Zalliesya menekan alat komunikasi yang diletakkan ditelinganya. "How?" Soal Zalliesya kepada Adrith yang sedang memerhati dari atas.
"Clear," balas Adrith.
Zalliesya mula bersembunyi disebalik dinding kapal musuh mereka itu lalu sniper dihalakan kearah lanun yang mereka ingin menangkap itu.
"One."
"Two."
Bang!
"Argh!" Menjerit kesakitan dibuatnya apabila peluru yang dilepaskan oleh Zalliesya itu menebusi tubuhnya.
Lanun itu jatuh pingsan.
Zalliesya tersenyum sinis. Hujung snipernya ditiup.
Gadis itu mendekati musuhnya itu. Anak anak buah Zalliesya yang lain turut mendekati gadis itu sebelum topeng yang menutupi wajah lanun itu dibuka.
Tergamam Zalliesya dibuatnya. Dia mengangkat kepalanya memandang kearah Eizanis.
"Emir?"
"PATUTLAH kaya semacam laki tu. Acah ceo je lebih," bebel Aieman. Eizanis mengangguk setuju dengan ayat yang dilontarkan oleh sahabat mereka itu.
Manakala Zalliesya hanya mendiamkan diri.
Aieman dan Eizanis memandang kearah sahabat mereka yang seorang lagi itu pelik. "Kau asal, Esya?" Soal Eizanis.
Zalliesya menoleh memandang kearah suara itu sebelum tersenyum nipis. "Nasib aku tak ikut cakap mak aku untuk kahwin dengan dia kan," ujar Zalliesya. Laju Eizanis mengangguk.
"Zalliesya Riehana." Dia menoleh. "Adrith.." seru Zalliesya perlahan.
"Nice, shoot.." puji Adrith. Dia nampak cara Zalliesya menembak musuh mereka tadi. Dan sekarang lanun atau nama sebenarnya Nash Emir itu telahpun disahkan meninggal dunia kerana tembakan yang dilepaskan itu tepat mengenai jantung.
"Thanks," ucap Zalliesya.
Ting!
Aieman membawa keluar telefonnya lalu mesej daripada seseorang dibaca.
Asy
-Datang rumah aku jap weh. Datang dengan Anis and Esya. Kalau Adrith ada, ajak jelah sekaliAieman mengangkat kepalanya semula. "Asy.." sebut Aieman membuatkan Zalliesya mengangkat keningnya tinggi.
"Dia ajak kita pergi rumah dia. Termasuk Adrith," beritahu Aieman. "Macam mana dia tahu aku dengan korang?"
"Aku bagitau dia sehari sebelum kita jalankan misi," balas Zalliesya sepatah lalu terus melangkah keluar dari kem itu.
TOK! TOK! TOK!
Ketuk Aieman tiga kali sebelum pintu rumah itu dibuka dari dalam. Wajah kacak Asyraaf menyapa pandangan mereka semua.
"Aieman! Rindunya kau!" Tubuh Aieman dipeluk erat. Aieman tersentak melihat tindakan sahabat mereka itu.
"Lepaslah nyah!" Marah Aieman. Aku panas ni!
Asyraaf melepaskan pelukan lalu tersengih. "Jom lah masuk," dia mengajak mereka semua masuk kedalam rumah miliknya itu.
"Asal kau ajak kami ke sini?" Tanya Adrith yang sedari tadi hanya memerhati. Asyraaf menoleh kearah suara itu.
"Kau pun ada? Nice ahh!!" Ujar Asyraaf tidak menjawab soalan daripada Adrith itu.
Zalliesya dan Eizanis hanya mendiamkan diri.
"Duduk lah dulu. Air atas meja tu kalau nak minum, minum lah," Asyraaf bersuara lagi. Riang saja suaranya hari ini seperti orang sihat padahal dia sedang sakit.
"Kau boleh straight to the point tak?" Eizanis bersuara. Dia melihat wajah tegang Zalliesya. Sebelum Zalliesya meletup, baik dia selamatkan keadaan.
Asyraaf tersengih bak kerang busuk.
Dia melabuhkan diri bersebelahan dengan Aieman dan Adrith. "Aku panggil korang untuk jadi saksi aku je," ujar Adrith.
"Saksi apa pulak ni?" Berkerut dahi Aieman mendengar apa yang dilontarkan oleh sahabat mereka itu sebelum otak teringat sesuatu.
"Kau nak lamar Esya ke?" Bisik Aieman seraya tersengih. Mengusik.
Pak!
"Diam!" Arah Asyraaf tegas. Aieman tersengih sambil mengusap kepalanya yang dipukul kuat oleh Asyraaf itu. Sakit sakit pun, pukul orang kuat bai.
"Esya.." panggil Asyraaf. Zalliesya mengangkat keningnya tinggi menunggu balasan daripada jejaka itu.
Asyraaf membawa keluar sesuatu dari poket seluarnya sebelum sekali lagi dia bersuara.
"Zalliesya Riehana Binti Zariff, sudikah kau menerima lamaran ku untuk menjadi isteriku?" Lamar Asyraaf membuatkan Zalliesya tersentak.
Apa ni?
"Yahooo!!!" Jerit Adrith dan Aieman serentak. "Accept Esya!!" Eizanis pula bersuara. Dia pun join sekaki dengan bala bala tu.
"Yeayy yeayy! Kawan aku dah tak single!" Jerit Aieman lagi sebelum satu bantal mendarat diwajahnya. "Aduh!"
"Tolong senyap, setan!" Zalliesya memberi amaran.
Dia kembali memandang kearah Asyraaf. "Bagi aku masa untuk fikir. Dah Anis, Man, jom balik," ajak Zalliesya. Tangan Eizanis ditarik keluar.
Aieman mengangguk lalu memandang kearah Asyraaf. "Aku terpaksa balik. Singa betina dah mengamuk. Assalamualaikum!" Aieman melangkah keluar mengikuti langkah sahabat sahabatnya itu.
Adrith turut bangun berdiri sebelum bajunya ditarik. "Kau tak payah balik lagi.." ujar Asyraaf.
"Teman aku," sambung Asyraaf lagi membuatkan mata Adrith terbuka luas.
"Kau asal terbeliak macam tu?" Soal Asyraaf pelik. Dia ada salah cakap apa apa ke tadi?
"Aku tau lah Zalliesya tak bagi apa apa jawapan lagi, tapi jangan ajak aku ga-" belum sempat ayat itu dihabiskan, kepalanya sudah dipukul kuat oleh Asyraaf.
"Siapa nak ajak kau gay nyah! Perasan ja lebih. Lainlah kalau muka kau sehensem sekacak Shah Rukh Khan." Jelingan diberikan kepada kawan lamanya itu.
Adrith tersengih bak iklan Colgate.
"By the way kan..." Asyraaf kembali serious membuatkan kening Adrith diangkat tinggi menunggu balasan daripada jejaka dihadapannya itu.
"Aku lamar dia untuk kau," ujar Asyraaf tiba tiba menyebabkan dahi Adrith berkerut. Tak faham?
"Ha?"
"Kau kahwin dengan Esya weh. Jaga dia. Gantikan aku. Aku dah tak lama," ujar Asyraaf lagi.
"Apa kau merepek ni, lahanat?" Balas Adrith.
"Aku tau kau suka dia since zaman sekolah lagi. Kahwinlah dengan dia. Tolong aku jaga dia."
Adrith masih lagi tersentak. Tak faham apa apa ni.
"Kau yang lamar dia tadi.." jawab Adrith.
"Ya tapi untuk kau. Aku ada kanser hati, Rith. Aku dah tak lama," ujar Asyraaf lagi. Jejaka itu tersenyum tawar. Dia memandang wajah kawan sekolahnya itu.
"Izinkan aku berehat? Kirim salam dekat dia..." Asyraaf membaringkan tubuhnya diatas sofa sebelum perlahan lahan matanya terpejam rapat.
Adrith memandang kearah figura jejaka dihadapannya itu. "Asyraaf?" Perlahan lahan tangannya bergerak mengecek nadi kawannya itu.
"Asyraaf!"
YOU ARE READING
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 & 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐎𝐆
Romance'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain- seorang jejaka yang berpangkat mejar didalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zalliesya Riehana- seorang gadis yang berpangkat leftenan didalam Tentera Laut Diraja...