BAB 4

105 3 0
                                    


Kuliah pertama bermula. Pensyarah yang baru mengajar kami semestinya mahu berkenalan dahulu. Manakala pensyarah lama bertanyakan aktiviti apa yang kami lakukan ketika cuti semester lepas.

"Haa Inayah... kamu buat apa cuti sebulan lepas?" Puan Aminatul menyoal.

Aku senyum miring lantas itu aku bangun dari tempat duduk. "Err... saya buat novel dan baca buku je," jawab aku jujur.

"Buat novel? Bila nak terbit?" Dia bertanya lagi.

Aku hanya jongket bahu. Entah bila aku boleh ada buku sendiri. Nak harapkan kisah berkisarkan cinta semata-mata... Aku tak pernah merasa cinta. Tak pernah jatuh cinta, dan jauh sekali ada crush. Kadangkala, aku merasakan aku tak punya perasaan untuk mempunyai berhubungan seperti manusia lain. Ah lantaklah! Aku datang nak belajar bukan nak bercinta.

Kelas bergerak seperti biasa. Tahu - tahu dah pukul dua belas. Ia menandakan kelas sudah pun tamat. Dalam diam aku menadah kesyukuran. Lega hari pertama semester dua berjalan dengan lancar.

Sedang santai berjalan, aku terpandang Umai yang berjalan jauh dari kami berlima. Dia berseorangan. Sel otak aku mula berfikiran pesat. Dia tak nak balik dengan kami ke? Tapi aku hanya husnuzon. Mungkin dia mahu pergi lepak dulu?

Jujur aku katakan. Umai seperti seorang gadis misteri. Kehidupan dia agak tersorok. Kadang aku pelik bila melihat dia ketawa seorang diri. Mahu cakap dia tengah layan video kelakar macam mustahil sebab ketika itu tak ada langsung telefon dengannya. Namun aku masih berfikiran baik. Boleh jadi dia terimbau kenangan kawan dia jatuh tangga 4 tahun lalu.

Kami berlima tunggu di bawah pondok sementara menanti grab tiba. Sesekali aku mengerling atas jalan memandang kenderaan lalu lalang. Ramai pelajar yang sudah berangkat pulang. Tapi, kami masih lagi menunggu grab untuk datang mengutip.

Tanpa sengaja, biji mata aku menyuluh penglihatan kearah sebuah kereta yang sedang lalu di depan aku. Terasa seperti masa berjalan dengan perlahan. Dalam kereta tersebut ada Umai. Dan yang paling aku tak sangka, ada lelaki lain di dalamnya. Bukan aku mahu menilai keluar dengan lelaki itu seorang yang jahat tapi lelaki tu...

Dia yang langgar aku waktu masuk lif tempoh hari!

Sumpah! Aku boleh jamin dengan apa yang aku nampak. Aku tak silap. Aku pakai kaca mata yang ada power. Memang jelas itu lelaki yang sama. Pakaiannya juga turut sama.

Apa hubungan Umai dengan lelaki tu? Siapa lelaki itu sebenarnya? Tingkah laku dia sangat aneh. Dia sama macam Umai. Misteri.

"Woi, tak nak balik ke?"

Jeritan Aikah langsung membuat aku tersentap. Aku pandang kiri dan kanan. Rupanya tinggal aku seorang sahaja yang masih duduk ditempat yang sama.

Tanpa membuang masa, aku langsung berlari masuk kedalam kereta grab yang ditempah. Kepala aku masih menerawang memikirkan Umai.

Apa hubungan Umai dengan lelaki berhoodie hitam tu? Kenapa dia ikut lelaki tu? Kenapa dia tak bagitahu tak nak balik dengan kami?

"Kau kenapa Nil? Termenung jauh nampak?" Damia menegur. Aku mengedipkan kelopak mata berkali-kali. Cuba untuk lupuskan ingatan negatif dalam fikiran.

"Erhmm...Tak ada apalah. Cuma fikir nak makan apa je kejap lagi."

"Sempat lagi kau fikir pasal makan? Aku tengah fikir bagaimana nak hadap muka Sir Fitri esok." Faima menyampuk. Dia memeluk tubuh. Lagaknya seperti tidak dapat menerima hakikat bahawa Sir Fitri yang akan mengajar kami nanti. Semerta, aku tersengih kecil.

Sir Fitri seorang pensyarah baru yang akan mengajar kami pada semester kali ini. Budak kelas sebelah cakap Sir Fitri orangnya agak cerewet dan suka berleter panjang.

SEMESTER DUA ( C )Where stories live. Discover now