Bab 15

9 2 0
                                    

Adrith membaringkan tubuhnya diatas katil. Otaknya bercelaru sekarang.

"Kau gantikan aku weh. Jaga Esya. Aku dah tak lama."

"Aku tau kau suka dia since zaman sekolah lagi. Kahwinlah dengan dia. Tolong aku jaga dia."

Adrith mengetuk dahinya. Adakah 'tolong aku jaga dia' tu satu permintaan? Permintaan terakhir Asyraaf?

"Ya Allah, macam mana ni?" Adrith memejam matanya.

Adrith mencelikkan matanya semula sebelum bangun dari pembaringannya itu. Dia melangkah menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Dia ingin menunaikan solat istikharah.

ADRITH melangkah keluar dari kereta Lamborghini Veneno miliknya apabila sudah tiba dihadapan rumah Eizanis. Dia ingin berjumpa dengan Zalliesya. Dia sudah fikir masak masak.

Ting! Tong!

Pintu pagar rumah itu terbuka. Adrith melangkah masuk.

"Ha Adrith! Sampai pun. Kau duduk dulu dekat kerusi tu. Jap aku panggil Liesya," ujar Eizanis mengarahkan jejaka itu untuk duduk dikerusi panjang di hadapan rumah.

Adrith hanya akur akan arahan gadis itu. Dia melabuhkan diri dikerusi yang ditunjukkan oleh Eizanis itu.

Selang beberapa minit kemudian, kelibat Zalliesya yang baru melangkah keluar itu menyapa pandangannya. Zalliesya melabuhkan diri diatas buaian yang terletak bersebelahan dengan kerusi panjang yang diduduki oleh Adrith itu.

"Apa kau nak?" Soal Zalliesya dingin. Wajah Adrith langsung tidak dipandang.

"A-aku...." Kata kata Adrith terhenti. Dia tidak tahu bagaimana mahu meneruskannya. Adrith kemam bibirnya.

"Aku apa? Jangan buang masa aku boleh?" Zalliesya bersuara. Tangannya naik memeluk tubuhnya tanda protes.

"A-aku nak... ajak kau kahwin." akhirnya keluar juga ayat itu dari bibirnya. Memang itu niat dia kesini. Adrith menoleh kearah lain.

Zalliesya mengukir senyuman sinis. Kau dah memudahkan kerja aku, Rith.

"Okay. Aku setuju. Hujung minggu ni akad. Aku taknak tangguh lama lama." Seusai menghabiskan ayatnya itu, Zalliesya bangun dari duduknya lalu terus melangkah masuk kedalam rumah agam milik Eizanis itu semula.

Adrith tersenyum lebar.

BAGAIKAN tidak percaya. Dia dan Zalliesya sudah sah bergelar suami isteri. Dengan mas kahwin RM 10 000, mereka telah menjalinkan hubungan yang halal.

Adrith menoleh memandang kearah Zalliesya yang duduk bersebelahan dengan ibunya, Datin Darwisha.

Adrith bangun dari duduknya lalu melangkah mendekati Zalliesya. Sekarang acara pembatalan air sembahyang. Jejaka itu melabuhkan diri dihadapan Zalliesya.

"Assalamualaikum Hana, abang datang ni..." Ujar Adrith. Sudah lama dia menanti saat ni. Saat dimana dia dan Zalliesya sudah disatukan.

"Meh tangan. Nak sarung cincin," pinta Adrith. Zalliesya hanya akur. Dia menghulurkan tangannya untuk disarungkan cincin.

Setelah selesai, Adrith menarik kepala Zalliesya sebelum bertindak ingin mengucup dahi isterinya itu. Sedikit lagi bibirnya ingin mendarat didahi Zalliesya, namun gadis itu telah menarik kembali kepalanya.

Adrith tersentak.

Zalliesya mendekatkan jarak diantara bibirnya dan telinga jejaka itu. "Kau jangan bermimpi yang aku akan balas cinta kau. Aku kahwin dengan kau untuk balas dendam je," bisik Zalliesya sebelum kembali menjauhkan bibirnya dari telinga Adrith.

Kecekak!

Bunyi kamera ditekan. Cameraman mula melakukan tugasnya.

Kecekak!

Kecekak!

Baru dua gambar diambil oleh cameraman, tindakan mereka mati tatkala Zalliesya bersuara. "Takpayah beria tangkap gambar banyak banyak!"

"Aku nak balik." Zalliesya bangun dari duduknya lalu terus melangkah keluar dari rumah agam milik Dato Azhar itu.

"Hana!" Adrith turut bangun dari duduknya lalu mengejar langkah isterinya.

Zalliesya meloboskan diri kedalam Lamborghini Aventador ungu miliknya sebelum memecut laju meninggalkan kawasan rumah itu.

"Hana!!" Larian Adrith terhenti tatkala bayangan kereta ungu itu telahpun hilang dari pandangan.

Adrith menyandarkan badannya pada pintu rumah itu. Matanya dipejam.

Perlahan lahan air matanya jatuh.

𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 & 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now