BAB 11

91 4 0
                                    


Malam ini malam terakhir kami berada di pulau Langkawi. Awal pagi esok pukul 9 pagi kami perlu bertolak naik feri. Hari yang sepatutnya gembira buat kami sekelas berubah tragedi apabila rakan sekelas kami mati. Aku tak tahu sama ada mimpi sebelum ini adalah petanda atau tidak. Atas sebab apa dia membunuh Adila? Siapa pelakunya?

"Nil...." Kasturi disebelah memanggil.

Aku toleh memandang Kasturi yang turut meniarap disebelah. Kening diangkat menyuruhnya meneruskan bicara.

"Aku rasa apa yang kita fikir memang betul lah. Umai dalang disebalik semua ni. Kalau tak kenapa Umai tak ada seharian? Dari kau pengsan semalam sampai sekarang. Tak gila ke namanya?" Selar Kasturi. Dari pembaringan dia berubah duduk tegap.

Aku duduk bertentang dengan Kasturi di atas katil. Mata aku memanah tepat anak matanya. "Aku pun rasa macam tu. Tapi kita masih tak ada bukti menuduh dia."

Kedengaran Kasturi merengus. "Dekat manalah dia sekarang?" Soal Kasturi lagi.

Suasana hening seketika. Masing-masing memikirkan apa sebenarnya yang sudah berlaku. Dari hujung mata aku memandang Kasturi. Aku rasa sudah tibanya untuk aku bertanya mengenai satu persoalan yang muncul di benak minda selama ini. Aku perlu tahu sesuatu.

"Kasturi, aku ada benda nak tanya kau ni." Dingin aku bertanya. Suara aku agak keras sedikit dari tadi.

"Apa dia?"

"Kau ada sembunyikan apa-apa ke. Kau ada terlibat dengan polis?" Tanpa berlapik aku menyoal soalan. Terus straight to the point.

Kasturi canggung. Dia melarikan anak mata dari memandang aku. Aku dapat agak mesti ada sesuatu yang berlaku antara dia dengan Umai. Kalau tidak kenapa aku dengar Umai cakap, Kasturi mahu laporkan pada polis? Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Mesti ada benda pelik berlaku antara mereka.

Pelan - pelan dia angguk. "Selain dapat mimpi ngeri aku juga terdengar perbualan dia nak cari mangsa baru. Bila aku tanya dia mangsa apa dia tak jawab. Sebab tu aku nak lapor pada polis. Tapi.... Tak boleh. Aku kena ugut dengan dia."

"Dia ugut apa?"

Lambat - lambat dia buka mulut. "Aku akan jadi mangsa dia."

"Apa yang kau dengar?"

"Cari mangsa baru untuk pembunuhan bersiri."

Mendengar katanya buat aku urut kepala. "Baru sekarang kau nak bagitahu aku?"

"Aku takut nak bagitahu. Orang yang terlibat dengan kes ni bukan manusia biasa tapi..." Kasturi jeda sejenak perbualan. Lagaknya seperti sukar mahu mengukap kata.

"Tapi apa?"

Kasturi menatap wajahku lama. "Dia penyembah syaitan, Satanism."

Penyataan itu buat jantung aku terasa direntap kasar! Berliter air liur diteguk gara-gara seram. Aku mahu menolak kenyataan dari Kasturi tadi tapi aku tak boleh. Memang benar sekarang adalah zaman maju dan bukan lagi zaman kuno dulu kala.

Namun, kefahaman ideologi yang kurang baik juga boleh mempengaruhi seseorang itu bertindak aneh. Kalau tidak mengapa wujudnya agama menyembah syaitan di negara barat? Dan bagaimana pula boleh wujud dukun dan bomoh di semua negara? Meminta bantuan syaitan bagi melunaskan hasrat seseorang.

Sungguh, sekarang aku rasa berada di dunia horror. Aku merasakan bahawa aku tidak tinggal di dunia realiti tetapi dunia yang menyeramkan. Kalau dulu, aku dan Kasturi berasa takut tapi sekarang.... Satu kelas merasakan hal yang sama. Kawan sekelas kami mati! Bukannya orang luar yang boleh diabaikan. Mangsa kekejaman itu adalah kawan sekelas!

SEMESTER DUA ( C )Where stories live. Discover now