Bab 6

46 4 0
                                    

Zalliesya duduk memandang kearah sawah padi dihadapannya. Dia diberikan cuti seminggu memandang Asyraaf mengalami kecederaan yang agak parah. Rakan sepasukannya yang lain juga ada yang cedera. Dia juga tidak terkecuali.

Perlahan lahan air mata gadis itu jatuh. Dia terasa yang dia lah punca Asyraaf cedera parah.

"Maafkan aku, Asy," ucapnya perlahan. Asyraaf disahkan koma akibat kehilangan banyak darah dan luka tembakan yang amat dalam.

Dari jauh Puan Rosmah memandang cucunya yang hanya mendiamkan diri sejak pulang dari kem dua hari lepas.

"Nek." Puan Rosmah menoleh sebelum kelibat Adrith menyapa pandangan. "Ya Rith. Baru habis bertugas ke?"

"Eh tak lah. Dah empat hari habis. Rith dari rumah ibu ni," balas Adrith seraya menyalami tangan Puan Rosmah sebelum matanya terpandang kearah figura yang sedang duduk termenung ditepi sawah.

"Tu cucu nek ke?" Soal Adrith kepada Puan Rosmah. Wanita berumur itu hanya mengangguk bagi mengiyakan pertanyaan itu.

"Rith pergi sana jap tau," pinta jejaka itu lalu terus melangkah mendekati gadis yang berada ditepi sawah itu.

Puan Rosmah sekadar tersenyum nipis sebelum terus melangkah masuk kedalam rumah.

Adrith melintas jalan untuk mendekati gadis itu. "Oii!" Jerit Adrith mengejutkan Zalliesya. Gadis itu mengelap air matanya sebelum menoleh memandang kearah Adrith. Dengusan kasar dilepaskan.

"Kau nak apa?" Soal gadis itu kepada Adrith.

"Aku duduk sini eh?" Pinta jejaka itu lalu terus melabuhkan diri bersebelahan dengan Zalliesya tanpa sempat gadis itu mengizinkannya.

"Siapa izinkan kau duduk sini?" Tanya Zalliesya. Dia menikam tajam bebola mata jejaka disebelahnya itu.

"Aku izinkan," balas jejaka itu sepatah. "Ish!" Zalliesya yang baru bertindak hendak bangun itu terhenti apabila bajunya ditarik.

"Duduk!" Arah Adrith.

"Kau siapa nak arahkan aku? Kalau Nek boleh lah!" Balas Zalliesya. Sibuk aja mamat ni nak mengarah orang.

"Nek suruh aku tanya kau kenapa," tipu Adrith membuatkan Zalliesya menoleh memandang kearahnya.

"Dah kenapa Nek nak suruh kau kalau dia boleh tanya aku sendiri?" Soal gadis itu. Kening diangkat tinggi menunggu balasan daripada jejaka itu.

"Kau duduk jelah!" Nada suara jejaka itu naik seoktaf. Menguji kesabaran betullah minah ni.

"Taknak!" Balas Zalliesya. Zalliesya berjalan laju melintasi jalan untuk pulang kerumah neneknya.

Adrith memandang kelibat Zalliesya itu dengan ekor mata sebelum matanya terpandang kearah sebuah kereta yang memecut laju.

Adrith bangun dari duduknya sebelum menarik tangan Zalliesya yang berlapik baju itu ketepi. "Argh!"

Perlahan lahan Zalliesya membuka matanya sebelum laju bangun dari berbaring diatas tubuh Adrith.

Zalliesya menolak isi dalam pipinya apabila melihat Adrith menyelamatkannya.

"Kau okay tak?" Soal Zalliesya kepada jejaka itu apabila terpandang siku jejaka itu yang menyeluarkan darah selepas menyelamatkan dirinya.

Adrith bangun dari pembaringannya sebelum memandang sikunya yang luka itu. Dia bangun lalu terus berjalan masuk kerumah. Dia perlu cuci luka itu cepat.

Zalliesya mengigit bibir. Ha sudah. Adakah ini salahnya?

ADRITH melangkah keluar dari bilik air setelah selesai mencuci lukanya sekaligus mandi memandang baju yang dipakainya tadi telah kotor.

"Weh." Adrith menoleh kearah suara itu. Kening diangkat.

"Siku kau macam mana?" Soal Zalliesya. Bukan ambil berat tetapi dia berasa yang luka itu berpunca daripada dirinya.

"Okay je," balas Adrith. "Sorry," ucap Zalliesya membuatkan dahi Adrith berkerut.

"Luka tu berpunca daripada aku," ujar Zalliesya apabila perasan kerutan didahi jejaka itu. "Tau pun." Adrith melangkah meninggalkan gadis itu.

"Ish!" Zalliesya menghentak kaki lalu mengejar langkah jejaka itu. "Tadi kau nak apa sebenarnya?"

"Apa yang nak apa?" Adrith menyoal semula. Zalliesya memejamkan matanya bagi memupuk kesabaran.

"Tadi tu. Kau datang dekat aku nak apa?" Soal Zalliesya lagi sekali. Adrith mengangguk seraya bibirnya membentuk 'O'.

"Saja. Dah tengok kau termenung tadi," balas Adrith. Kakinya dibawa kebelakang rumah. Dia melabuhkan diri dikerusi yang berada disitu.

Zalliesya turut melabuhkan diri disitu.

"Kenapa kau termenung? Aku tengok Nek usha kau tak lepas tadi. Risau kut," beritahu Adrith. Matanya hanya memandang kearah permandangan indah dihadapannya itu.

Zalliesya menunduk. Rasa serba salah didalam dirinya muncul semula.

"Rakan sepasukan aku cedera parah disebabkan aku," beritahu Zalliesya. Air mata mula jatuh menyembah bumi.

"Rakan sepasukan? Kau kerja apa sebenarnya?" Soal Adrith ingin tahu. Dia berpaling memandang kearah gadis disebelahnya itu.

"TLDM," jawab gadis itu sepatah membuatkan Adrith terlopong.

"Nama kau apa?" Tanya jejaka itu lagi. Dia rasa tertarik untuk mengenali gadis disebelahnya itu.

"Zalliesya Riehana. Panggil Liesya je," balas gadis itu. Ini kali pertama dia bercakap dengan lelaki selain papanya, Asyraaf, Aieman dan rakan kerjanya.

"Kenapa aku kena panggil kau Liesya? Suka hati aku lah nak panggil kau apa pun," ujar Adrith membuatkan Zalliesya mengepal penumbuk.

"Nama aku, suka hati aku lah!" Balas gadis itu. "Hidup aku, suka hati aku lah nak panggil kau apa pun," Adrith pula bersuara.

Zalliesya memandang jejaka ditepinya itu dengan pandangan tajam.

Deringan telefon yang berbunyi membuatkan Zalliesya memalingkan kepalanya. Telefon bimbitnya yang berada didalam poketnya dibawa keluar sebelum panggilan itu dijawab.

"Waalaikumussalam ya?" Sahut Zalliesya.

"Asy dah sedar weh," beritahu Eizanis dari dalam talian. Terbeliak matanya mendengar itu.

"Aku datang sekarang." Talian dimatikan. Dia bangun dari duduknya lalu terus melangkah masuk kedalam untuk mengambil kunci keretanya.

"Mana kunci kere-" terhenti ayat itu apabila dia teringat yang dia datang kesini dihantar oleh Eizanis.

"Aduh!" Keluhan kecil dilepaskan.

"Asal ni?" Soal Adrith yang baru tiba disitu. "Aku nak keluar tapi aku datang sini kawan aku hantar," jawab Zalliesya.

"Meh aku hantar," pelawa Adrith membuatkan Zalliesya menoleh memandang kearahnya. "Tak payah. Aku naik gr-"

"Kau dah buat siku aku cedera lepastu aku nak tolong kau tak bagi," ungkit jejaka itu membuatkan Zalliesya mengangguk. "Ye lah yelah!"

Adrith mencapai kunci keretanya lalu menarik lengan baju Zalliesya supaya mengikuti langkahnya.

Adrith meloboskan diri ditempat pemandu Lamborghini Veneno hitam miliknya itu manakala Zalliesya meloboskan diri ditempat penumpang.

"Kita na-" baru saja jejaka itu ingin menyoal, soalannya dipotong.

"Hospital. Kita pergi hospital!" Potong Zalliesya. Adrith mengangguk lalu memecut laju meninggalkan kawasan rumah itu.

𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 & 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now