BAB 7

96 4 0
                                    


Selepas kejadian aku terserempak dengan lelaki berhoodie hitam dan Umai kemarin dulu, jiwa aku makin tidak tenteram. Terasa ada yang memerhati. Namun, aku masih menafikan hal itu. Aku cuba bersangka baik. Sungguh aku katakan, aku sangat risau. Takut andai tiba-tiba ada yang menyerang. Mintak dijauhkan lah.

"Woi! Termenung apa tu?" Terhenjut tubuh aku dengan sergahan itu. Kalau aku melatah dah lama aku baling penyapu lekat atas muka si Faima ni.

"Waalaikumsalam." Aku memerli. Mata aku sepetkan sikit tanda tak puas hati.

Faima senyum sumbing. Dia tergelak kecil. Tahu yang aku menyindir dia. "Sorry Nil. Dari tadi aku panggil kau tak sahut-sahut. Termenung panjang kau. Teringat boyfriend ke?" Sakat Faima.

"Tak ada lah. Lebih baik aku teringatkan keluarga aku dekat kampung dari teringat boyfriend," balas aku acuh tak acuh.

Bukan apa, itulah hakikat seorang Inayah Nilliyyah. Tak gemar membuka hati pada sesiapa. Bagi aku cinta itu merugikan. Sekarang aku tengah belajar, dan aku tak nak campur adukkan urusan belajar dengan urusan percintaan. Biarlah orang cakap membujang sampai ke tua. Aku tak kisah. Yang penting jiwa aku tenang.

Tapi itulah. Bila dah tenang soal cinta, soal lain pula yang datang merosot minda. Melihat riak wajah Kasturi sejak semenjak ini, aku tahu dia dipagut rasa gerun. Setiap kali mahu keluar dari rumah, ada saja alasan dia reka. Kalau mahu keluar sekalipun, hanya semata-mata untuk pergi ke kelas.

"Nil, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"

Bahu aku disentuh oleh Faima. Terus tersedar semula dari alam ghaib ciptaan sendiri. "Err... apa tadi? Sorry, aku penat sikit." Aku memberi alasan.

"Aku tanya kau dah siap kemas ke untuk bermalam esok ni?"

"Oh, nak siap dah. Aku bawak sikit je baju. Alah, dua malam je kan?"

Faima angguk perlahan. Dia berdiri semula mahu masuk ke biliknya.

"Okeylah kalau macam tu. Eh, mana Kasturi?" Baru hendak keluar dari bilik, Faima menanyakan hal itu.

"Dekat dapur kut? Tadi aku dengar dia nak makan maggie," jawabku ringkas. Tangan masih melipat baju-baju yang hendak dibawa esok.

"Okey lah. Aku masuk tidur dulu tau. Mengantuk sangat. Esok kena bangun awal sebab sir Fitri cakap bas tunggu pukul tujuh pagi." Dia menepuk bahu aku sebelum berjalan keluar dari bilik.

Dua puluh minit berlalu, aku masih menunggu Kasturi masuk bilik tapi bayang dia pun tak nampak. Kata nak buat maggi je. Tapi kenapa lama sangat?

Aku bangun dari katil dan mula membuka pintu bilik. Kaki diangkat menuju ke ruang dapur. Bila sampai disana aku terpandang susuk tubuh Kasturi dibawah lampu yang agak malap. Haih, kadang aku geram dengan tuan rumah.

Dah tahu orang nak datang menyewa, bawa bertukar lah mentol lampu tu. Ni sampai nak cedok beras pun tak nampak. Silap-silap haribulan, nak ambil buah kurma tertukar dengan lipas. Bukan boleh harap sangat.

Peti ais di tepi sinki aku dekatkan. Tangan mencapai botol air mineral di dalamnya. Dah alang-alang sampai dapur, kenalah melegakan tekak dulu. Sekali-sekala mata aku dihala kearah Kasturi yang masak diatas dapur.

Aii, takkan masak maggie sampai setengah jam? Setahunya, hanya lima minit sudah siap dihidang dan dinikmati bersama. Ni kenapa lama sangat?

Siap - siap teguk air, aku berjalan menghampiri Kasturi. Dari tadi tangan tak berhenti mengacau kuah didalam periuk. Bahunya aku sentuh. "Asal lama sangat kau masak Kasturi? Sekarang dah pukul satu pagi, kau masak tak habis lagi ke?"

SEMESTER DUA ( C )Where stories live. Discover now