"Jangan ganggu aku!"
"Jangan ganggu aku!"
Berkali - kali aku memekik hal yang sama. Sampai suara aku pun terasa makin hilang tidak mahu keluar.
Sekarang aku berada di dalam hutan tebal. Aku tak tahu di hutan mana. Sikit pun tak ada cahaya. Sinar bulan malam pun tidak tembus masuk ke dalam ruang hutan. Apabila aku berlari, pasti kaki akan tersandung dek terlanggar tunjang akar yang menimbul. Gelapnya langsung tidak boleh dibawa bincang. Tambah pula, aku dikejar oleh lembaga yang sama!
"Kawan kau akan jadi mangsa aku, Inayah!"
Bergema suara kasar diseluruh pelusuk hutan. Lembaga itu tak habis-habis mengatakan hal yang serupa. Aku dah naik pitam. Jiwa aku semakin memendam. Otak aku makin layak digelar pesakit mental!
Aku tak boleh lemah. Aku tak boleh takut. Seorang Inayah adalah seorang pelindung, seperti mana nama aku bermaksud begitu.
Mata diliar mencari 'dia'. Aku mahu bersua muka. Aku mahukan sebab mengapa dia mahukan kawan aku!
"Siapa kau! Apa yang kau nak dari aku?!"
"Datang sini berdepan dengan aku sekarang!"
Aku menjerit sekuat tenaga. Tubuh aku terasa melayang gara - gara kepala dilangut mencari kelibat dia. Kadang senget ke kanan. Kadang senget ke kiri. Aku mahu rebah tapi pantas aku cuba untuk bertahan dan berdiri selagi boleh.
"Aku mahukan kawan kau!"
Tiba-tiba, tubuh aku ditarik dari belakang. Serta-merta, mata aku memaku memandang si penarik. Wajahnya sangat aku kenali. Tak mungkin itu dia.
YOU ARE READING
SEMESTER DUA ( C )
Mystery / Thriller'Kata orang, berhati-hati dalam membeli barang. Kelak, buruk padahnya.' Sejak Inayah Nilliyyah melangkah masuk ke semester 2, banyak tragedi aneh yang berlaku terhadap dia. Kerap kali dia bermimpikan lembaga yang tidak tahu dari mana asal usulnya. S...