Zalliesya mencelikkan matanya apabila mendengar bunyi ayam milik neneknya mula berkokok.
Zalliesya bangun dari pembaringannya sebelum mencapai tudung sarungnya lalu dipakai. Dia melangkah keluar dari bilik tidurnya.
Dia berjalan menuju kepintu belakang untuk membersihkan diri dibilik air
Adrith yang baru balik dari luar itu ingin melangkah masuk kebiliknya namun terhenti apabila terpandang kelibat Zalliesya yang sedang berjalan menuju ke bilik air.
Mata Adrith terhenti pada tompokan merah diseluar Zalliesya sebelum mula berlari mendekati gadis itu. "Riehana!"
Langkah kaki gadis tersebut terhenti betul betul dihadapan pintu belakang apabila terdengar namanya diseru oleh seseorang.
Adrith menarik tuala yang dipegang oleh Zalliesya itu sebelum mengikat pinggang gadis itu.
Dahi Zalliesya mula berkerut tatkala melihat perbuatan jejaka itu.
Adrith mendekatkan mulutnya dengan telinga gadis itu sebelum membisikkan sesuatu. "Kau bocor," beritahu jejaka itu.
Wajah Zalliesya mula berona kemerahan akibat malu.
"Pergi masuk tandas cepat!" Arah Adrith kepada Zalliesya. Gadis itu mengangguk sebelum terus melangkah keluar untuk kebilik air.
Langkahnya kembali terhenti apabila teringat sesuatu.
"Kenapa dia datang waktu waktu macam ni?!!" Soal gadis itu perlahan dengan perasaan marah. Penumbuk dikepal.
Dia menoleh memandang kearah Adrith sebelum mengigit bibirnya. Adrith mengangkat keningnya tinggi.
"Wehh..." Panggil Zalliesya perlahan. Adrith mendekati gadis itu. "Nek mana?" Soal Zalliesya.
"Dia keluar jap," balas Adrith. Semakin kuat gadis itu mengepal penumbuknya. Aduh macam mana ni?
Zalliesya masih mengigit bibir. "Kau asal?" Tanya Adrith kepada gadis dihadapannya itu.
Tangan Zalliesya naik mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Kening Adrith diangkat tinggi menunggu balasan daripada gadis itu.
"A-aku tak b-bawak pad datang sini lah.." akhirnya terkeluar juga ayat itu dari mulutnya. Wajahnya semakin memerah. Aduh malunya..
"Kau nak aku pergi beli ke?"
"Boleh ke?" Soal Zalliesya perlahan. Adrith mengangguk lalu terus melangkah keluar. "Kau pergi masuk tandas cepat," arah jejaka itu dari jauh.
Zalliesya mengangguk sebelum terus masuk kedalam tandas.
SEJAK peristiwa dimana Adrith tolong belikan tuala wanita untuk Zalliesya itu, Zalliesya selalu mengelak daripada bertembung dengan jejaka itu.
Dia masih malu sekarang.
Zalliesya berjalan laju menuju ke kedai. Dia takut Adrith nampaknya keluar. Sedang berjalan menuju ke kedai, bunyi hon motosikal memberhentikan langkahnya.
"Wuishh ada awek siott." Perlahan lahan Zalliesya menoleh kearah suara itu.
"Hai cantik," ucap salah seorang dari geng moto itu. Dia memandang gadis dihadapannya atas bawah.
Zalliesya melangkah sedikit demi sedikit untuk melarikan diri daripada mereka namun sempat dihalang oleh lelaki kedua.
Tangan Zalliesya dipegang. "Ish lepaslah!" Marah Zalliesya. "Kalau kami taknak?" Balas lelaki ketiga pula.
Baru saja Zalliesya ingin mengangkat kaki untuk melawan, ada seorang jejaka yang tiba membantunya.
Buk!
Adrith melayang penumbuk kuat pada lelaki yang memegang tangan Zalliesya itu sehingga jatuh lelaki itu dibuatnya.
Mata Adrith beralih pada dua orang lelaki lain.
Lelaki lelaki itu menggelengkan kepala mereka laju sebelum terus menaikki motorsikal dan meninggalkan kawasan itu.
Adrith memalingkan kepalanya memandang kearah Zalliesya. "Okay?" Perlahan lahan Zalliesya mengangguk.
"Kenapa kau tolong aku. Aku baru nak lawan diorang tu," ujar Zalliesya. "Dah kau lambat sangat. Lembab!" balas Adrith menerima jelingan maut daripada gadis itu.
"Sekarang ni, kau nak pergi mana?" Soal Adrith kepada Zalliesya. "Kedai. Nek suruh beli barang," jawab Zalliesya
"Jom naik kereta dengan aku," ajak jejaka itu. Jarinya ditundingkan menunjuk kearah kereta Lamborghini Veneno hitam miliknya itu.
"Ish tak nak aku. Karang kahwin free pulak," ujar gadis itu menolak ajakan Adrith itu.
"Bagus jugak t-" belum sempat ayat itu dihabiskan, perut Adrith sudah dicubit kuat oleh Zalliesya.
"Siapa nak dekat kau? Lainlah kalau kau kaya. Ni setakat kerja tentera je buat apa." Setelah itu, Zalliesya melangkah pergi meninggalkan Adrith disitu.
"Tu lah kau. Tak tau latar belakang diri aku lagi. Dah tau nanti confirm menyesal dia tolak." Adrith meloboskan diri ditempat pemandu lalu meluncur pergi.
YOU ARE READING
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 & 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐎𝐆
Romance'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain- seorang jejaka yang berpangkat mejar didalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zalliesya Riehana- seorang gadis yang berpangkat leftenan didalam Tentera Laut Diraja...