Adrith berjalan masuk kedalam dapur apabila haruman yang wangi menusuk hidungnya.
"Sedapnya Nek. Masak apa tu?" Soal Adrith kepada Puan Rosmah. Wanita berumur itu mengangkat wajahnya memandang kearah Adrith.
"Bukan nek yang masak tapi Esya," balas Puan Rosmah. Adrith mengangguk lalu terus duduk bersila diatas tikar yang dihampar itu.
Asam pedas ikan pari dihadapannya dipandang sedap. Perutnya yang berbunyi itu dipegang.
"Mana si Esya tu, Nek?" Tanya jejaka itu apabila kelibat Zalliesya tidak kelihatan. Puan Rosmah kata kena tunggu semua berkumpul baru boleh makan. Sekarang ni dia dah lapar tapi Zalliesya tiada disini.
"Cari aku ke?" Serentak dua orang itu menoleh kearah suara itu. "Aku tanya je mana kau sebab aku lapar. Bukan nak cari kau pun," balas Adrith.
Zalliesya menjeling tajam jejaka itu sebelum melabuhkan diri dihadapan Adrith.
Puan Rosmah turut melabuhkan diri diatas tikar itu. "Rith, baca doa." Adrith mengangguk lalu menadah tangan untuk berdoa.
"Allahumma barik lana fii maa roza tana wa kinaa azabannar." Lalu mereka mula menjamu selera.
ADRITH yang baru ingin melangkah masuk kedalam bilik tidurnya itu terhenti tatkala kelibat Zalliesya menyapa pandangan.
Senyuman nakal terbit dibibirnya.
Jejaka itu melangkah mendekati Zalliesya yang sedang berdiri diluar rumah sambil memandang langit.
"Daripada kau tenung langit tu, baik kau tenung aku. Aku pun ciptaan Allah jugak. Lagi handsome daripada langit tu," ujar Adrith.
Laju Zalliesya menoleh apabila terdengar suara itu. Dia menikam tajam bebola mata jejaka itu.
"Daripada tengok kau, aku lagi rela tengok semut buat anak," balas gadis itu sebelum kembali memandang langit.
"Woo otak kotor kau eh," ujar Adrith. Sekali lagi Zalliesya memaling kepalanya memandang kearah Adrith.
"Apa? Aku kata semut buat anak je. Otak kau pun kotor," balas Zalliesya tidak mahu kalah.
"Ni kau buat apa dekat sini?" Soal Adrith cuba mengubah topik. Malas nak gaduh dengan minah ni.
"Aku gali kubur untuk kau ni hah," sinis Zalliesya membalas. Tak nampak ke beg beg dekat tepi ni? Tengah tunggu orang lah ni!
"Tunggu orang?" Zalliesya hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan itu.
"Tunggu best friend kau tu ke?" Sekali lagi gadis itu mengangguk. "Kau tumpang aku je lah," ujar Adrith.
"Eh kenapa pulak?" Zalliesya menyoal. "Lambatlah kawan baik kau tu. Drive kereta ke buat kereta," ujar Adrith. Dah lah cuaca tengah panas.
"Suka hati dia lah. Kau sibuk pahal?" Panas saja hatinya hari ini. "Aku kata jom tumpang aku! Sini panas lah!" Balas jejaka itu tidak putus asa mengajak Zalliesya menumpangnya.
"Tak-" terhenti ayat yang ingin dilontarkan itu apabila iPhone miliknya berdering minta diangkat. Zalliesya menyeluk poket seluarnya lalu iPhone itu dibawa keluar.
Nama pemanggil dibaca.
Anis.
Butang hijau diseret kekanan sebelum meletakkan telefon itu ditelinganya. "Ya kenapa Anis?"
"Aku tak boleh ambik kau lah. Kereta aku buat hal. Sorry tau," ucap Eizanis dari dalam talian.
"Ouh takpalah. Kalau kereta tu tak okay jugak call aku," balas Zalliesya lalu mematikan panggilan tersebut.
Adrith disebelah mula mengangkat keningnya berkali kali. Zalliesya mendengus kasar. "Erghh yelah yelah! Aku tumpang kau!" Terpaksa saja ni.
Adrith tersenyum sinis lalu melangkah masuk kedalam rumah untuk mengambil kunci keretanya.
Lalu dia keluar semula.
Mereka meloboskan diri didalam perut kereta itu. "Tadi cakap taknak naik tup tup dah ada dekat sebelah," sindir Adrith. "Kau diam!"
Adrith memandang Zalliesya sebelum matanya jatuh pada dada Zalliesya. Tudung gadis itu singkat sehingga ternampak bentuk dada.
Idea jahat mula muncul dimindanya.
Adrith mencapai iPhone miliknya lalu YouTube dibuka.
"Minah minah tudung zaman sekarang ramai takda otak, bodoh~
Pakai tudung tapi pakaian ketat ketat, bodoh~"Zalliesya tersentap mendengar lagu itu. Dia tahu Adrith sengaja membuka lagu itu.
Perlahan lahan tangan gadis itu naik membetulkan tudungnya yang singkat itu. Dia melabuhkan tudungnya sehingga menutup dada.
Melihat itu, Adrith menutup telefonnya.
"Kau sengaja kan?" Soal Zalliesya tidak puas hati. "Lah kenapa? Aku bukak je. Kau terasa ke? Alhamdulillah. Tepuk dada tanya iman," sindir Adrith sebelum memulakan permanduan.
Zalliesya mengepal penumbuk kuat. Ingin saja dia melayangkan penumbuk itu diwajah Adrith.
YOU ARE READING
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 & 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐎𝐆
Romance'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain- seorang jejaka yang berpangkat mejar didalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zalliesya Riehana- seorang gadis yang berpangkat leftenan didalam Tentera Laut Diraja...