"Guys, korang tahu kan minggu depan kita kena pergi site?" Damia datang duduk bersama kami.
Site. Benda paling wajib sebagai budak Town Planner. Aku gemar melakukan tugasan seperti ini. Memerhati keadaan sekeliling untuk ambil data kawasan setempat. Penat tapi berbaloi. Orang cakap jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi aku paling tak suka berkaitan kira jumlah bangunan dan berapa keluasan. Almaklumlah, aku ni kurang cerdik bab matematik. Sekali nak faham tu, bertahun juga ambil masa.
"Tahu. Kenapa?" Aikah bertanya. Tangannya masih lincah menekan keyboard laptop.
"Sir Fitri cakap kita akan tidur dekat Pulau Langkawi selama dua malam. Nampak gayanya berkongsi bilik lah kita dengan classmate yang lain." Damia merungut. Dagunya ditongkatkan.
Aku tersengih kecil. Aku tahu apa yang dirungutkan oleh Damia. Bukan bermaksud Damia tak suka dengan rakan sekelas yang lain tapi dia pun sejenis introvert macam aku dan Kasturi. Dengan orang yang rapat memang riuh rendah berbicara. Tapi dengan orang luar terasa seperti duduk di tanah perkuburan. Senyap je.
"Alah takpe, lagi best." Faima menyelit. Dia seorang mudah bergaul. Senang dibuat kawan kalau dengan Faima. Sudah lah cantik, pandai pulak tu.
"So, Sir Fitri mintak kita berpecah. Satu kumpulan tiga orang. Dia nak tempah hotel siap-siap."
Aku diam setelah mendengar kata Damia. Haa sudah. Nak berpecah ni yang tak suka. Aku paling anti mendengar perkataan berpecah. Berkumpulan. Herh!
"Kalau macam tu kita bertiga jelah. Aku, Damia dengan Faima. Kumpulan kau, Kasturi dengan Umai. Okey?" Aikah pandang aku. Aku pandang Kasturi. Rupanya Kasturi sudah lama memandang aku. Dalam anak matanya, aku sudah tahu Kasturi sudah bimbang. Lagi-lagi terselitnya nama Umai diantara kami berdua.
Aku lihat Aikah semula. Hati kecilku mula berdoa. Aku yakin keputusan aku tepat.
"Okey." Jawapan sepatah aku di kerling tajam oleh Kasturi. Dia seperti dapat menyangka mengenai balasan yang aku berikan. Tapak tangan aku pun sudah digenggam erat oleh jari Kasturi.
"Maaf Kasturi. Aku cuma nak tahu apa yang kau takutkan sangat. Hanya ini cara yang ada." Desis hati aku.
"By the way, Umai mana? Dah nak magrib tapi dia tak balik lagi." Aikah menyoal.
Kami semua angkat bahu serentak. Pelik betul dengan gadis itu. Dia buat rumah sewa seperti hotel. Nak keluar masuk rumah sesuka hati tanpa memaklumkan kami terlebih dahulu. Bukannya mahu ambil tahu apa yang dia lakukan dia luar sana. Tapi kami sebagai kawan yang serumah perlu juga prihatin dan ada rasa tanggungjawab. Buatnya berlaku benda buruk, apa kami nak jawab dengan orang tuanya nanti?
"Suka betul buat kepala sendiri dia tu." Damia masuk bicara.
Aku mengangguk setuju. Betul apa yang dikatakan oleh Damia. Umai memang spesis suka buat kepala sendiri. Kadang-kala geram juga aku dengan perangai dia. Nasib baik anak orang. Kalau dia tu adik aku dah lama aku tampar kepala dia sampai terlentang.
"Salah aku juga sebab bawa dia masuk dalam rumah ni."
Akhirnya, Kasturi mula bersuara setelah sekian lama dia mendiamkan diri tadi. Wajahnya pun kian mendung. Mungkin menahan perit untuk meneruskan bicara.
"Apa maksud kau Kasturi?" Bahu Kasturi disentuh lembut oleh Faima.
"Kalau aku tak offer dia suruh tinggal dengan kita, mesti benda ni tak jadi. Salah aku sebab bawa dia masuk rumah ni." Usai bicara Kasturi bangun dan masuk terus ke dalam bilik.
Faima, Damia dan Aikah jelas dengan riak terpinga-pinga. Mereka tak faham apa yang dimaksudkan Kasturi. Selepas itu, mereka mengalih pandangan pada aku mahu meminta penjelasan. Memandangkan aku rapat dengan Kasturi, siapa lagi kalau bukan aku untuk bertanya kan?
YOU ARE READING
SEMESTER DUA ( C )
Mystery / Thriller'Kata orang, berhati-hati dalam membeli barang. Kelak, buruk padahnya.' Sejak Inayah Nilliyyah melangkah masuk ke semester 2, banyak tragedi aneh yang berlaku terhadap dia. Kerap kali dia bermimpikan lembaga yang tidak tahu dari mana asal usulnya. S...