Adrith memberi salam lalu melangkah masuk kedalam rumah milik keluarganya. Kelibat Datin Darwisha yang sedang duduk disofa menyapa pandangannya.
Dia mendekati ibunya lalu tangan wanita berumur itu disalam. "Dah habis misi?" Adrith mengangguk mengiyakan pertanyaan itu.
"Lama lagi lah ibu kena sidai," ujar Datin Darwisha menerima kerutan didahi Adrith. "Kena sidai? Rith tengok ibu elok je dekat sini," balas Adrith.
"Kamu jangan nak berloyar buruk eh." Adrith tersengih. "Bila kamu nak bawak balik menan-"
"Uhuk! Uhuk!" Tersedak Adrith mendengar soalan itu. Dia sudah mengagak persoalan itu akan keluar dari mulut ibunya apabila dia tiba dirumah.
"Hah? Apa ibu? Uhuk! Uhuk! Rith tak dengar." Datin Darwisha menikam tajam bebola mata anaknya itu.
"Ibu kata, bi-"
"Uhuk! Uhuk! Sakit tekak lah ibu. Uhuk! Uhuk!" Sengaja Adrith memotong percakapan ibunya. Datin Darwisha yang sudah geram itu laju tangannya naik memulas telinga Adrith.
"Aduh aduh sakit ibu. Okay okay Adrith tak main main dah," meraung kesakitan Adrith dibuatnya.
Datin Darwisha melepaskan pegangan. "Ha tau pun. Bila nak kahwin?" Adrith tersengih mendengar soalan itu. Dia masih belum ada jawapan untuk soalan itu.
"Err jodoh tak sampai lagi.."
"Jodoh kena cari bukannya Rith duduk goyang kaki dia boleh turun dari langit," balas Datin Darwisha geram.
"Ibu bagi masa sebulan je. Takda calon jugak ibu jodohkan Rith dengan anak kawan ibu." Setelah itu, wanita berumur itu terus melangkah naik kebilik tidurnya.
Adrith melepaskan keluhan. "Memang gila kalau aku kahwin dengan minah celup tepung tu. Mekap kemain tebal. Bankrup aku kahwin dengan dia. Huuu jangan jangan," bebel jejaka itu seorang diri.
ZALLIESYA yang baru saja ingin membaringkan diri keatas katil setelah selesai menunaikan solat isyak itu terbantut apabila deringan telefon bimbitnya mengetuk pendengaran.
Dia mengeluh kecil seraya mencapai iPhone miliknya itu. "Ya Tuan."
Zalliesya memejamkan matanya sebentar sebelum kembali dicelikkan lalu dia bersuara "baik Tuan!" panggilan dimatikan.
"Waktu aku nak lena lah nak kena pergi misi. Maleh lah ish." Gadis itu bangun lalu mula bersiap untuk pergi operasi.
GADIS itu melangkah keluar dari bilik tidurnya. Dia menunggu Eizanis dihadapan pintu rumahnya. Dia memang tidak akan memandu seorang diri pada waktu malam kerana takut kejadian lama menimpanya.
Dan disebabkan kejadian itu lah dia memilih untuk menggunakan kereta yang hanya ada dua tempat duduk. Dia juga takut untuk tidur seorang diri dibilik dalam keadaan lampu tertutup.
Sedang menunggu kehadiran Eizanis, suara seseorang memanggil membuatkan dia menoleh. Puan Rozieana.
"Pergi mana?" Soal wanita berumur itu.
"Operasi," balas gadis itu sepatah. Dia masih memandang kearah luar. Wajah mamanya tidak dipandang.
"Takpayah pergi lah." Mendengar itu, terus Zalliesya menoleh menghadap mamanya. "Ha? Mama ingat Esya ni apa? Senang senang je tak pergi misi? Kang tak dapat gaji mama yang melalak," balas Zalliesya geram.
Puan Rozieana mengetap giginya kuat menahan marahnya.
"Masalahnya kau tu dah nak kahwin. Biarlah lepas ni Emir tu yang tanggung kau. Dia kan anak ceo," ujar Puan Rozieana tidak mahu kalah.
"Siapa kata Esya setuju dengan keputusan mama papa? Esya tak pernah langsung terima lamaran dia. Esya taknak kahwin!!" Bangkang gadis itu.
Eiliza Eizanis yang baru tiba itu melangkah keluar dari kereta Myvi miliknya apabila melihat perbalahan diantara dua beranak itu.
Baru saja Puan Rozieana ingin menaikkan tangan diwajah Zalliesya namun terhenti apabila tangannya dipegang oleh seseorang.
Eizanis.
"Dah takda kerja ke nak tampar anak depan pintu rumah ni? Nak bagi satu taman tahu perangai untie?" Ujar Eizanis sinis.
Puan Rozieana memandang tajam wajah sahabat anaknya itu sebelum menurunkan tangannya.
"Oh for your information, Esya dah ada boyfriend," ujar Eizanis selamba membuatkan mata Zalliesya terbeliak luas akibat terkejut dengan balas gadis itu.
Perlahan lahan dia menoleh memandang kearah gadis itu.
"Really? Patutlah. Aku nak kau bawak dia jumpa aku." Puan Rozieana terus melangkah pergi meninggalkan mereka berdua disitu.
Setelah memastikan mamanya hilang dari radar, dia mencubit kuat bahu sahabatnya sehingga gadis itu menyerang kesakitan.
"Aduh aduh aduh! Sakitlah hanat. Kau kenapa?!!"
"Sejak bila aku ada boyfriend lahanat?" Soal Zalliesya sambil mengetap giginya kuat. "Alah, aku cakap je. Tengok kau dah selamat sekara- aduhh!!"
"Otak kau selamat. Dia suruh bawak boyfriend aku tu datang sini. Aku nak kutip jantan mana bawak datang sini?" Perkataan boyfriend itu ditekan.
Eizanis tidak membalas hanya tersengih bak iklan Colgate menayangkan giginya.
YOU ARE READING
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 & 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐎𝐆
Romance'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain- seorang jejaka yang berpangkat mejar didalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zalliesya Riehana- seorang gadis yang berpangkat leftenan didalam Tentera Laut Diraja...