Zalliesya melangkah masuk kedalam kem. Kelibat kawan baiknya dicari. Seorang kadet yang lalu dihadapan ditegur.
"Sara," panggil Zalliesya. Wajahnya hanya kosong. Tiada sebarang riak terpancar diwajahnya.
Ya itulah Zalliesya Riehana. Seorang gadis yang sangat dingin dan kurang bercakap. Hanya orang tertentu sahaja dapat melihat sisi lainnya.
Langkah kadet terhenti. Dia menoleh memandang kearah leftenannya. "Ya saya," sahut Kadet Sara.
"Nampak Anis?" Tanya Zalliesya mendatar. Dia memandang tepat wajah gadis dihadapannya itu. "Leftenan Eiliza Eizanis ke?" Zalliesya mengangguk mengiyakan soalan itu.
"Ouh tadi saya nampak dia dengan Leftenan Aieman Herris dekat kafe," jawab Sara sambil jarinya ditundingkan menunjuk kearah kafe. Zalliesya mengerling sekilas arah yang ditunjukkan oleh Sara itu sebelum terus melangkah pergi meninggalkan kadet itu disitu.
Sara turut melangkah pergi. Satu kem sudah kenal siapa Zalliesya Riehana. Gadis itu sangatlah berbeza dengan sahabat sahabatnya yang lain. Jadi Sara langsung tidak terasa hati.
Zalliesya berjalan masuk kedalam kafe untuk bertemu dengan sahabat sahabatnya itu.
"Seronok dating?" Soal Zalliesya mengejutkan Eizanis dan Aieman yang sedang berborak itu. Laju mereka berdua menoleh kearah suara itu.
"Apa yang dating nya. Kami tunggu kau lah. Kau lambat sangat kenapa?" Marah Aieman. Kepala hotak dia dating.
"Erghh jantan tu lah. Apa yang kebulur sangat nak kahwin dengan aku entah!" Zalliesya melabuhkan diri bersebelahan dengan Eizanis. Dia masih geram dengan kejadian tadi pagi.
"Asal kau ni? Jantan mana?" Soal Eizanis. Aieman mengangguk setuju dengan soalan yang diajukan oleh kawan mereka itu.
"Si Emir tu lah. Pagi pagi dah tercegat depan kereta aku! Lepastu lambatlah aku!" Naik turun naik turun nafas Zalliesya menahan marahnya.
"Dia kan tak handsome itu yang kebulur nak dekat kau. Takut tak laku. Umur dia pun sebaya abang aku yang dah ada anak sekolah menengah kau tau," ujar Aieman.
"Masalahnya aku taknak dia!" Tangan Zalliesya naik meraup wajahnya. "Sabar jelah erk. Tak pun kau kutip je jantan mana mana, ajak kah- aduh!!" belum sempat Eizanis menghabiskan ayatnya, perutnya telah dicubit kuat oleh Zalliesya.
"Merapu lah lagi!" Eizanis tersengih.
"Ni Asy macam mana?" Soal Zalliesya ingin tahu. "Dia dah ada dekat rumah. Keadaan dia tak teruk sangat dah," jawab Aieman. Gadis itu mengangguk faham.
"By the way kan weh! Aku dengar cerita yang kita akan bekerjasama dengan tudm untuk tangkap lanun tu," celah Eizanis memberi perkara itu kepada sahabat sahabatnya.
"Aku pun dengar benda yang sama. Betul ke?" Soal Aieman. Zalliesya hanya mendengar.
"Betul weh!" Balas Eizanis. Zalliesya memandang sekeliling sebelum terhenti pada seorang jejaka yang dia kenal. Dia mengecilkan matanya bagi mengecam wajah jejaka itu.
Eizanis menoleh memandang sahabat disebelahnya. "Kau tengok apa?" soal Eizanis kepada Zalliesya. Gadis itu turut memandang kearah yang Zalliesya pandang.
"Kekasih hati ke?" usik Aieman. "Bukan!" Zalliesya menoleh memandang kearah sahabatnya semula. "Tadi korang kata kita akan bekerjasama dengan tudm kan? Betul lah tu," ujar Zalliesya tiba tiba.
"Macam mana kau tau?" Tanya Eizanis. "Tu," balas Zalliesya sambil menundingkan jari kearah jejaka yang ditenungnya tadi. Eizanis kembali memandang kearah itu namun sudah tiada orang.
"Mana dia?" Zalliesya mengangkat kepalanya memandang tempat itu. "Aik tadi ada.."
"Cari aku ke, Hana?" Mendengar suara bisikan itu, laju Zalliesya menoleh kebelakang. "Adrith..."
YOU ARE READING
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 & 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐎𝐆
Romance'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain- seorang jejaka yang berpangkat mejar didalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zalliesya Riehana- seorang gadis yang berpangkat leftenan didalam Tentera Laut Diraja...