Balik dari rumah tok haji semalam, badan aku terasa sangat lemah. Kepala juga sakit mencengkam. Sama sekali aku tak tahu apa sebabnya. Boleh jadi bunian itu sudah tahu bahawa kewujudannya sudah disedari oleh aku.
Haish, aku pun sudah naik hairan dengan apa yang terjadi. Lepas kes bunuh dan jelmaan lembaga serta roh Adila, sekarang ia di selang seli juga dengan bunian yang kononnya sedang memerhati aku dari jauh.
Sumpah, pelik!
Dah kenapa tiba-tiba aku dihantui dengan jin semua ni? Aku tak ada kena mengena pun dengan kes ni. Takkan aku kena jadi hero untuk selesaikan semua kes?
Ah, gila! Jin memang suka nak permainkan fikiranku yang sudah lama gila. Boleh mental aku dibuatnya kalau ia berterusan begini.
"Adik...." Seru mak meleret.
Aku menoleh memandangnya. Mak membawa sedulang air teh herba dan sepinggan roti jala beserta kari ayam. Hidangan makan petang. Tambah pula, sekarang aku duduk di pondok buruk depan rumah. Memang dah jadi kebiasaan buat kami sekeluarga. Andai buat minum petang atau ingin bersembang, disinilah tempat kami beramah mesra.
"Adik okey?" Soal mak lembut.
Anggukan diberi sebelum aku menyusul kata. "Okey ja mak." Ringkas aku membalas.
Aku dengar mak mendengus pelan. Ada ciri-ciri seperti mak tak berpuas hati dengan jawapan aku sebentar tadi.
"Mak tak rasa adik okey? Dari tadi mak perhati. Adik dok termenung tak habis-habis. Adik fikir apa sebenarnya? Cuba bagitahu mak."
Bibir masih diketap kuat. Tak mampu untuk aku bersuara dan beritahu apa yang aku fikirkan sekarang. Bukan apa, aku takut seandainya jadi apa-apa pada keluarga aku pula. Tambah pula, aku tak mahu buat mereka risau.
Selagi aku boleh jaga dan mampu selesaikan semua masalah, aku akan buat seorang diri. Takkan aku nak libatkan mak dan ayah dalam hal ni. Dah lah melibatkan dunia jin. Memang aku tak boleh bayang kalau apa apa jadi pada mereka.
"Tak ada apa lah mak. Adik okey." Sekali lagi aku menafikan.
Helaan nafas panjang dari mak, aku dengar. "Mak tahu apa yang belenggu dalam kepala otak adik. Jin, syaitan dan iblis sememangnya wujud diantara kita. Apa yang mak boleh cakap, jaga diri. Jangan terjerat dengan kata-kata dusta makhluk halus itu. Mak tak mau jadi benda buruk pada kamu."
Aku diam tidak berkutik. Kata-kata mak ada betulnya juga. Aku sentiasa berdoa agar Tuhan kuatkan iman. Aku takut andai aku tersasar.
"Mak rasa kenapa bunian tu ada dengan adik?"
Soalan dari aku buat emak diam tidak berkata apa. Wajahnya berubah riak sedikit terkejut.
"Mungkin dia nak berkenalan dengan adik?" Mak tersenyum hambar.
Aik? Kenapa macam pelik jawapan dari mak. Seram sejuk aku mendengarnya.
Kring kring!
Deringan telefon bimbit milik emak kedengaran. Laju tangannya mencapai dan menekan punat menjawab. Aku melihat mak menuju masuk ke rumah. Barangkali mahu membincangkan duit kutu sesama mereka.
Kini aku bersendirian. Padi didepan mata yang sudah menghijau aku pandang dengan riak lelah. Kejadian yang dialami setakat ini memang membuatkan aku sedikit trauma. Ditambah pula dengan kehadiran mimpi roh Adila dan juga lembaga hitam.
Gila. Apa yang terjadi sekarang semuanya gila. Kalau aku pergi berjumpa dengan pakar psikiatri, mesti mereka suruh aku buat appointment dengan mereka. Gara-gara aku dituduh tidak waras. Padahal, otak aku masih sihat walafiat. Jadi mereng pun sebab benda sial yang menjengah masuk dalam mimpi.
YOU ARE READING
SEMESTER DUA ( C )
Mystery / Thriller'Kata orang, berhati-hati dalam membeli barang. Kelak, buruk padahnya.' Sejak Inayah Nilliyyah melangkah masuk ke semester 2, banyak tragedi aneh yang berlaku terhadap dia. Kerap kali dia bermimpikan lembaga yang tidak tahu dari mana asal usulnya. S...