BAB 13

72 4 0
                                    


"Engkau kenapa sebenarnya Nil? Suka sangat kau mimpi teruk macam tu. Kau ada masalah ke?"

Pertanyaan Damia jelas gelisah itu, aku abaikan sahaja. Tak ada langsung balasan walau satu patah perkataan. Sekarang aku duduk terpaku seperti tugu negara. Tidak bergerak sedikit pun.

Otak aku masih menerawang dengan apa yang terjadi pada pagi kemarin. Aku dapat mimpi yang sama. Berjumpa dengan lembaga hitam yang aku sendiri pun tidak tahu apa motifnya masuk kedalam mimpiku.

Namun, didalam mimpi itu juga terdapat roh Adila yang memerlukan bantuan. Dia mahukan aku untuk mencari siapa pembunuhnya. Sungguh aku hairan, apa kena mengena aku dengan kes ini. Kenapa benda tidak bernyawa itu tidak mencari orang lain? Kenapa mesti aku?

Seketika aku memicit kepala. Berat sungguh ujian aku pada semester kali ini. Ingatkan aku boleh bebas buat kerja sendiri rupanya tak.

"Nil, kau dengar tak apa aku tanya ni?" Dia sentuh bahu aku namun cepat saja aku menepis kasar. Bukan niat mahu buat dia terasa tapi sekarang emosi aku betul-betul tidak stabil.

"Aku taknak dengar apa-apa. Aku nak rehat kejap." Putus aku tanpa melihat reaksi Damia. Aku baringkan tubuh semula ke atas katil empuk. Selimut tebal ditarik melepasi paras bahu. Mata tidak mahu terlelap kerana aku takut andai aku tidur mesti mimpi itu kembali.

Aku dah tak tahan sangat dengan gangguan tu. Makin hari makin tak terurus hidup. Assignment yang belungguk pun belum aku sentuh sejak pulang kemarin. Sekarang aku mahukan sebab. Mengapa aku?

Kata Adila, disebabkan aku kawan Kasturi aku perlu membantunya. Tapi agak hairan. Mengapa dia tak masuk dalam mimpi Kasturi ataupun dalam mimpi Tiara iaitu kawan baiknya. Kenapa mesti aku?

"Weh Nil. Cuba kau tengok ni. Video kau viral dalam facebook." Pantas Faima datang menerpa sambil telefon dihulurkan kepadaku.

Kening aku berjongket tinggi. Video apa pulak dah. Nak cakap aku buat video tiktok, nampak sangat mengarut. Tiktok pun tak ada, macam mana nak ada video?

Tak tunggu lama, aku lihat rakaman yang diperkatakan oleh Faima. Mataku yang lesu terus berubah bulat. Langsung aku bangun dari pembaringan tadi.

Rakaman aku didalam sebuah feri pagi kemarin. Berkapsyenkan 'Seorang penumpang feri tiba-tiba menjerit kerasukkan!'

Aku hanya menyaksikan sahaja video berdurasi tiga minit itu berputar. Tingkah laku yang ketika itu menjerit seakan ada benda memasuki badan. Padahal pada hakikat sebenar, aku mengalami mimpi ngeri melibatkan roh Adila dan jelmaan lembaga hitam.

Penumpang yang lain masing-masing berubah panik. Jelas terpancar wajah yang gelisah dan bimbang. Lagi-lagi wajah Kasturi dan Faima di sebelahku ketika itu. Masing masing menahan tangisan dari menitis.

Melihat pada minit 1:10, ada seorang lelaki berjumpa putih dan berserban cantik datang kearahku. Gayanya seperti seorang ustaz yang mahu memulihkan aku semula. Mulutnya terkumat-kamit membaca pelbagai ayat suci Alquran. Tangannya diletakkan di atas ubun-ubun kepala lalu meniup lembut disitu.

Lantas itu, terus mulut aku ternganga dan mata terbuka luas. Seolah-olah aku berjaya keluar dari ikatan mimpi. Saat itu, mulutku tak henti-henti mengucap syukur. Masih segar diingatan apabila lembaga hitam memberitahu bahawa aku tidak akan sesekali bisa keluar dari mimpi. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya. Dia punca mengapa aku diizinkan lari dari mimpi ngeri kemarin.

"Nil, badan kau panas. Kau demam ni." Tapak tangan Faima ditekupkan pada dahi.

"Sir Fitri mesej aku tadi. Dia suruh kau berehat sampai sembuh. Kau nak balik kampung pun dia benarkan." Sambung Faima lagi.

SEMESTER DUA ( C )Where stories live. Discover now