Sesampai sahaja dihospital, Zalliesya berlari menuju ke wad yang menempatkan kawan baiknya itu. Adrith mengikuti langkah gadis itu.
"Mana Asy?" Soal Zalliesya kepada Eizanis yang sedang duduk dikerusi menunggu dihadapan pintu wad itu.
"Dekat dalam. Eman pun ada dekat dalam," balas Eizanis. Zalliesya mengangguk sebelum melangkah masuk. Adrith masih lagi mengikut langkah Zalliesya.
"Asy! Kau dah sedar?" Zalliesya berlari mendekati jejaka itu. Perlahan lahan Asyraaf berpaling memandang kearah gadis yang baru tiba itu. Senyuman manisnya dihadiahkan kepada Zalliesya.
"Esya.." seru Asyraaf perlahan. "Kau okay tak? Aku minta maaf weh," ucap Zalliesya. Air matanya jatuh.
"Eh Esya... Jangan nangis. Kau tak salah. Memang ni takdir aku," ujar Asyraaf memujuk gadis itu.
Zalliesya menggelengkan kepalanya laju. "Aku yang salah. Aku tak patut biar kau lawan seorang diri."
Asyraaf tersenyum nipis. Hujung lengan baju hospital itu ditarik menutup ibu jarinya sebelum dia mengelap air mata Zalliesya yang mengalir itu.
"Jangan nangis. Aku tak suka tengok," ujar Asyraaf memujuk Zalliesya. Aieman sekadar memerhati. Manakala Adrith telah menoleh memandang kearah lain. Entah kenapa dia rasa lain melihat situasi itu.
Zalliesya mengangguk lalu mengusap air matanya yang bertakung itu. Dia mengukir senyuman.
Matanya Asyraaf mula jatuh pada figura yang berdiri dipintu.
"Adrith?" Seru Asyraaf. Mendengar itu, Adrith menoleh memandang kearah Asyraaf.
"Asyraaf?" Adrith melangkah mendekati kawan sekolahnya itu. "Macam mana kau tau aku dekat sini? Ke..." Mata Asyraaf teralih pada Zalliesya.
"Korang datang sekali?" Serentak Adrith dan Zalliesya mengangguk mengiyakan soalan itu.
"Widihh ada something ke? Macam mana boleh kenal?" Soal Asyraaf ingin mengusik kawan baiknya itu.
"Ee tak nak aku dekat dia ni! Terpaksa ja datang sekali. Dia cucu angkat nenek aku," balas Zalliesya. Asyraaf mengangguk faham namun bibirnya masih mengukir senyuman sinis.
"Kau tak payah nak usik orang sangatlah. Sedar diri tu tengah sakit," celah Aieman bersuara. Zalliesya tersenyum suka sebelum menjelirkan lidah kepada Asyraaf.
Adrith pula hanya memerhati. Asyraaf merupakan rakan sekelasnya semasa tingkatan 4 dan 5. Dia tidak tahu pula yang Asyraaf berjaya mengejar cita citanya ingin menjadi tentera laut.
"Kau nak balik ke, Adrith?" Soal Zalliesya seraya menoleh memandang kearah jejaka itu.
"Takpa, aku tunggu kau," balas Adrith.
"Eh takpalah. Kau balik je. Nanti aku balik dengan Anis," ujar Zalliesya lalu kembali menoleh memandang Asyraaf.
Adrith mengangguk lalu terus melangkah keluar dari wad itu.
ADRITH membaringkan tubuhnya diatas katil setelah selesai membersihkan diri.
"Kenapa aku rasa cemburu dia layan Asyraaf macam tu?" Soal jejaka itu sendiri. Dari tadi lagi dia memikirkan perkara itu.
"Aku tak suka atau cintakan dia," nafi Adrith.
Tok! Tok!
Adrith bangun dari pembaringannya lalu melangkah mendekati pintu sebelum membukanya.
"Kau nak apa?" Soal Adrith kepada Zalliesya setelah pintu dibuka. "Nah. Upah tolong tumpangkan aku tadi," ujar Zalliesya seraya menghulurkan RM 10.
"Eh aku tak mintak pun," balas Adrith.
"Eh lah kau ni! Aku bagi tu ambik je lah. Banyak cakaplah kau," ujar gadis itu sebelum terus melempar RM 10 itu kedalam bilik Adrith lalu terus melangkah pergi meninggalkan Adrith yang terkaku itu.
"Ewahh betina nii," ucap Adrith perlahan seraya menunduk untuk mengutip RM 10 itu.
"Uish sepuloh hinggit." Jejaka itu mencium duit itu berkali kali lalu melangkah masuk kedalam bilik tidurnya semula.
YOU ARE READING
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 & 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐎𝐆
Romance'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain- seorang jejaka yang berpangkat mejar didalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zalliesya Riehana- seorang gadis yang berpangkat leftenan didalam Tentera Laut Diraja...