajah tidak percaya.
YOU ARE READING
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 & 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐎𝐆
Romance'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain- seorang jejaka yang berpangkat mejar didalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zalliesya Riehana- seorang gadis yang berpangkat leftenan didalam Tentera Laut Diraja...